CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 21958|Reply: 15

Tips Lengkap Untuk Mengembara ke Eropah

[Copy link]
Post time 15-2-2015 01:17 PM | Show all posts |Read mode
BY KHAIRUL ABDULLAH
Saya kerap menerima email bertanyakan tentang pelbagai perkara berkaitan visa, passport, Jerman, Amsterdam, Eropah, tiket, cuaca, makanan halal, keretapi dan macam-macam lagi. Oleh yang demikian di sini saya cuba menjawab kembali semua persoalan yang pernah diajukan kepada saya berserta tips-tips untuk mengembara di bumi Eropah ini.
AMARAN 1: Artikel ini sangat panjang, jadi sila baca dengan teliti, fahamkan dan sekiranya masih tidak faham atau ada pertanyaan lain barulah menulis atau bertanya di ruangan komen.
Amaran 2: Artikel ini adalah untuk “budget traveller” yakni untuk pengembara bukannya pelancong yang inginkan keselesaan dan kemewahan. Ianya untuk mereka yang mempunyai bajet yang kecil dan teringin untuk berjalan-jalan di bumi Eropah dan sanggup untuk makan roti atau kebab berbanding “full course meal” di hotel atau restoran.
Sebelum itu, biar saya ceritakan serba sedikit tentang Eropah bagi mereka yang masih belum faham atau membezakan antara nama negara, benua nama kesatuan dan sebagainya lagi.
Benua Eropah
Eropah adalah sebuah benua yang terdiri daripada 50 buah negara. Antara negara yang terkenal di benua Eropah ini adalah seperti UK (England, Wales, Scotland, North Ireland), Perancis, Jerman, Belanda, Italy, Switzerland, Sepanyol, Portugal, Poland, Republik Czech, Rusia dan banyak lagi. Kesatuan Eropah atau European Union pula adalah terdiri daripada 28 buah negara di dalam benua Eropah termasuklah United Kingdom tetapi tidak termasuk Iceland, Leichtenstein, Norway dan Switzerland. Selepas itu terdapat 26 negara di dalam kesatuan eropah ini yang membatalkan “border control” yakni tiada pemeriksaan passport atau keperluan visa bagi memasuki kesemua negara tersebut yang dikenali sebagai Schengen Area.
Schengen Area
Rakyat Malaysia dibenarkan masuk ke semua 26 negara di Schengen Area ini tanpa visa dan juga tanpa pemeriksaan passport. Untuk pengetahuan anda yang belum pernah tiba di Eropah, tiada pagar atau pintu gerbang bagi menandakan sempadan kebanyakan negara di Schengen Area. Anda hanya akan nampak papan tanda kecil di bahu jalan seperti papantanda sempadan Selangor dan Perak yang menandakan anda sudah masuk ke negara lain.
Jadi maklumat penting yang cuba saya nyatakan di atas adalah – TIADA KEPERLUAN VISA untuk kita rakyat Malaysia masuk ke 26 negara Schengen Area seperti Jerman, Perancis, Netherland, Sepanyol, Italy dan banyak lagi. (Sila rujuk di sini untuk nama setiap negara). Namun, untuk masuk ke UK melalui udara, jalan laut atau darat akan terdapat border control iaitu pemeriksaan passport. Bagi kita rakyat Malaysia, passport anda akan dicop namun tiada visa diperlukan. Namun begitu, anda kadangkala akan diminta(ada orang tidak diminta langsung-ikut nasib) mengemukakan tiket balik, alamat hotel atau penginapan dan travel insurance anda sebagai bukti yang anda adalah seorang pelancong ketika masuk di salah satu negara Schengen ini.



PROSES 1: MEMASANG ANGAN-ANGAN
Perancangan yang paling utama adalah memasang angan-angan terlebih dahulu dan lontarkan idea untuk mengembara bersama keluarga atau rakan-rakan ataupun seorang diri.
Berikutnya, saya akan tunjukkan bagaimana saya merancang kembara saya di bumi eropah ini ataupun di benua lain beserta tips-tips. Cara saya berserta tips ini adalah bagi mereka yang ingin mengembara sendiri bersama keluarga atau kawan ataupun seorang diri. Bagi mereka yang tidak mahu bersusah payah, hubungilah ejen pelancongan yang terdekat dan mintalah khidmat mereka bagi menguruskan percutian anda.
Antara perkara penting yang perlu anda tetapkan atau putuskan ketika merancang kembara anda adalah seperti berikut:

1. Negara atau bandar mana yang ingin dilawati?
2. Nak pergi dengan siapa?
3. Apakah pengangkutan yang anda ingin gunakan ketika bergerak dari satu bandar ke bandar yang lain samada kapalterbang, keretapi, bas ataupun memandu sendiri?
4. Tarikh kembara? Bulan berapa anda ingin pergi dan ketika itu musim apa di Eropah? Perlu pastikan kerana setiap musim samada panas, luruh, sejuk ataupun bunga memainkan peranan penting di dalam menentukan faktor kos dan juga effisien kembara anda nanti.



Empat (4) perkara di atas perlulah ditetapkan terlebih dahulu sebelum anda membuat perancangan seterusnya untuk mencari tiket kapalterbang yang murah, penginapan, persediaan pakaian, makanan dan bermacam-macam lagi.
Saya akan perincikan satu persatu setiap perkara di atas berserta tips-tips yang dapat saya kongsikan melalui pengalaman kembara saya di bumi eropah ini serta negara-negara lain.
1. Nak melawat ke negara mana?
Langkah yang paling penting adalah kenalpasti negara mana yang ingin anda lawati dan tujuan apa anda nak ke sana. Contohnya nak gi shopping di Paris, nak tengok tulips dan kincir angin di Amsterdam, atau nak main ski atau merasa salji di pergunungan Alps dan sebagainya lagi.  Buka Google atau Google Map dan tandakan serta buatlah senarai tersebut. Jangan takut untuk bercita-cita tinggi, senaraikan saja apa-apa saja bandar yang menjadi idaman anda. Saya pasti, bagi mereka yang belum pernah datang ke Eropah ini pasti teringin untuk menjejakkan kaki ke Paris, London dan Amsterdam. Ini adalah 3 contoh bandar yang paling digemari oleh pelancong dari seluruh dunia. Jadi saya bagi contoh yang saya ingin ke bandar-bandar di negara-negara berikut iaitu :-
  • Paris, FRANCE
  • London, ENGLAND
  • Brussel, BELGIUM
  • Amsterdam, HOLLAND
  • Frankfurt, GERMANY
Maka saya senaraikan bandar-bandar tersebut dan buat “research” tentang apa yang menarik disitu dan apa yang anda ingin buat. Macamana nak buat research? Gunalah khidmat google atau buku-buku yang banyak dijual dipasaran. Selesai “research” maka saya akan senaraikan lagi seperti berikut:-
  • Paris, FRANCE – Eiffel Tower,Champs-élysées, The Louvre, Arc de Triomphe, Notre Dame,…etc
  • London, ENGLAND – London Bridge, Big Ben, London Eye, Buckhingham Palace, Notting Hill, Oxford Road, Bicester Village..etc
  • Brussel, BELGIUM – Grote Markt/Grand Palace, Manekin Piss, Antomium, Mini Europe..etc
  • Amsterdam, HOLLAND – Tulips in Keukenhoff, Windmill at Sansee Schan, Vollandam, Amsterdam Canal Ring, I Amsterdam, etc
  • Frankfurt, GERMANY – Dom Römer, Eisener Steg, Flohmarkt, Zeil, etc
Jadi apabila sudah disenaraikan semua bandar berserta tempat yang ingin dilawati berserta aktiviti yang anda ingin lakukan maka kita akan dapat buat itinerari dengan lebih lengkap dan tepat.

[size=1.1em]TIPS MEMILIH TEMPAT

  • Gunakan Google Map untuk melihat setiap negara yang ingin dilawati dan catat jarak perjalanan dari satu tempat ke tempat yang lain.
  • Gunakan google dan buat carian dengan keyword berikut “10 things to do/visit in…Paris” atau London atau Prague dan sebagainya dan kemudian catatkan nama tempat-tempat menarik di bandar tersebut.
  • Kalau hendak merasa bermain salji atau ski diluar musim sejuk anda harus memasukkan Switzerland ke dalam senarai anda.
  • Dapatkan alamat semua tempat yang telah dikenalpasti dan catatkan.
  • Cetak (print) peta bandar tersebut dan tandakan tempat-tempat menarik yang telah dikenalpasti tadi untuk rujukan.


