View: 8579|Reply: 44
|
Hadiah Aidilfitri paling bermakna Amy Search (Restu Hubungan Cinta Nabila Huda)
[Copy link]
|
|
NIKMAT raya. Amy bersamaNabila dan isterinya, Norish teruja menyambut raya bersama-sama selepas dua tahun tidak meraikannya bersama.
SAMBUTAN Syawal pada tahun ini pastinya sesuatu yang istimewa buat penyanyi rock legenda tanah air, Amy Search apabila dapat meraikannya bersama-sama dengan anaknya iaitu pelakon Nabila Huda.
Sebelum ini, ramai yang sudah mengetahui tentang kemelut yang melanda antara Amy dan Nabila, terutamanya tindakan Nabila yang memuat naik sekeping gambar dia bersama seorang lelaki yang dipercayai kekasihnya sedang bercuti di luar negara di Instagram sebelum ini. Akibatnya, Amy berkenaan telah meluahkan kemarahannya menerusi Instagram.
Malah, Amy yang ditemui semasa majlis berbuka puasa di sebuah hotel pada awal bulan puasa lalu pernah memberitahu, beliau ingin bersemuka dengan anaknya setelah kali terakhir mereka bertemu pada 5 November 2013.
Bagaimanapun, pada 1 Syawal yang lalu Amy telah memuat naik beberapa keping gambarnya bersama Nabila ketika menyambut Aidilfitri di Instagram dengan luahan kata-kata penuh kesyukuran.
Amy yang telah dihubungi Kosmo! semalam menyatakan, beliau sangat gembira dan bersyukur apabila dapat menyambut Aidilfitri bersama Nabila di kampung kelahirannya di Kampung Bakar Batu, Johor Bahru, Johor.
“Memang sukar untuk meluahkan perasaan yang dialami ini, tetapi saya berasa sangat bersyukur kerana akhirnya dapat bertemu dengan Nabila dan kami bersama-sama dapat menyambut Aidilfitri sekeluarga.
“Saya percaya bahawa ini merupakan berkat doa yang tidak putus-putus agar saya dapat bertemu dengan Nabila. Ternyata doa saya untuk bertemu Nabila telah dimakbulkan oleh Allah,” luahnya dengan nada gembira.
Menceritakan tentang detik pertemuan dengan anaknya itu, Amy memberitahu bahawa beliau dan Nabila sudah saling berhubung melalui panggilan telefon sejak seminggu sebelum umat Islam menyambut Aidilfitri.
Menurutnya, Nabila telah pun menghubunginya dan mereka berbual dalam tempoh yang agak panjang. Malah, pada kesempatan itu banyak perkara yang telah dibincangkan oleh mereka berdua.
“Pelbagai perkara yang telah kami bincangkan bersama-sama ketika berbual di telefon, termasuklah memberikan nasihat mengenai masa depan dirinya dalam bidang seni yang diceburinya sekarang.
“Selain itu, saya ada memintanya supaya pulang ke kampung untuk berhari raya bersama keluarga dan dia akur dengan permintaan saya. Itu yang membuatkan saya berasa sangat gembira sekarang,” ujarnya.
Amy yang baru sahaja menyambut hari ulang tahun kelahirannya yang ke-56 pada 1 Syawal lalu berkata, segala perkara positif yang berlaku itu dianggap sebagai hadiah paling bermakna buat dirinya.
“Saya rasa ulang tahun kelahiran kali ini paling istimewa buat diri saya. Selain doa saya dimakbulkan Allah apabila bertemu Nabila, saya juga telah dapat berhubung menerusi Skype dengan seorang lagi anak saya, Irisha Myra yang kini menetap di Texas, Amerika Syarikat,” jelasnya.
Ujar Amy, beliau dan keluarganya menyambut Aidilfitri di kampung halamannya selama empat hari sahaja sebelum pulang ke Kuala Lumpur.
