View: 6154|Reply: 40
|
[Tempatan]
Cinta FB bawa ke hotel bajet
[Copy link]
|
|
Cinta FB bawa ke hotel bajet
ALOR SETAR - Seorang wanita baru mengenali teman lelakinya melalui laman sosial Facebook (FB) dicekup dalam serbuan Jabatan Agama Islam Kedah (Jaik) di sebuah hotel bajet, dekat sini.
Wanita berusia 26 tahun terbabit mendakwa berasal dari Sabah datang ke Semenanjung Malaysia semata-mata untuk mencari pekerjaan atas bantuan teman lelakinya.
Difahamkan, dia sanggup menaiki kapal terbang ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), sebelum dibawa teman lelakinya ke negeri ini untuk mendapatkan kerja.
Malah, dia bagaimanapun memberikan alasan terpaksa menginap di hotel bajet terbabit untuk menjimatkan wang, malah mendakwa baru sahaja memasuki bilik itu.
Namun, teman lelakinya berusia 23 tahun bertindak menyembunyikan diri di bawah katil hotel berkenaan semasa serbuan sehingga memaksa penguatkuasa mengangkat katil itu.
Dalam operasi jam 12.30 tengah malam, pasukan penguatkuasa Jaik turut menahan beberapa pasangan termasuk seorang kanak-kanak di hotel bajet sekitar bandaraya Alor Setar, dekat sini.
Bawa anak OKU berkhalwat
Dalam perkembangan sama, seorang ibu muda sanggup membawa anak perempuannya berusia tujuh tahun semata-mata untuk bermadu kasih bersama teman lelakinya yang berusia 23 tahun.
Difahamkan, wanita berusia 25 tahun dari Teluk Kechai, dekat sini, dalam proses penceraian bersama suaminya, bagaimanapun masih memegang status isteri orang.
Ibu muda terbabit tidak bekerja, manakala pasangannya yang bekerja di sebuah pasaraya mendakwa hubungan dia bersama wanita terbabit hanyalah kakak angkat semata-mata.
Manakala, wanita terbabit mendakwa keluar dari kediaman mereka bersama anak perempuan orang kurang upaya (OKU) kerana tiada tempat berlindung selepas dihalau keluar.
Turut ditahan, suami orang berusia 32 tahun dari Jalan Datuk Kumbar, dekat sini, bersama anggota sukarelawan wanita sebuah jabatan dari Pulau Pinang.
50 penguatkuasa sertai Ops Khalwat
Penolong Pengarah Penguatkuasa Undang-Undang Jabatan Agama Islam Kedah (JAIK), Syeikh Mohd Roshidi Mahmud, 50, berkata, penguatkuasa menyertai operasi demi membendung perbuatan tidak bermoral terbabit.
Katanya, serbuan dilakukan di beberapa lokasi seperti di Jalan Lencong Barat, Seberang Perak, Lebuhraya Darul Aman dan sekitar bandaraya Alor Setar, dekat sini.
“Dalam operasi kali ini, ada pasangan dikesan sudah beberapa kali ditahan termasuk di Lorong Petani sebelum ini. Tidak ketinggalan, pasangan tukang masak dan jurujual,” katanya.
Jika sabit kesalahan, mereka dikenakan hukuman denda RM2,000 atau penjara satu tahun atau kedua-duanya mengikut Seksyen 9 (1)(2) Enakmen Kanun Jenayah Syariah (Kedah) 1988.
“Ibu bapa dinasihatkan mengawal penggunaan laman sosial anak-anak mereka. Dari Facebook boleh membawa maksiat apabila mereka melakukan pertemuan di hotel,” katanya.
Malah, katanya, dia meminta masyarakat tempatan memandang serius isu sedemikian meskipun ia tanggungjawab pihak tertentu kerana ia amanah Allah SWT kepada semua
|
|
|
|
|
|
|
|
huh??
kuang jaq btui pmpuan ni. dgn anak yg tak paham apa2 tu ko gunakan dia nak buat maksiat!
eeee... kasi rejam je pmpuan ni!! |
|
|
|
|
|
|
|
Anak oku tu..
Ape ko pikir kalo bawak anak org xkn syak ek
Lain kali ko bawak mak pak ko skali.kire btunang dolu di hotel bajet |
|
|
|
|
|
|
|
Kedah darul....... |
|
|
|
|
|
|
|
Atas tutup .... bawah bagi free kat jantan.. |
|
|
|
|
|
|
|
'kepala atas berbalut kemas kepala bawah dibiarkan bebas' - Ostat Maideen
Hujahnya ialah jika berbalut ia akan lemas biarkan ia bebas kelak akan bertindak balas |
|
|
|
|
|
|
|
dia bwak anak dia..sbb dia pya "sifat ibu"...x tnggal anak dia kat mana2....
dia wat mcmtu sbb "nafsu"..... |
|
|
|
|
|
|
|
ape nk jd la dengan isteri orang n suami orang skang ya?? berapa lama je hidup kat dunia ni masih berani buat bende bodoh? x igt pasangan ke? |
|
|
|
|
|
|
|
namirulmukminin posted on 15-5-2014 08:41 AM
Kedah darul.......
darul hotel bajet
|
|
|
|
|
|
|
|
fuh.. aku dapat bayangkan kesedapannya.... muda sama muda... |
|
|
|
|
|
|
|
kasihan kat anak tu. aduhai...
|
|
|
|
|
|
|
|
nak test dulu...interbiew dalam bilik secara privasi... |
|
|
|
|
|
|
|
aduhai.... benda2 macam ni dah melampau sangat....
pendidikan harus bermula dari rumah..... sedihnya tengok keadaan macam ni. pakai tudung tapi seolah2 hanya perhiasan... |
|
|
|
|
|
|
|
perempuan dari Sabah tu memalukan perempuan2 Sabah je
macamlah di Sabah ni kurang jantan..ishh |
|
|
|
|
|
|
|
lelaki skrg mulut manis..sbb tu ramai pmpuan terpedaya dgn janji2 manis diorg tu..padahal!!! jantan tu mmg tak guna..mengayat sebab nk benda lain je |
|
|
|
|
|
|
|
tu la.. terpengaruh lagi ngan agenda yahudi.. orang dah cakap jangan guna FB!!! tu ciptaan yahudi semata2 utk menyesatkan umat isele..
|
|
|
|
|
|
|
|
jauhnya datang . dari Sabah ke semenanjung buat maksiat. nak buat, celah2 pokok kat Sabah nun pun boleh buat. |
|
|
|
|
|
|
|
untuk perhatian @razhar selanjutnya jua. |
|
|
|
|
|
|
|
Kepala bertutup tapi perangai memalukan |
|
|
|
|
|
|
|
atas tutup bawah buka ... drp dulu aku skeptical dgn pompuan2 pakai tudung nih ... |
|
|
|
|
|
|
| |
|