Harus diingat senarai tersebut akan mempengaruhi tarikh kembara anda. Contohnya sekiranya anda ingin melihat bunga Tulips di Keukenhof maka anda hanya boleh datang pada 2 minggu terakhir bulan April setiap tahun kerana pada masa itulah bunga tulips berkembang di Keukenhof, Amsterdam. Kalau nak merasa salji boleh datang seawal bulan Oktober atau paling lewat sekitar akhir Disember sehingga pertengahan Januari. Kalau nak merasa salji sepanjang tahun maka hendaklah ke Ski Resort Mount Titlis di Switzerland.
Hampir seluruh Eropah ini boleh dijelajahi melalui jalan darat dan udara dan jarak diantara satu bandar ke satu bandar dan satu negara ke satu negara yang lain adalah sekitar 4-5 jam pemanduan atau menaiki keretapi dan sekitar 45 minit sehingga 1 jam setengah dengan penerbangan. Jadi pilih sahaja negara mana yang anda ingin pergi.
2. Nak pergi dengan siapa?
Mengembara bukanlah untuk semua orang. Ada yang suka melancong yakni semuanya diuruskan dan tinggal di hotel, pergi shopping dan sebagainya. Ada yang betul-betul suka mengembara, masuk ke segenap ceruk kampung, melawat tempat-tempat bersejarah, tidak mahu membeli belah, sanggup tinggal di hostel atau homestay sahaja dan sanggup bangun awal pagi dan balik lewat malam dan sebagainya.
Sepanjang pengalaman saya, kawan atau rakan kembara adalah sangat penting yang “sekepala” kerana jika tidak kembara anda akan menjadi “spoil” disebabkan seorang atau dua yang tidak sekepala dan selalu akan melewatkan atau menggagalkan rancangan perjalanan anda. Kalau mengembara bersama keluarga maka akan jadi lebih mudah sebab ada “big boss” iaitu ayah yang akan memberikan arahan. Kalau bersama rakan ni nak bagi arahan pun serba salah pulak.

[size=1.1em]TIPS MEMILIH RAKAN KEMBARA

  • Bagi yang hendak pergi dengan keluarga – seeloknya jangan melebihi 7 orang sekiranya merancang untuk memandu. Tiket kapalterbang dan keretapi adalah percuma bagi bayi berusia kurang 2 tahun dan tambang diskaun sehingga 50% untuk kanak-kanak sehingga umur 12 tahun.
  • Bagi yang hendak mengembara bersama rakan, pilihlah rakan kembara dengan hati-hati kerana ia menentukan kejayaan atau kepuasan dan keseronokan kembara anda.
  • Jangan kembara dengan rakan yang suka bangun lambat atau rakan yang tidak pernah tepati masa. Nanti akan adan yang bergaduh dan bermasam muka dan sebagainya.
  • Seeloknya 2 atau 4 orang sahaja  iaitu anda berdua atau berempat kerana lebih mudah sekiranya nak sewa bilik hotel, apartment, hostel ataupun homestay. Jangan sampai 5 kerana susah nak uruskan penginapan.
  • Sekiranya berdua atau berempat, kalau nak naik teksi boleh satu kereta sahaja tetapi kalau berlima maka ada yang akan kena tinggal atau naik teksi lain.
  • Namun sekiranya anda sekumpulan merancang untuk memandu dan sanggup tinggal di hostel atau homestay maka 5 orang pasti menjimatkan kos anda.


Jadi fikir dengan masak-masak siapa rakan kembara anda dan pilihlah mereka yang betul-betul “ngam” dengan anda.
3. Tetapkan jenis pengangkutan
Adakah anda ingin terbang dari satu bandar ke bandar yang lain? Tidakkah anda teringin mengikut jalan darat bagi menikmati pemandangan yang lebih cantik di sepanjang perjalanan?
# Bas
Bas merupakan pengangkutan yang paling murah. Bagi “backpackers” ini adalah mod pengangkutan yang paling sesuai buat anda. Setiap lapangan terbang mempunyai stesen bas dan tiket boleh dibeli di kaunter. Namun sekiranya ingin dapatkan harga yang jauh lebih murah, ando boleh membeli secara online. Sila google.
Bagi mereka yang mempunyai cuti yang panjang sekitar 2 minggu dan ingin mengembara ke seluruh eropah secara backpack, saya sarankan anda untuk membeli Eurolines Pass – iaitu tiket bas bermusim yang membenarkan anda menjelajah ke lebih 40 bandar utama seluruh eropah ini selama 15 hari dengan harga cuma

