Pak cik ini kata kebanyakan artis pakai ilmu buluh perindu
Rasanya tuduhan ini terlalu melampau, tidak ada bukti-bukti yang kukuh untuk menuduh artis-artis yang mempunyai suara merdu ini menggunakan ilmu buluh perindu. Sampaikan artis yang sudah meninggal pun turut ada dalam senarai seorang pakcik ini.
tengok mula2 je.. banyak tol nama artis disebutnya hah.... kalau camtu, kenapa industri nyanyian malaysia tak femes pon sampai negara lain nak dengar lagu melayu even tak faham?
buluh perindu? tahyul mahyul lagi....penyanyi antarabangsa yg duk suara tahap legend mungkin pakai buluh betong kut.
org kalau suara kat tekat tuh tak pecah tak garau mmg sedap menyanyi sejak kecil boleh detect dah. kalau suara tuh pecah bak jin ahmad albab...makan buluh lemang pun tak jadi apa.
kalau betul buluh perindu ni boleh memerdukan suara dah lama dah pondan2 siam tuh pakai kasi suara lunak merdu bak wanita sejati.
kawan kepada kawan aku pernah cerita..ada sorang pernah tunjuk buluh perindu ni kat dia..buluh perindu tu bukan dalam bentuk buluh, tapi bentuk macam daun kecik je..kalau kena air, daun tu akan bangun sendiri dan bergerak-gerak sendiri...
rite... ai selalu bayangkan industri nyanyian luar seperti dari korea, jepun, india senang je menangkap halwa telinga rakyat negara kita. lagu-lagu melayu takkan tak boleh sebegitu juga di negara luar kalau dah pakai buluh perindu?