CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2278|Reply: 8

[Dunia] Harga minyak turun lagi

[Copy link]
Post time 5-1-2015 02:53 PM | Show all posts |Read mode


SINGAPURA: Harga minyak mentah dalam dagangan di Asia jatuh hari ini kerana pelabur menanti petunjuk baharu daripada pembeli utama minyak mentah, Amerika Syarikat (AS) manakala penganalisis menjangkakan harga akan terus jatuh.

Penanda aras AS, West Texas Intermediate (WTI), jatuh 93 cents kepada AS$51.76 (RM182) manakala kontrak Brent untuk Februari jatuh 75 cents kepada AS$55.67 (RM196) pada sesi pagi.

United Overseas Bank Singapura dalam nota penyelidikannya hari ini berkata pelabur akan memberi perhatian kepada data pekerjaan di AS yang akan dikeluarkan Jumaat ini.

Selain itu, pelabur juga akan memberi perhatian kepada pengumuman mengenai kadar faedah daripada Rizab Persekutuan AS, Rabu ini.

Penganalisis pelaburan di Phillip Futures Singapore, Danial Ang, berkata harga minyak mentah dijangka terus dalam arah aliran penurunan kerana sentimen pasaran masih bearis.

"Kami terus bulis dengan ekonomi AS, justeru kami jangka dolar akan terus mengukuh sekali gus terus memberi tekanan kepada harga minyak," katanya.

Harga minyak mentah sudah turun hampir separuh daripada paras tertinggi pada Jun berikutan lebihan bekalan serta penyederhanaan ekonomi China dan pasaran sedang pesat membangun, kemelesetan di Jepun dan tahap tepu di zon euro.

OPEC pada November lalu mengumumkan akan mengekalkan paras pengeluaran walaupun berlaku lebihan penawaran yang mana sebahagian besarnya disebabkan minyak murah yang diperoleh daripada batuan shal di AS. - AFP
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-1-2015 02:56 PM | Show all posts
nyawa manusia di mesia lagi murah..

tu pasei asik eksiden jek..

hilang kawalan..hilang kawalan
Reply

Use magic Report

Post time 5-1-2015 02:58 PM From the mobile phone | Show all posts
Minyak murah = kecenderungan pemandu Malaysia eksiden
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 5-1-2015 03:01 PM | Show all posts
bila minyak turun, kita ambil purata sebulan
bila minyak naik, kerajaan tidak mampu tanggung subsidi . tu sebab naik cepat2
Reply

Use magic Report

Post time 5-1-2015 03:14 PM | Show all posts
abis la semua stesen minyak bankrupt
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 5-1-2015 05:52 PM | Show all posts
Harga minyak terendah sejak Mei 2009
Ekonomi
Oleh Reuters - 05 Jan 2015

Minyak mentah Amerika Syarikat dan dagangan hadapan Brent jatuh ke paras terendah terbaharu dalam tempoh lima setengah tahun hari ini didorong oleh kebimbangan terhadap lebihan bekalan global akibat kelemahan permintaan yang berterusan.

Tindakan Negara-Negara Pengeksport Minyak (OPEC) pada November lalu memutuskan untuk mengekalkan output telah menyebabkan harga minyak jatuh terlalu cepat ditambah dengan pengeluaran tinggi oleh Rusia dan rekod eksport tertinggi Iraq sejak 1980 menyebabkan kebimbangan terhadap lebihan bekalan meningkat.

Dua penanda aras, Brent dan West Texas Intermediate kehilangan lebih daripada separuh nilai mereka berbanding kemuncak harga yang dicatat pada pertengahan tahun lepas.

Minyak mentah Amerika Syarikat mencatatkan harga serendah AS$51.40 sen setong, kadar terendah sejak Mei 2009.

Manakala minyak mentah Brent bagi penghantaran Februari jatuh kepada AS$55.36 setong, juga merupakan harga terendah sejak Mei 2009.

"Permintaan minyak mentah dijangka tidak meningkat tahun ini apabila dilihat kepada keadaan ekonomi China, Jepun dan Eropah," kata Pengrus Jualan Komoditi, Newedge Japan, Yusuke Seta.

Kelemahan euro turut menyumbang kepada kejatuhan harga minyak mentah kerana ia mengurangkan kuasa beli pemegang euro kepada minyak yang menggunakan denominasi dolar.

"Secara teorinya, kelembapan euro memberi tekanan negatif kepada Brent, biarpun pelan rangsangan ekonomi di zon euro mungkin memberi lebih banyak kecairan di wilayah berkenaan dan mungkin akan mampu membantu Brent," tambah Seta.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 5-1-2015 05:58 PM | Show all posts
Adakah harga ron di malaysia akan turun lagi?
Reply

Use magic Report

Post time 5-1-2015 06:05 PM From the mobile phone | Show all posts
Apa kata ummah tentang penurunan harga minyak ini? Syukur?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-1-2015 06:11 PM From the mobile phone | Show all posts
Kenapa harga emas tak jatuh??..

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-12-2024 05:49 AM GMT+8 , Processed in 0.043619 second(s), 20 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list