Related collections:

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 15-2-2015 01:18 PM | Show all posts
[size=1.1em]TIPS MENAIKI KAPALTERBANG

  • Cari atau search atau google tiket kapalterbang pada hari Rabu atau Khamis ketika orang lain sedang tidur (lewat malam atau awal pagi) bagi mendapatkan harga yang jauh lebih murah. Selepas membuat carian, sila kosongkan “cache” dan “cookies” komputer anda sekiranya ingin membuat carian di hari yang lain pula. (Sila google “how to clear up computer cache”) Ini adalah bagi memastikan laman-laman web tersebut tidak mengingati carian anda.
  • Jangan terkejut sekiranya tiket kapal terbang adalah lebih murah dari tiket keretapi. Namun anda perlu pergi ke lapangan terbang yang lebih jauh.
  • Syarikat penerbangan tambang murah biasanya menggunakan lapangan terbang yang lebih kecil dan lebih jauh dari pusat bandar atau lapangan terbang utama. Jadi sebelum membuat tempahan, sila pastikan kedudukan lapangan terbang tersebut samada jauh atau dekat. Sekiranya jauh maka kos anda akan bertambah untuk ke pusat bandar atau hotel penginapan anda.
  • Sentiasa datang lebih awal ke lapangan terbang.
  • Elakkan menggunakan teksi kerana mahal dan gunalah keretapi atau bas untuk ke lapangan terbang


