CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 14770|Reply: 110

Dunia Artis Punca Johan As'ari Lupa Diri, Kini Dah Bertaubat

[Copy link]
Post time 5-8-2014 01:06 PM | Show all posts |Read mode
Dunia Artis Jadi Punca Johan As'ari Lupa Diri
[size=0.75em]Johan (kanan) merakamkan gambar bersama Hisyam Hamid di Krabi, Thailand.



PETALING JAYA:  Pelakon Johan As'ari mendedahkan dunia artis yang diceburinya telah membawa kemudaratan sehingga menyebabkan dia lupa diri dan meninggalkan solat.

Johan atau nama sebenarnya Johan Ariff As'ari, 28, berkata, selepas drama pertamanya berjudul Juvana dan Cinta Elysa mendapat sambutan hangat daripada penonton, dia mula mengabaikan diri terhadap perintah Allah.

"Dahulu saya seorang yang cintakan ilmu dan sanggup menggambara ke Batam dan Jambi, Indonesia berbulan-bulan bagi mendalami pengetahuan Islam. Kemudian saya balik ke Malaysia dan belajar di Kolej Universiti Islam Malaysia (KUiM) dalam jurusan kaunselor, selepas itu saya mendapat tawaran berlakon.

"Sekelip mata saya terus jadi popular yang saya langsung tidak pernah terfikir. Daripada situ saya sedikit demi sedikit berubah dan seronok dengan populariti yang saya kecapi hingga lupa untuk sembahyang dan berzikir yang dahulunya memang menjadi amalan saya," katanya dalam satu kiriman mesej menerusi apliaksi WhatsApp kepada mStar Online, pada Selasa.



[size=0.75em]Johan (kanan) dan Hisyam Hamid menjalani penggambaran di Krabi, Thailand.


Johan ketika ini berada di Krabi, Thailand kerana menjalani penggambaran drama bersiri Cintaku Di Krabi bersama pelakon Liyana Jasmay dan Hisyam Hamid.

Dalam pada itu kata Johan, kemewahan dan khidupan dunia glamor yang diraihnya selama ini membuatkan jiwanya berasa kosong selain hati tidak tenang berbanding sebelum bergelar artis.

Bagaimanapun dia tiba-tiba didatangi perasaan insaf dan sedar terhadap kealpaan itu ketika menjalani penggambaran drama di Krabi yang mana ia itu turut dikongsi dalam Instagram miliknya pada pagi Selasa.

"Ya, pagi tadi (Selasa) saya benar-benar sedar dan menangis meminta keampunan daripada Allah S.W.T. Selama ini Allah banyak kali beri teguran melalui beberapa kejadian yang menimpa saya, namun hati saya sudah mati dan tidak menyedarinya.

"Alhamdulillah ketika bangun pagi tadi tiba-tiba saya rasakan taufik dan hidayah Allah meminta saya bertaubat untuk kembali ke jalanNya semula.

"Saya berniat untuk kembali semula untuk belajar seperti dahulu dan mendalami ilmu agama agar hati saya tidak tersasar," katanya.


Dalam pada itu, Johan berkata, dia tidak berniat untuk mengundurkan diri daripada dunia seni, sebaliknya berusaha untuk mengimbangkan antara kerjaya seninya dan tuntutan akhirat.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-8-2014 01:09 PM | Show all posts
krikkk krikkk...
Reply

Use magic Report

Post time 5-8-2014 01:10 PM | Show all posts
elok la tu..toksah nk mainkan anak dara org lg..
Reply

Use magic Report

Post time 5-8-2014 01:10 PM From the mobile phone | Show all posts
entahlah johan

tak taulah nk komen apa

tp nak juga komen

moga berbahagialah anda dgn apa2 shj yg anda lakukan.

