CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

1234Next
Return to list New
View: 7559|Reply: 74

[Tempatan] Boikot secara menyeluruh sebagai tekanan

[Copy link]
Post time 6-8-2014 11:31 AM | Show all posts |Read mode
Boikot secara menyeluruh sebagai tekanan

KUALA LUMPUR 5 Ogos - Tindakan membantah kekejaman Israel seperti dengan memboikot produk keluaran negara itu perlu dilakukan secara menyeluruh untuk memberitahu masyarakat dunia supaya turut serta dalam bantahan itu dalam skala lebih besar.
Geostrategis Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Dr. Azmi Hassan berkata, sekatan ekonomi ke atas Amerika Syarikat (AS) sebagai negara yang bersekongkol dengan Israel juga perlu dibuat kerana mampu memberi tekanan dan menjadikan kesan bantahan lebih efektif.
"Tindakan memboikot tidak boleh dilakukan secara senyap, ini strategi tidak betul kerana kita perlu menghebahkan kepada masyarakat dunia seluas mungkin.
"Kalau betul-betul hendak hukum Israel, kita perlu lakukan sebagaimana AS laksanakan sekatan ekonomi ke atas Rusia sebagai bantahan terhadap tragedi MH17 yang ditembak jatuh.
"Oleh itu, dunia perlu lakukan perkara sama ke atas AS dengan memberi tekanan kepada negara kuasa besar itu sebagai penyokong terkuat Israel yang memberi banyak bantuan ketenteraan kepada rejim itu,'' katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.
Semalam, Mufti Kelantan, Datuk Mohamad Shukri Mohamad menyeru Umat Islam di seluruh dunia agar mengatur strategi secara senyap bagi menentang kekejaman rejim Zionis terhadap rakyat Palestin.
Kata beliau, strategi yang diaturkan tidak perlu didedahkan kerana akan membantu rejim itu menyiapkan diri untuk bertindak balas.
Dalam pada itu, Azmi berkata, semua negara di dunia yang turut membantah kekejaman Israel boleh bersatu dengan menggambarkan Israel sebagai negara yang perlu dihindari sebagaimana gambaran yang diterima oleh Afrika Selatan pada tahun 1980-an kerana mengamalkan dasar Apartheid.
Katanya, pelabelan seumpama itu layak diterima Israel bagi menunjukkan bahawa semua negara tidak mahu berkawan dengan rejim itu.
"Jangan takut kepada serangan balas oleh Israel kerana memang ada serangan sebegitu sebagaimana yang diterima Malaysia apabila mereka menuduh kita melatih pejuang Hamas, namun tuduhan sebegitu menunjukkan strategi bantahan yang kita buat memberi kesan.
"Jadi Malaysia perlu lebih lantang walaupun mendapat serangan balas, tidak perlu lakukan secara senyap kerana takut serangan mereka memandangkan akhirnya mereka akan tahu juga," katanya.

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-8-2014 11:33 AM From the mobile phone | Show all posts
Dok attack mekdi je...yg lain dlm list tu senyum adja...
ke boikot phase by phase lagi effective?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 6-8-2014 11:36 AM | Show all posts
Boikot Israel dapat sambutan



Seorang wanita memegang poster tertulis 'Boikot Israel' dalam satu demonstrasi membantah kekejaman Israel di Berlin, Jerman pada 1 Ogos lalu. - REUTERS
GAZA CITY 5 Ogos - Kempen memulaukan produk Israel, BDS (boikot, lupus, sekatan) berhubung kekejaman rejim Zionis itu terhadap penduduk Genting Gaza, semakin mendapat perhatian masyarakat dunia yang membantah kezaliman ke atas penduduk awam tidak berdosa terutamanya bayi dan kanak-kanak.

Pemulauan ke atas rejim Yahudi itu kali ini, turut dilaksanakan secara meluas bukan sahaja membabitkan barangan yang dihasilkan Israel, tetapi juga universiti-universitinya, bank-bank, pihak yang menyalurkan bantuan kewangan kepada Israel serta institusi berkaitan Israel.

Selebriti antarabangsa secara terbuka turut mengecam tindakan ganas Israel selain produk yang dihasilkan di kilang-kilang yang dibina Tebing Barat, tanah yang dirampas daripada penduduk Palestin turut terjejas.