Terbang terus ke destinasi yang diinginkan adalah pilihan terbaik unuk mereka yang ingin sampai cepat ke sesuatu destinasi pilihan. Bagi pengembara pula, destinasi tidak penting tetapi perjalanan menuju ke destinasi itu merupakan pengalaman yang dicari.
# Memandu Sendiri (PILIHAN SAYA – HIGHLY RECOMMENDED!)
Memandu di Eropah adalah menyeronokkan. Anda akan menikmati pemandangan yang cantik sepanjang jalan dan boleh berhenti mengambil gambar dan sebagainya. Untuk memandu di sini anda hanya perlukan lesen memandu Malaysia yang sah, berumur lebih 19 tahun dan juga mempunyai kredit kad.
Ramai yang takut sebenarnya untuk memandu di sini kerana jalannya yang terbalik (memandu di sebelah kanan) dan stereng kereta di sebelah kiri, gear sebelah kanan, signal sebelah kiri, wiper sebelah kanan yang mana semuanya terbalik. Tetapi, sepanjang pengalaman saya yang telah memaksa ramai rakan-rakan saya yang datang bercuti untuk memandu sendiri di sini, semuanya sukses. Anda akan panik, risau, gelisah atau orang putih panggil “overwhelming” pada 30 minit yang pertama sahaja dan selepas itu semua perasaan tadi akan hilang.
Jadi saya memang sarankan kepada semua pengembara untuk memandu sendiri di Eropah ini. Tidakkah anda ingin merasa pengalaman memandu kereta di lebuhraya tanpa hadlaju di Jerman ini yang dipanggil Autobahn yang sangat terkenal di seluruh dunia? Tidakkah anda ingin menikmati pemandangan indah Banjaran Alps di Switzerland?
Ada yang pernah bertanya saya, selamatkah memandu di sini? Tak takutkah kalau kereta sewa rosak? dan macam-macam lagi. Untuk pengetahuan anda, syarikat kereta sewa di sini bukanlah syarikat “kampung” yang mana kereta buruk dah berusia 10 tahun dibuat sewa. Semua kereta yang disewakan berusia sekitar 1 minggu sehinggalah 2 tahun sahaja dimana selepas 2 tahun kereta tersebut akan dijual. Kereta sentiasa dijaga rapi jadi kebarangkalian untuk rosak (breakdown) adalah sangat rendah. Sepanjang pengalaman saya dan rakan-rakan yang sudah bertahun menyewa kereta di sini belum lagi ada kes breakdown ini dan adalah sangat selamat.
Selain itu tiada kes jenayah yang berlaku seperti rompakan, kecurian, kehilangan kereta dan sebagainya. Namun sekiranya anda memandu ke negara Eropah timur anda harus lebih berhati-hati apabila meletak kenderaan anda kerana risiko kecurian. Oleh sebab itu anda harus declare kepada syarikat sewa kereta yang anda akan memandu ke Eropah Timur dan anda akan dikenakan insurans tambahan.
Kalau boleh elakkan memandu atau menyewa kereta ketika bercuti pada musim sejuk bagi mereka yang takut atau was-was kerana sangat merbahaya memandu ketika cuaca buruk di musim sejuk.
Sewa kereta adalah sangat mudah dan sangat menjimatkan sekiranya anda mengembara sekeluarga atau berkumpulan kecil diantara 4-5 orang. Saya bagi contoh – untuk anda bergerak dari Frankfurt ke Amsterdam, harga tiket kapal terbang adalah sekitar
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-2-2015 01:19 PM | Show all posts
PROSES 2: PERANCANGAN AWAL
Setelah mendapat jawapan kepada 3 persoalan di atas maka bolehlah kita membuat perancangan awal. Sebagai contoh saya telah membuat keputusan untuk pergi ke 5 negara terbabit iaitu Germany-France-Brussel-Holland-England. Saya juga membuta keputusan untuk memandu sendiri ke semua negara tersebut pada musim luruh nanti iaitu pada awal November.
Jadi langkah berikutnya saya akan :-
1. Kenalpasti laluan yang akan digunakan untuk memandu.
Gunakan google map untuk plot laluan anda. Negara manakah yang harus dituju terlebih dahulu dan seterusnya. Dengan ini kita dapat elakkan dari melalui jalan yang sama atau bandar yang sama berulang kali. Sila lihat contoh google map di bawah ini di mana sekiranya saya mulakan perjalanan dari Paris – London – Brussel – Amsterdam – Frankfurt maka saya akan gunakan laluan yang sama untuk pergi dan balik dari London.
Map di bawah ini pula menunjukkan laluan yang lebih effisien iaitu bermula dari Amsterdam – Brussels – Frankfurt- Paris – London di mana anda terbang dari KL ke Amsterdam dan balik melalui London.
Setelah laluan dikenalpasti maka saya dapati ada beberapa bandar yang boleh saya singgah di sepanjang perjalanan tersebut. Sekiranya naik keretapi atau kapalterbang maka saya tidak akan dapat peluang ini. Jadi, bandar-bandar yang akan saya lawati atau singgah sekejap sepanjang perjalanan ini adalah:-
  • Amsterdam (Netherlands)
  • The Hague (Netherlands)
  • Rotterdam (Netherlands)
  • Antwerp (Belgium)
  • Ghent (Belgium)
  • Brussels (Belgium)
  • Cologne (Germany)
  • Koblenz (Germany)
  • Frankfurt (Germany)
  • Luxembourg (Luxembourg)
  • Reims (France)
  • Paris (France)
  • Calais (France)
  • Dover (England)
  • London (England)
Jadi, angan-angan saya hanyalah untuk pergi ke 5 negara dan 5 bandar, namun selepas membuat keputusan untuk memandu, saya dapat pergi ke 6 buah negara termasuk Luxembourg yang tidak ada pada perancangan awal dan 15 buah bandar yang sebelum ini hanyalah 5 sahaja.

[size=1.1em]TIPS MENGENALPASTI LALUAN

  • Gunakan google maps dan pilih “Directions” kemudian masukkan nama bandar A ke bandar B untuk mengetahui jarak dan masa perjalanan.
  • Lihat dengan teliti laluan yang diberikan oleh google dan lihat adakah bandar-bandar lain yang bakal ditempuhi. Sekiranya ada, google nama bandar tersebut dan tengoklah apa yang ada – perlukah untuk singgah atau tidak. Sekiranya perlu singgah maka;
  • Google setiap bandar dan tengok apakah tempat tarikan pelancong yang harus dilawati. Catat alamat lengkap untuk dimasukkan ke dalam sistem gps. Pastikan anda mencatat poskod yang betul kerana poskod adalah sangat penting di eropah ini.
  • Apabila terdapat banyak tarikan di sesebuah bandar maka anda perlu masa yang lebih di situ dan eloklah anda bermalam. Sekiranya bandar tersebut terdapat hanya 1-2 tarikan sahaja, anda cuma perlu singgah bergambar, beli cenderahati dan terus memandu ke destinasi berikutnya.
  • Sila google gambar-gambar di setiap tempat tarikan tersebut dan tengoklah gambar mana yang cantik dan dari sudut mana gambar tersebut diambil. Jadinya nanti anda boleh tiru komposisi gambar tersebut supaya ia turut cantik. Oleh itu anda tidak menyesal apabila pulang nanti kerana gambar yang diambil tidak cantik dan komposisi tidak betul.


