CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1920|Reply: 4

Rembau most wanted: bayi dua bulan selamat

[Copy link]
Post time 9-12-2013 01:19 PM | Show all posts |Read mode
REMBAU – Seorang bayi berusia dua bulan terselamat dalam kemalangan apabila kereta yang dipandu datuknya terbabas ke kanan jalan selepas mengelak anjing di kilometer 38, Jalan Seremban-Tampin, dekat sini, petang kelmarin.
        
        
Dalam kejadian kira-kira 4.45 petang itu, bayi berkenaan, Kisya Irdina Abu Suffin yang menangis selepas kejadian dikejarkan ke Hospital Tampin oleh orang awam.
        
        
Menurut salah seorang mangsa, Nabila Syahira Mohd Ali, 17, ketika kejadian dia bersama empat ahli keluarganya dalam perjalanan dari Kota Tinggi, Johor ke rumah saudara mereka di Chembong, Rembau.
        
        
“Ketika itu, saya terlelap seketika sebelum terdengar mak, Mariani Mohd Yassin, 50, menjerit ‘abang’ ke arah ayah saya, Mohd Ali Md Kasim, 52. Sedar-sedar sahaja kami sudah terbabas ke kanan jalan dan separuh kereta di dalam longkang.
        
        
“Mujur semasa kejadian, mak memegang erat anak buah saya yang baharu berusia dua bulan. Saya bersama kakak, Fatin Nadhirah Mohd Ali, 21, duduk di belakang,” katanya.
        
        
Sementara itu, saksi kejadian, Ishak Jamaludin, 23, ketika kejadian, dia sedang mengisi minyak kereta pelanggan dan terdengar bunyi dentuman sebelum melihat sebuah kereta jenis Proton Persona terseret di dalam longkang.
        
“Saya dan orang awam yang berada di kawasan berhampiran terus berkejar ke kereta berkenaan bagi menyelamatkan mangsa.
        
        
“Jika diikutkan memang di kawasan ini sudah banyak berlaku kemalangan, namun ini baharu pertama kali membabitkan tembok keluar kawasan pam minyak Petronas Kota dirempuh," katanya.
        
        
Sementara itu, jurucakap polis berkata, kereta itu dipercayai terbabas ke kanan jalan dan terheret kira-kira empat meter di dalam longkang.  Kesemua mangsa tidak mengalami kecederaan serius.

http://www.sinarharian.com.my/ed ... terselamat-1.228892

Last edited by silentwinner on 9-12-2013 01:24 PM

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-12-2013 01:36 PM | Show all posts
kedekut betul orang malaysia ni nak invest beli baby seat. mujur tak tercampak baby
Reply

Use magic Report

Post time 9-12-2013 01:44 PM | Show all posts
panjang umur baby tu
Reply

Use magic Report

Post time 9-12-2013 01:47 PM | Show all posts
sedap name baby tu.
Reply

Use magic Report

Post time 9-12-2013 02:12 PM | Show all posts
Kena hati2 bila lalu kawasan kampong banyak ternakan dan haiwan yang melintas.  Nak2 musim hujan macam sekarang jalan pun licin.  Buat yang ada anak kecil elok le sediakan baby seat bagi menjamin keselamatannya sepanjang pemanduan terutama bila berlaku kemalangan.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-9-2024 11:36 PM GMT+8 , Processed in 0.059303 second(s), 20 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list