View: 6478|Reply: 47
|
[Tempatan]
Tarik balik deklarasi kematian penumpang pesawat - Waris MH370
[Copy link]
|
|
SUBANG JAYA: Waris penumpang dan anak kapal pesawat malang MH370 mahu deklarasi kesemua 239 penumpang yang diisytiharkan terkorban oleh Ketua Pengarah Jabatan Penerbangan Awam (DCA), Datuk Azharuddin Abdul Rahman pada Khamis ditarik balik.
Ia jelas dinyatakan Grace Subathirai, anak salah seorang penumpang MH370, Anne Daisy yang melihat pengumuman itu tidak sah selagi tidak ada sebarang kesimpulan daripada misi pencarian pesawat malang berkenaan.
"Seharusnya ditarik balik, mengapa DCA boleh mengumumkan perkara sedemikian pada saat pencarian masih belum selesai?
"Saya kecewa dengan apa yang berlaku semalam, kami juga tidak dimaklumkan malah tidak diberitahu apa-apa sebelum keputusan mengadakan sidang media itu," katanya semasa sidang media khas waris MH370 di sini hari ini.
Pada Khamis, DCA dengan rasminya mengisytiharkan bahawa kehilangan MH370 merupakan satu kemalangan dan kesemua 239 penumpangnya dianggap terkorban.
Pesawat jenis Boeing 777-200ER itu hilang 40 minit setelah berlepas dari Kuala Lumpur menuju ke Beijing pada 8 Mac tahun lalu. Ia membawa 239 penumpang dan anak kapal, termasuk 50 rakyat Malaysia.
Sementara itu, situasi sama berlaku di Beijing apabila ahli keluarga penumpang MH370 turut menolak deklarasi yang diumum DCA.
Jurucakap Voice370 juga mendesak kerajaan Malaysia menarik semula kenyataan berkenaan yang disifatkan tidak boleh diumum tanpa sebarang bukti kukuh.
"Kami sudah memberitahu sebelum ini dan hari ini kami mengulanginya kembali, kami bersedia untuk semua kemungkinan termasuk kehilangan anggota keluarga di dalam MH370.
"Namun kami tidak mahu pengumuman kematian ahli keluarga yang berada di dalam pesawat MH370 tanpa sebarang bukti yang kukuh," katanya.
Jurucakap itu turut memberitahu, kuasa mereka dilihat terlalu terbatas berbanding kerajaan, namun berharap suara mereka didengari dan dipertimbang pihak berkuasa.
"Kami merayu kerajaan Malaysia, China dan Australia agar misi mencari diteruskan.
"Kami meminta agensi lain seperti Pertubuhan Penerbangan Awam Antarabangsa (ICAO) dan Pertubuhan Pengangkutan Udara Antarabangsa (IATA) turut membantu dan meyakinkan misi mencari harus diteruskan sehingga pesawat itu ditemui semula," jelasnya.
|
|
|
|
|
|
|
|
kecoh la lu paria.
walau pun pahit terpaksa la terima.
pk logik la skit.... |
|
|
|
|
|
|
|
Aku cuba nak faham situasi yg mereka alami.
Tp kalau tiada pengisytiharan sebegini dibuat lg byk masalah.
Kes yg kawin kat siam pun salah satu darinya.
Bg yg mampu, mungkin mereka boleh terus meratapi dan menginginkan keajaiban berlaku.
Namun bg yg kurang mampu, sekurang2nya dgn pengisytiharan ini dapatla mereka teruskan hidup, ,menerima pampasan, claim insuran dsbnya. |
|
|
|
|
|
|
|
Yg tak mahu terima tak payah proceed utk dptkan sijil mati, pampasan, insurance. Buat apa nak kecoh. |
|
|
|
|
|
|
|
berduka lara biar ada hadnya...
move on bkn maksud melupakan...titipkan doa...nak tarik balik pun buat apa agaknya ya.. |
|
|
|
|
|
|
|
Perkara spt ni mmg konflik gila babi. Semua yang terlibatada natijah yang mesti dilakukan demi hidup masing2. Kita tidak duduk dalam situasi itu mmg mudah berkata2. Hanya yg mengalaminya sendiri yang tahu bagaimana untuk duduk dan redha atau sebaliknya. Mereka confuse samada perlu lalui ketakutan ini |
|
|
|
|
|
|
|
Dapat jumpa tayar mh370 sebelah pun jadi lah...
|
|
|
|
|
|
|
|
Satu lagi kerajaan malaysia dan china pastinya dah berusaha sedaya upaya. Fikirkanlah jugak org2 yg bertungkus lumus mencari pesawat tersebut. Kos mencari juga. Pd waris mangsa cuba anda bygkan anda yg pergi mencari. Mgkin sudah sampai masanya kita harus lepaskn org2 yg kita syg yg tlh menjd mangsa. |
|
|
|
|
|
|
|
Yang menjadi persoalan bagaimana Boeing 777 boleh hilang? Aku yakin ada something yg disorok. Mestilah ada waris yg tak puas hati. |
|
|
|
|
|
|
|
Pengisytiharan MH370 satu kemalangan mengikut ketetapan ICAO - Liow
Bernama | Kemas kini: Januari 31, 2015
KUALA LUMPUR: Pengisytiharan rasmi bahawa pesawat Malaysia Airlines MH370 sebagai satu kemalangan dibuat berdasarkan ketetapan dan definisi yang ditetapkan Pertubuhan Penerbangan Awam Antarabangsa (ICAO), kata Menteri Pengangkutan Datuk Seri Liow Tiong Lai.
