MALANG, Indonesia - Seorang pelajar Islam, Abdullah Sholeh, 33, mula berkawan dengan seekor harimau Benggala, Mulan sejak ia berusia tiga bulan di kampung Dilem, timur Jawa di sini," lapor akhbar MailOnline semalam.
Penjaga Mulan, Noer Muhammad Sholeh, 51, meminta Abdullah untuk menjaga harimau itu ketika ia berumur tiga bulan.
Sejak dari itu, Abdullah sentiasa tidur, bermain, dan bergurau dengan harimau tersebut.
Pasangan itu tidak boleh dipisahkan sehinggakan Abdullah sering tidak tidur di katilnya semata-mata mahu tidur di sebelah kandang harimau peliharaannya.
Mulan kini seberat 178 kilogram dengan panjang tiga meter termasuk ekor serta setinggi satu meter.
Bagaimanapun, untuk tujuan keselamatan, penduduk kampung terpaksa memasang palang-palang besi untuk memisahkan pasangan tersebut apabila mereka berada bersama di dalam kandang.
Mulan makan sebanyak enam kilogram daging ayam atau kambing sebanyak dua kali sehari. - Agensi
tongkatwaran75 posted on 28-1-2014 03:51 AM
betul...
muka seriau...
teringat penjaga harimau putih di zoo spura yg kena baham...
Tu lah nampak sahh muka dia seriauuuu
Ha'a kan kes kat spore tu sampai kena mknn.... takutttt! Nape manusia tak respect je nature harimau mcm tu, kenapa nak g cuba berkwn sampai thp manja2 mcm nii, dah tentu harimau nature dia attack mangsa napa nak ambik risiko, tak phm betul.
Dolah bisik kat telinga rimau, " aku sayang sama kamu !!! " Rimau pula bisik dlm hati, " ini lah stok makanan aku buat masa depan " Last edited by tongkatwaran75 on 28-1-2014 07:11 AM