Credits: kosmo.com.my
Last edited by achik2009 on 3-8-2014 02:34 AM
|
|
|
|
|
|
|
|
wah hubungan dengan adik abil pun terjalin semula! |
|
|
|
|
|
|
|
bagus la..akhirnya get back together
lenkali si anak..nak bergambar pk la skit ayah tuh
si ayah lak..nak maki hamun..pk la dulu implikasi lepas tu
ek ek..
kira 0-0 la ni kann |
|
|
|
|
|
|
|
azie.dz posted on 1-8-2014 11:48 AM
bagus la..akhirnya get back together
lenkali si anak..nak bergambar pk la skit ayah tuh
tu la pasal...harap2 selepas ni takde lah kontroversi lain pulak...
tapi sejahat2 Nabila dia dah pun bermaafan dgn bapa dia...
nak tunggu bila pulak giliran DD nak bermaafan dgn mak dia... |
|
|
|
|
|
|
|
abil neh takde laa keras sngat hati dia pung kan
|
|
|
|
|
|
|
|
achik2009 posted on 1-8-2014 11:53 AM
tu la pasal...harap2 selepas ni takde lah kontroversi lain pulak...
tapi sejahat2 Nabila dia da ...
kannn..nabila masih lagi lembut..tak ada syurga di tapak kaki suami uolsssss
si dd tu...kan uols kata syurga di tapak kaki suami nya ahaksss
kita tgk la lama mana si dd tuh |
|
|
|
|
|
|
|
Alhamdulillah lah da berbaik semula. |
|
|
|
|
|
|
|
azie.dz posted on 1-8-2014 12:06 PM
kannn..nabila masih lagi lembut..tak ada syurga di tapak kaki suami uolsssss
si dd tu...kan uol ...
Nabila tu ada suami ke?... |
|
|
|
|
|
|
|
akuamysearch TKasih Allah kerna kembalikn dia dlm dakapan ku. Tkasih juga utk Bert dn uncle. ️ selama nya @kupu_kupu ku 24h
|
|
|
|
|
|
|
|
akuamysearch Ya Allah terima kasih... Alhmdulillah... kerna Kau kurniakan doa ku dn kebahgian yg aku inginkn d pgi syawal dn di hari lahirku ini... AameenYRA @qasander @kupu_kupu 1d
|
|
|
|
|
|
|
|
iols yakin penyertaan Abil ke misi kemanusiaan kemboja itu hari dah membuka sedikit sbyk hati beliau..
|
|
|
|
|
|
|
|
and one day tak mustahil abil pn akan berhijab penuh.. |
|
|
|
|
|
|
|
achik2009 posted on 1-8-2014 12:24 PM
Nabila tu ada suami ke?...
tak ada...bukan mcm dd yg di ikat atas syurga di kaki suami |
|
|
|
|
|
|
|
alhamdulillah.... sebak pulak aku..
camni kan bagus...
ada masalah - bincang elok2..
jgn guna media sosial tu jadi laman perang anak branak
moga kalian dirahmati Allah swt |
|
|
|
|
|
|
|
maxim posted on 1-8-2014 12:34 PM
and one day tak mustahil abil pn akan berhijab penuh..
kann?...kdg2 manusia yg jahat ni kalo dapat hidayah bole berubah 180 darjah...
contoh yg terbaik adalah Mizz Nina...
dulu kemain lagi kena kutuk dek perngai dia yg hazab....
sapa sangka Mizz Nina dah berhijab skrg...
harap2 Nabila pun akan berubah mcm Mizz Nina satu hari kelak...
|
|
|
|
|
|
|
|
azie.dz posted on 1-8-2014 12:37 PM
tak ada...bukan mcm dd yg di ikat atas syurga di kaki suami
tau takpe...
tapi jgn lah pulak sampai diikat atas syurga di telapak kaki suami yg takde telor... |
|
|
|
|
|
|
|
comelnya keisha.
anak2 amy yg kecik2 tu muka potostat amy je |
|
|
|
|
|
|
| |
|