Menurutnya, hakikat bahawa pesawat Boeing 777 itu tidak mendarat di mana-mana lapangan terbang selepas berlepas dan tidak sampai ke destinasi dituju dan misi mencari pesawat itu tidak mencapai matlamatnya, menjadi antara faktor insiden itu dianggap sebagai satu kemalangan.
"Dengan itu apa yang berlaku kepada MH370 boleh dinyatakan sebagai kemalangan mengikut ketetapan ICAO.
"Kita tak reka ayat tersebut (kemalangan) sesuka hati," katanya dalam satu program yang disiarkan RTM1 malam tadi.
Liow menegaskan bahawa kerajaan begitu berhati-hati dalam penggunaan perkataan "kemalangan" atau "insiden" yang mana apa yang berlaku kepada MH370 disifatkan sebagai kemalangan.
Kelmarin, Ketua Pengarah Jabatan Penerbangan Awam (DCA) Datuk Azharuddin Abdul Rahman dalam satu pengumuman khas mengisytiharkan penerbangan MH370 sebagai satu kemalangan dan semua penumpang dan anak kapalnya dianggap telah terkorban.
Pesawat yang menuju ke Beijing itu hilang daripada imbasan radar selepas berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur pada 8 Mac 2014.
Liow seterusnya berkata misi pencarian pesawat yang membawa 239 penumpang dan anak kapal ketika ia hilang itu, akan diteruskan dan sekali gus mendapatkan jawapan berhubung punca kemalangan berkenaan.
Katanya penentuan punca kemalangan itu akan membantu meningkatkan kemampuan sistem radar dan kapasiti kotak hitam dalam sesuatu penerbangan.
Selain itu, Liow menarik perhatian bahawa pengisytiharan itu dibuat dengan mengambil kira kepentingan keluarga dan waris penumpang dan anak kapal MH370.
"Kita tidak buat sesuatu untuk (sengaja) menyedihkan hati mereka. Adalah tidak benar kita tidak berhubung atau berbincang dengan NOK (waris)," katanya.
Menyentuh soal pampasan kepada waris dan keluarga mangsa, katanya Malaysia Airlines perlu mematuhi apa-apa undang-undang berkaitan.
Namun beliau berkata walaupun pampasan ditawarkan, terpulang kepada waris dan keluarga untuk membuat keputusan mengenainya.
"Kita tidak memaksa anggota keluarga untuk menerima pampasan yang ditawarkan," katanya sambil menambah perbincangan boleh dilakukan dengan pihak Malaysia Airlines dalam soal pampasan.
|
|
|
|
|
|
|
|
Rasanya waris marah bkn sbb declaration tu tp sbb cara diannouncekan...tiba2 dpt tau pun melalui tv...agaklah...si azharuddin tu bkn main lagi...xsampai sethn dah makin sihat dan segak..takde ciri2 rupa org yg beso tanggungjwb atas batu jemala patik.... |
|
|
|
|
|
|
|
in denial. sllunya org non muslim yg mcm ni |
|
|
|
|
|
|
|
Come on...time to move on... |
|
|
|
|
|
|
|
susah nk puaskn hati semo pihak.. |
|
|
|
|
|
|
|
ice_sky92 replied at 31-1-2015 10:29 AM
Yang menjadi persoalan bagaimana Boeing 777 boleh hilang? Aku yakin ada something yg disorok. Mestil ...
Itu yg d mksd kn oleh pihak mangsa..diowang bkn tk blh trima if terhempas or d tembak or ape saje lh tp bia lh ade bukti..smua org blh ckp move on..sng ckp tp cbe kalo fmili kta yg kna sng tk nk move on?? Kalo pasni it hepen again mcm mn?? Tk mustahil it hepen again kn?? Jd gomen kna ambik lgkh swajarnye dr declare cmtu jer sbb kte bcakap mgenai jumlah pnumpang yg rmai dn sbijik kapal terbang yg besar.. |
|
|
|
|
|
|
|
Yang buat pengumuman tu macam x jaga sensetiviti...patut buat in proper way la dgn family mangs sebelum kepoh dkat media massa. |
|
|
|
|
|
|
|
Yes, penumpang ramai dan kapal terbang besar. Tau tak apa yang lagi besar? THE OCEAN. Big, really really big, and really deep too. By comparison, kapal terbang tu teramatlah kecil.
Kalau orang tunjuk gambar cam kat bawah ni, just remember that it's not to scale.
|
|
|
|
|
|
|
|
Erm..mmg complicated..al-fatehah n rip utk mangsa.
**mlm.ni naik cap wau..harap selamat sampai ke destinasi |
|
|
|
|
|
|
|
stupi selfish paria, apa lg yang ko nak? |
|
|
|
|
|
|
| |
|