Antara produk yang diboikot ialah Sodastream, Marks & Spencer, Morrisons, Waitrose, McDonalds, Coca-Cola, Motorola, HP, Nestle, Revlon, Ralph Lauren dan Starbucks.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 6-8-2014 11:37 AM | Show all posts
jengkoil posted on 6-8-2014 11:33 AM
Dok attack mekdi je...yg lain dlm list tu senyum adja...
ke boikot phase by phase lagi effective?

produk lain pun dah start diboikot.....

ko pun kene la mula kurangkan produk lain2 spt nestle produk
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 6-8-2014 11:39 AM | Show all posts


Dua pemuda Palestin, memerhatikan kemusnahan besar akibat serangan Israel di kawasan perumahan Shejaiya di timur Gaza City, semalam. - REUTERS
Masyarakat dunia sanggup mengenepikan faktor agama dengan bersatu atas faktor kemanusiaan ekoran konflik selama sebulan itu yang meragut nyawa lebih 1,800 penduduk Palestin, kebanyakannya orang awam.

Menurut BDS, kempen boikot berkesan pada dua peringkat iaitu dengan menimbulkan kesedaran kepada orang ramai tentang pendudukan dan aparteid Israel yang mendapat sokongan masyarakat antarabangsa.

Kempen itu berkesan sekiranya tekanan ekonomi digunakan ke atas Israel dengan kempen boikot tersebut yang sedang berlangsung bukan sahaja melibatkan individu malah keseluruhan pertubuhan dan negara.

Selain boikot dari masyarakat dan negara Islam, kempen itu turut merebak dalam kalangan negara Eropah yang merupakan rakan dagang terbesar Israel.

Tindakan itu dijangka mendatangkan kerugian lebih AS$5 bilion (RM15.5 bilion) dalam tempoh setahun kepada Israel.

Tahun lalu, langkah boikot ke atas produk seperti buah kurma dan anggur yang ditanam di Lembah Jordan yang dirampas Israel, mengakibatkan kerugian sebanyak AS$29 juta (RM89.9 juta) kepada peneroka haram Yahudi yang tinggal di situ.

Menurut Washington Post, pendapatan daripada aktiviti eksport juga merosot sebanyak 14 peratus selepas rangkaian pasar raya Eropah memulaukan produk berkenaan.

Kempen BDS yang dilancarkan sejak 2005 juga membuatkan banyak pelabur di Israel menutup kilang-kilang mereka di Tebing Barat antaranya syarikat Sweden, Assa Abloy berikutan imej buruk yang diterima firmanya kerana beroperasi di Tebing Barat.
Reply

Use magic Report

Post time 6-8-2014 11:39 AM | Show all posts
Boikot jangan tak boikot.....
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 6-8-2014 11:44 AM | Show all posts
jom ramai2 kite sebarkan agenda boikot ni....sape yg ade rakan2 kat luar negara tu boleh la ajak join boikot produk dari israel
Reply

Use magic Report

Post time 6-8-2014 11:50 AM From the mobile phone | Show all posts
akughi posted on 6-8-2014 11:37 AM
produk lain pun dah start diboikot.....

ko pun kene la mula kurangkan produk lain2 spt nestle p ...

Dah lama dah aku join ni...aku follow list dari inmind.com je...

dari pemerhatian aku..org dok obses nga mekdi je...yg lain lain tu kurang di war war mcm produk yg ko mention tu masih jd pilihan set pemboikot yg xde knowledge. .sekadar menjadi pengikut secara membuta tuli...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-8-2014 11:52 AM | Show all posts
boikot kene menyeluruh
bukan setakat mekdi, amerika proksi israel pon kita kena boikot.

sekali dgn presiden amerika, sekali dgn pm2 negara membangun yg
berselfie dgn presiden amerika pon kita patut boikot.

sekali ngan parti2 perkauman dia pon.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 6-8-2014 11:56 AM | Show all posts
jengkoil posted on 6-8-2014 11:50 AM
Dah lama dah aku join ni...aku follow list dari inmind.com je...

dari pemerhatian aku..org dok  ...

sbb kite selalu duk canangkan name MCD je...yg lain2 masing2 buat tak nampak....
Reply

Use magic Report

Post time 6-8-2014 11:57 AM | Show all posts
jangan setakat mekdi je
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 6-8-2014 12:15 PM | Show all posts
bangcak posted on 6-8-2014 11:52 AM
boikot kene menyeluruh
bukan setakat mekdi, amerika proksi israel pon kita kena boikot.

