View: 6370|Reply: 39
|
[Dunia]
Fenomena Epal Kecil Di China
[Copy link]
|
|
Lagu Little Apple yang kini menjadi fenomena di China, mungkin dapat menggantikan kehebatan lagu Gangnam Style yang berasal dari Korea Selatan kerana bukan saja menjadi ikutan dan gaya umum malah menjadi pilihan dalam video tentera dan polis.
Kumpulan yang menggelarkan diri mereka sebagai Chopstick Brothers - Xiao Yang dan Wang Taili bukanlah adik-beradik mahupun komposer, tetapi mereka berjaya menghasilkan lagu yang semakin popular di serata China.
Pada mulanya lagu Xiao Pingguo (Little Apple) itu dibuat untuk mempromosikan filem terbaru mereka yang ditayangkan Julai lalu, namun ia dirasakan begitu ‘enak’ didengari sehingga sentiasa terngiang-ngiang di telinga.
Pengurus pemasaran dari Sichuan, Zeng Qiumei mengakui dia antara yang mendapati lagu itu menarik.
“Lagu ini mudah diikuti, rentaknya tidak sukar dan berulang. Malah golongan nenek yang duduk bersantai di taman juga cepat menghafalnya,” katanya. Video lagu itu ditonton lebih 50 juta kali di laman perkongsian video China seperti Sohu, iQiyi dan Youku.
Video muziknya yang agak pelik sepanjang enam minit bermula dengan adegan pembedahan plastik yang tidak menjadi diikuti babak menampilkan Xio dan Wang tidak berpakaian kononnya berada di syurga.
Mereka kemudian muncul pada beberapa urutan, termasuk berpakaian seperti ikan duyung di pantai atau bermain seperti budak kampung. Walaupun menjadi fenomena, lirik yang dihasilkan tidak masuk akal dengan korus berbunyi: “Kamu si epal kecil saya, kamu si epal kecil saya.
”Namun tidak dapat dinafikan lirik mudah itu nyata memikat pendengar, mungkin juga disebabkan perundangan harta intelek yang tidak dipandang serius di China memudahkan perkongsian lagu itu sama ada menerusi telefon pintar selain kedengaran di kompleks beli-belah, kelab malam dan gim.
Sementara itu, Tentera Pembebasan Rakyat di bandar Xian ‘terjebak’ menggunakan lagu itu dalam video merekrut ahli baru mereka.
Bulan lalu, polis di Shandong mengubah lirik lagu itu bagi menghebahkan amaran mengenai penipuan telefon perbankan.“Kami mengubah perkataan itu untuk membuat umum lebih prihatin,” kata polis.
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/3197#sthash.U1UtAlts.dpuf |
|
|
|
|
|
|
|
Aku sampai skg tak faham kenapa Gangnam Style tak berjaya dapat nombor 1 on US Billboard 100. Stuck kt nombor 2 je. Sedangkan Itunes sales + digital airplay + YouTube views semua tinggi kot. |
|
|
|
|
|
|
|
cis..aku beria ingat buah epal sebenar....ghopenyer... |
|
|
|
|
|
|
|
makneng posted on 21-10-2014 08:51 AM
cis..aku beria ingat buah epal sebenar....ghopenyer...
hahaha...samala..aku pun ingat epal size kecik.. |
|
|
|
|
|
|
|
ingat "awak kat mana"..tadi... |
|
|
|
|
|
|
|
citt..ingtkan ada epal kecik yg sekali ngap je td....mcm tomato ceri tu..... |
|
|
|
|
|
|
|
hehe..ingatkan fenomena buah epal kecil in real..
rupa2nya tajuk lagu..
sungguh ketinggalan keretapi diriku ini... |
|
|
|
|
|
|
|
ok...
lawak |
|
|
|
|
|
|
|
you are my tiny little apple lalalalaa |
|
|
|
|
|
|
|
Gua ingat appale kecik = tetek kecil tadi |
|
|
|
|
|
|
|
mamapea posted on 21-10-2014 09:00 AM
hahaha...samala..aku pun ingat epal size kecik..
memang ada epal kecik ni noq..crab apple nama dia...
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
ice_sky92 posted on 21-10-2014 08:40 AM
Aku sampai skg tak faham kenapa Gangnam Style tak berjaya dapat nombor 1 on US Billboard 100. Stuck ...
time tu streaming point tak diambilkira lagi untuk Billboard 100, so just digital sales + airplay..Gangnam Style punya airplay point tak cukup strong untuk kalahkan lagu Maroon 5, "One More Night"...If i remembered correctly, ada satu minggu ni hampir2 Gangnam Style nak dapat #1, dibezakan dengan margin point less than 1% je..
|
|
|
|
|
|
|
|
x catchy mcm gangnam style pun |
|
|
|
|
|
|
|
ice_sky92 posted on 21-10-2014 08:40 AM
Aku sampai skg tak faham kenapa Gangnam Style tak berjaya dapat nombor 1 on US Billboard 100. Stuck ...
ummah USA tak bagi kot Asian mengatasi diorang
|
|
|
|
|
|
|
|
Modngengade posted on 21-10-2014 10:54 AM
memang ada epal kecik ni noq..crab apple nama dia...
cutenya..tp seriously mmg xtau pun..
|
|
|
|
|
|
|
|
mamapea posted on 21-10-2014 11:38 AM
cutenya..tp seriously mmg xtau pun..
hehe...tu lah....tapi apple ni tk sedap..kelat2 sikit...
ioul masa kat Utah dulu selalu petik epal ni kat uni ioul.....
|
|
|
|
|
|
|
|
Modngengade posted on 21-10-2014 11:43 AM
hehe...tu lah....tapi apple ni tk sedap..kelat2 sikit...
ioul masa kat Utah dulu selalu petik epa ...
kalau buat hiasan cantik la..tak pun letak atas kek.. |
|
|
|
|
|
|
| |
|