Reply

Use magic Report

Post time 5-8-2014 01:10 PM From the mobile phone | Show all posts
ke job dah berkurang, atau peminat dah lari. eh ko ada peminat ke?
Reply

Use magic Report

Post time 5-8-2014 01:12 PM | Show all posts
pakai la tudung.. baru la peminat nampak kamu dan insaf
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 5-8-2014 01:15 PM | Show all posts
bosan asyik cite pasal dia nih..bagi aku la..nak insap ke nak berubah ke tak perlu dicanangkan kepada org ramai..cukup hanya kita dan Allah je yang tahu,.
Reply

Use magic Report

Post time 5-8-2014 01:16 PM | Show all posts
hisyam hamid hensem

semoga istiqomah
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-8-2014 01:17 PM | Show all posts
tak ada gambar bertudung pun

janganlah perigi cari timba
Reply

Use magic Report

Post time 5-8-2014 01:18 PM From the mobile phone | Show all posts
akak lah bimbing dia.. pasti jd lebih solehah lepas ni..
Reply

Use magic Report

Post time 5-8-2014 01:21 PM | Show all posts
Suchi posted on 5-8-2014 01:10 PM
entahlah johan

tak taulah nk komen apa

ak pun sama..mls nk komen tp nak jugak komen.

ak tgk dia ni pandai cari ruang utk nama tersiar di dada2 akhbar, ade je kontroversi dia buat (maklum la dah makin suam kuku)..

hope ni bukan salah satu cara utk kembali menaikkan rating diri sendiri.

ak rse lagi afdal ko berubah je dulu dari sibuk cter kat org pung pang pung pang duk canang di setiap media duk tulis psl keinsafan ko, takut ko jd riak sb dah rasa baik (sb kata dah nyesal n nk berubah).. x psl2 riak tu menghapuskan pahala plk. dosa thapus melalui taubat, pahala thapus melalui riak.

eh jgn la lahar aku, aku tulis je just to my cents.. bukan nak jd setazah jadian kat sini.hhuhuhu..ape2pun baguslah dah sedar ye johan.
Reply

Use magic Report

Post time 5-8-2014 01:23 PM | Show all posts
Alhamdulillah nak.....baguih la bertobat.

Tak yah la berlakon lagi, mak teh pun kalau ada muka hang terus tukaq channel.
Reply

Use magic Report

Post time 5-8-2014 01:24 PM | Show all posts
yang jadi bapak Gamura tu Thanos, bukan Thapus
Reply

Use magic Report

Post time 5-8-2014 01:25 PM From the mobile phone | Show all posts
Gila publicity btl Johan ni.. xda cta tu diam2 sdah la...mcm xbtl pn da
Reply

Use magic Report

Post time 5-8-2014 01:26 PM | Show all posts
taubat pon nak cerita
diam2 sudah lah
Reply

Use magic Report

Post time 5-8-2014 01:28 PM | Show all posts
putehkundor posted on 5-8-2014 01:23 PM
Alhamdulillah nak.....baguih la bertobat.

Tak yah la berlakon lagi, mak teh pun kalau ada muka ha ...

curlassst jawapan mak teh
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-8-2014 01:30 PM | Show all posts
ntahlah ... aku mcm xpernah berkenan dengan si Johan ni ... sbb everytime dia bukak mulut aku rasa budak ni mcm bajet good-good jer ....

kadang aku rasa mcm nak lempang jer everytime dia bkak mulut ... trasa kepalsuan sangat statement2 dia ....
Reply

Use magic Report

Post time 5-8-2014 01:30 PM | Show all posts
prettyuglybabe posted on 5-8-2014 01:12 PM
pakai la tudung.. baru la peminat nampak kamu dan insaf

quote of the day ....
Reply

Use magic Report

Post time 5-8-2014 01:31 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 5-8-2014 01:35 PM | Show all posts
chinta89 posted on 5-8-2014 01:21 PM
ak pun sama..mls nk komen tp nak jugak komen.

ak tgk dia ni pandai cari ruang utk nama  ...

setujuuu!!
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-12-2024 12:37 PM GMT+8 , Processed in 0.059331 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list