View: 6331|Reply: 55
|
[Tempatan]
'Baru sedar' , PATI jadi ancaman keselamatan
[Copy link]
|
|
Kuala Lumpur: Kementerian Kesihatan menyifatkan kebanjiran pendatang asing tanpa izin (PATI) yang dilaporkan mencecah 400,000 orang sebagai ancaman kepada keselamatan negara.
Risiko keselamatan dari sudut kesihatan ini dibuktikan apabila statistik terkini menunjukkan penularan kes penyakit berjangkit seperti tibi yang semakin meningkat.
Selain itu, kemunculan semula penyakit yang dihapuskan seperti kusta dan penyakit untut, wabak malaria di kawasan terkawal serta risiko kemunculan semula penyakit polio dan penyakit baharu seperti Influenza A (H5N1, H1N1 dan H7N9).
|
|
|
|
|
|
|
|
PATI kat msia 400k jer.. kah kah kah tak leh caya langsung |
|
|
|
|
|
|
|
nie boleh?
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
baru sedar dari koma ke org2 yg berkaitan tu??? kita dah lama tau..dah lama pertikaikan dan dah lama sedar...dulu nafikan kata tak ramai mana PATI... |
|
|
|
|
|
|
|
Tipula... pendatang tu semua .uslim sunni syafie seagama.... lainla kturunan cina kristian n shia |
|
|
|
|
|
|
|
almari_buruk posted on 25-1-2014 10:58 AM
PATI kat msia 400k jer.. kah kah kah tak leh caya langsung
400k regsiter sahaja.x register 2 jotaaaa |
|
|
|
|
|
|
|
bkn jota2 ka pati?....
aikk..baru tau ke ancaman..
ke sbb ada sedara mara dah kena tala dgn pati baru sedar...puiii.. |
|
|
|
|
|
|
|
KUALA LUMPUR – Kementerian Sumber Manusia mendedahkan, jumlah pekerja asing tanpa izin (PATI) di negara ini adalah sama banyak dengan pekerja asing yang sah atau 1:1, malah dikhuatiri jumlahnya lebih besar.
KUALA LUMPUR - Sebanyak 2.1 juta pekerja asing berdaftar dan mempunyai pas daripada Jabatan Imigresen berada di negara, kata Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Wan Junaidi Tuanku Jaafar.
|
|
|
|
|
|
|
|
Celaka punya Pilak dan Indon....
sapa Nampak pegawai imigresen kena kroyok d centre point?
Yg menghantam tu semua security guard yg guna imm13.... pilak |
|
|
|
|
|
|
|
Ppaw posted on 25-1-2014 12:40 PM
Celaka punya Pilak dan Indon....
sapa Nampak pegawai imigresen kena kroyok d centre point?
Yg meng ...
Was that really a real immigration officer?and those security guard memang over reacted...poyo sial 5 lawan satu
|
|
|
|
|
|
|
|
Tu baru Kl,tak merasa sabah lagi..disgusted with some politicians and those pengkhianat negara yg accept bribes from those PATIs.....such a burden in ministry of health...from communicable diseases till sampai masalah lari dari wad and not paying hospital bills...tu belum crime rates lagi |
|
|
|
|
|
|
|
Baru sedar???
Padahal bende ni dh lama jd barah
nak tggu PATI bunuh memana ahli mentri hamno anak beranak agaknya baru nk bertindak |
|
|
|
|
|
|
|
Oh Malaysia ku yg masih aman... |
|
|
|
|
|
|
|
Bising pasal pati, tp pati berniaga air jambu, goreng pisang nasi lemak tepi tong sampah gigih je org lokal gi beli |
|
|
|
|
|
|
|
sekali imigresen dan penguatkuasa lain turun ke kota raya dgn puluhan trak
mau sunyi sepi Kotaraya
tak caya cuba buat esok
kalau betul serius nk banteras PATI |
|
|
|
|
|
|
|
dulu penyakit macam TB dah pupus kat malaysia
sekarang dah menular semula |
|
|
|
|
|
|
|
nt bleh ar wat hospital 'khas' tuk PATI plak.
yg merawat pun PATI gak.
nurse n doktor dr PATI gak.
dorg kn sume ada degree bagai...
gigih dtg mesia jadi kuli
|
|
|
|
|
|
|
|
jasmeen posted on 25-1-2014 12:44 PM
Was that really a real immigration officer?and those security guard memang over reacted...poyo sia ...