ko ni lebih emosi dari guna otak

cube ko bukak sikit mate ko tu....mesti ko nampak sape yg jadi talibarut yahudi

dah terang2 kantoi dapat dana dari sorros.....tapi tetap dapat backup dari ularmak
Reply

Use magic Report

Post time 6-8-2014 12:17 PM | Show all posts
Betul tu....jangan hanya boikot McD sajee.....banyak lagi penyumbang kepada Zionis tuu..
Reply

Use magic Report

Post time 6-8-2014 12:19 PM | Show all posts
iols pun dah start boikot..sblom beli pape,google dlu dari mane dtg nyer
Reply

Use magic Report

Post time 6-8-2014 12:22 PM | Show all posts
Lepas ni kita kempen kuat boikot NESTLE plak!

Boikot MILO, MAGGI, KITKAT, COLGATE
Reply

Use magic Report

Post time 6-8-2014 12:31 PM | Show all posts
Pertama, ai nak cakap ai memang kurang berkenan dengan Dr. Azmi geostrategist ni....

bila TV3 invite memang nampak la knowledge dia kurang dari Capt. Nik.. dan audience lebih beri tumpuan pada Capt. Nik.. Dr. Azmi ni lebih banyak diam dan kurang buat argument...

tapi bila TV1 invite, dia ni ada tendency untuk melecehkan guest speaker serta pengacara.. (pengacara pmpn tu pun memang nampak kurang cerdik la.. tanya soalan remeh dan emosi).. Dr. Azmi ni bila dlm RTM boleh nampak la dia cakap banyak seolah2 speaker sorang lagi kurang berpengetahuan dari dia...

Sekian



Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-8-2014 12:50 PM | Show all posts
cak! posted on 6-8-2014 12:22 PM
Lepas ni kita kempen kuat boikot NESTLE plak!

Boikot MILO, MAGGI, KITKAT, COLGATE

yup... ai pun tengah fikir2 apa produk lain selain the famous McD.. terutamanya Nestle yang ada dalam setiap dapur kita...

odastream,
Marks & Spencer
Morrisons
Waitrose
McDonalds
Coca-Cola
Motorola
HP
Nestle
- Junior Food : Cerelac
- Susu : Everyday, Lactogen, Mom & Me, NAN Grow, NAN Ha, Nespray, Omega
- Breakfast Cereals : Cookie Crisps, Cornflakes, Fitnesse, Honey Stars, Koko Krunch,
- Hot Cereals : Nestum
- Creamers : Coffee Mate
- Beverages : Milo
- Coffee : Nescafe
- Culinary Products : Maggi
- Chilled Dairy : Bliss Yogurt Drink, Yogurt, etc
- Ice Cream : Drumstick, Tropicana, Le Cremeria, Mat Kool, Ice Cream Goreng
- Confectionary & Chocolates : Kit Kat, Milo, Crunch
- Health Science : Nutren, Isogal, Peptamen, Resource, Isosource, Novasource
- Performance Nutrition : Power Bar, Power Gel
- Nestle Professional : Milo Kotak, Cappucino Topping, Nestea, Buitoni, Nescafe 3 in 1, etc

Revlon - semua alat makeup
Ralph Lauren - apparel, toiletries, etc
Starbucks - beverages, confectionary, etc

Unilever group termasuk ke? yang provide semua produk body care macam pantene, etc?



Reply

Use magic Report

Post time 6-8-2014 12:59 PM | Show all posts
milo_888 posted on 6-8-2014 12:50 PM
yup... ai pun tengah fikir2 apa produk lain selain the famous McD.. terutamanya Nestle yang ada da ...

ye unilever skali






Last edited by cak! on 6-8-2014 01:02 PM

Reply

Use magic Report

Post time 6-8-2014 01:00 PM | Show all posts
aku selama ni cuma sokong barangan yg murah
barangan tempatan atau made in China
Reply

Use magic Report

Post time 6-8-2014 01:07 PM | Show all posts
cak! posted on 6-8-2014 12:22 PM
Lepas ni kita kempen kuat boikot NESTLE plak!

Boikot MILO, MAGGI, KITKAT, COLGATE

dorang dok boikot2 tapi bila penat minum milo gak
hadoihh...




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-12-2024 07:58 PM GMT+8 , Processed in 0.495203 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list