Georgetown: Seekor ular tedung selar sepanjang lebih empat meter ditangkap di dalam longkang berhampiran rumah seorang warga emas di Paya Terubong, di sini, jam 8.40 malam Ahad lalu.
Kehadiran reptilia berkenaan disedari seorang penduduk yang pada awalnya terlihat satu cahaya di dalam longkang sebelum ia didapati seekor ular.
Penduduk terbabit menghubungi Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) untuk meminta bantuan.
Pegawai Operasi JPAM Daerah Timur Laut Mohd Khairul Izhar Ismail berkata, pada peringkat awal usaha mengeluarkan ular berkenaan dari dalam longkang mengalami sedikit kesukaran berikutan saiz ular agak besar dan mengambil masa setengah jam sebelum mengeluarkan ular berkenaan.
“Ular berkenaan dibawa balik dan ditempatkan sementara di JPAM Daerah Timur Laut sebelum diserahkan kepada Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN) negeri untuk tindakan selanjutnya,” katanya.
Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 19 November 2014 @ 5:11 AM
«»
Anggota JPAM Daerah Timur Laut menunjukkan ular tedung selar yang ditangkap di Paya Terubong.
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/10062#sthash.1TL5fd7j.dpuf |