Boss adik saya tu..semua security guard d kk ni majority org pilipin pakai imm13....
rosaklah Sabah dan Malaysia |
|
|
|
|
|
|
|
Pendatang asing ejen sebar wabak
Pendatang asing ejen sebar wabak Keratan BH semalam.
Putrajaya: Migrasi pendatang asing yang ketara sejak 20 tahun kebelakangan ini, antara faktor menyumbang penularan penyakit berjangkit seperti tibi atau batuk kering di negara ini.
Risiko itu meningkat dengan kedudukan Malaysia yang dikelilingi negara endemik atau berisiko penyakit berjangkit seperti Indonesia, Filipina, Myanmar, Kemboja dan Vietnam.
Kemasukan pendatang asing dari negara terbabit juga dikaitkan dengan kemasukan agen penyakit multi-resistan seperti tibi atau malaria berikutan sikap mereka yang tidak mengikut prosedur rawatan ditetapkan.
Pengarah Bahagian Kawalan Penyakit Kementerian Kesihatan, Dr Chong Chee Keong, berkata risiko penularan tibi lebih tinggi dalam kalangan pekerja asing kerana mereka lewat mendapatkan rawatan selain sering gagal mematuhi tempoh rawatan selama enam bulan.
Katanya, keadaan itu menyumbang kepada kemasukan agen penyakit multi-resistan apabila bakteria menjadi semakin kebal terhadap ubat.
“Lewat mendapat rawatan dan tidak mengikut rawatan ditetapkan menyumbang masalah MDR-TB atau kes ketahanan rawatan tibi (penyakit dengan bakteria kebal kepada ubat),” katanya.
Pada 2009, sebanyak 13 peratus kes MDR-TB berlaku dalam kalangan warga asing meningkat kepada sekitar 25 peratus pada 2012.
Kelmarin, BH melaporkan Kementerian Kesihatan menyifatkan kebanjiran pendatang asing tanpa izin yang dilaporkan mencecah 400,000 orang sebagai ancaman kepada keselamatan negara.
Memetik kenyataan Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan (Kesihatan Awam), Datuk Dr Lokman Hakim Sulaiman, risiko keselamatan dari sudut kesihatan itu terbukti dengan peningkatan kes penyakit berjangkit seperti tibi, selain kemunculan semula penyakit yang dihapuskan seperti kusta, untut dan wabak malaria di kawasan terkawal.
Turut membimbangkan, risiko kemunculan penyakit baharu seperti Influenza A (H5N1, H1N1 dan H7N9).
Kebanjiran pendatang asing juga memberi kesan kepada khidmat penjagaan kesihatan warga tempatan, selain menyumbang kepada peningkatan kos perubatan negara.
“Jika kita tidak kawal penyakit berjangkit seperti tibi lebih banyak kes akan berlaku, seterusnya menyebabkan kematian,” katanya.
Dr Chee Keong berkata, faktor lain penyumbang tibi ialah peningkatan kes penyakit tidak berjangkit, antaranya kencing manis dalam kalangan rakyat tempatan.
Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) sebelum ini mengisytiharkan tibi sebagai masalah kesihatan global dengan sembilan juta kes jangkitan baru setiap tahun dengan hampir dua juta kematian direkodkan. |
|
|
|
|
|
|
|
punya ramai mereka serata negara..sampai sabah pon penuh dgn puak mereka
PATI 400k je?
biar betul
yg lain2 ke mana? terjun laut? |
|
|
|
|
|
|
| |
|