2. Berapa hari diperlukan?
Berapa harikah cuti yang anda perlukan atau baki cuti yang ada atau telah anda simpan untuk percutian ini? Katakanlah 10 hari. Jadi saya akan cuba “squeeze” itinerari saya supaya dalam masa 10 hari tadi saya akan dapat pergi ke semua tempat yang telah saya senaraikan. Berdasarkan Google Map saya dapat tengok dan tahu jarak dari satu tempat ke tempat yang lain di dalam sesebuah bandar maka saya boleh bajet berapa lama untuk saya berada di sesuatu tempat sebelum saya perlu bergerak ke tempat yang lain samada berjalan kaki ataupun menggunakan keretapi ataupun kereta. Sebagai contoh:-
  • Paris, FRANCE – Eiffel Tower,Champs-élysées, The Louvre, Arc de Triomphe, Notre Dame,…etc
  • London, ENGLAND – London Bridge, Big Ben, London Eye, Buckhingham Palace, Notting Hill, Oxford Road, Bicester Village..etc
  • Brussel, BELGIUM – Grote Markt/Grand Palace, Manekin Piss, Antomium, Mini Europe..etc
  • Amsterdam, HOLLAND – Tulips in Keukenhoff, Windmill at Sansee Schan, Vollandam, Amsterdam Canal Ring, I Amsterdam, etc
  • Frankfurt, GERMANY – Dom Römer, Eisener Steg, Flohmarkt, Zeil, etc
  • Dan bandar-bandar lain
Selepas itu berdasarkan apa yang boleh dilawati di bandar tersebut saya akan tahu berapa lamakah masa yang saya perlukan. Jadi di dalam contoh ini saya akan bermalam dibandar seperti berikut:
  • Amsterdam (2 malam)
  • The Hague (singgah sebentar)
  • Rotterdam (singgah sebentar)
  • Antwerp (Singgah sebentar)
  • Ghent (singgah makan dan bersiar-siar)
  • Brussels (1 malam)
  • Cologne (Singgah sebentar)
  • Koblenz (Singgah dan bersiar-siar)
  • Frankfurt (Singgah dan bersiar-siar)
  • Luxembourg (1 malam)
  • Reims (Singgah sebentar)
  • Paris (2 malam)
  • Calais (singgah sebentar)
  • Dover (singgah sebentar)
  • London (2 malam)
Jumlah = 8 malam dicampur dengan masa penerbangan pergi dan balik maka jadilah 10 hari 8 malam. Jadi cukuplah cuti saya yang ada 10 hari itu untuk saya mengembara ke 15 bandar di 6 negara di Eropah ini. Namun perancangan awal saya ini belum tentu sempat atau dapat dilakukan kerana belum lagi dikira kos. Namun kalau tidak sempat atau kos tidak mencukupi maka saya akan buang satu atau dua bandar tersebut dari senarai saya.

[size=1.1em]TIPS MENYUSUN JUMLAH HARI

  • Sila buat kajian atau “research” dan study betul-betul tempat tarikan utama setiap bandar yang ingin disinggahi atau dilawati.
  • Hanya di bandar yang ada lokasi yang sangat cantik atau terkenal atau “worth” untuk singgah maka anda perlu singgah, kalau tidak sila abaikan.
  • Buat catatan dan tandakan lokasi di atas peta.
  • Berdasarkan hasil kajian anda, ada bandar yang anda tidak perlu singgah, cuma “drive-thru” sahaja, bagi menjimatkan masa.
  • Seeloknya jangan memandu secara terus melebihi 6 jam. Buat carian laluan di google map dan tengok berapa masa pemanduan yang ditunjukkan. Sekiranya melebihi tempoh 6 jam, sila cari banda yang berdekatan dan rancanglah untuk bermalam di situ.


3. Berapa bajet maksimum?
Sesetengah orang bajet ada sekitar 10 ribu hingga 15 ribu (RM) seorang dan ada pula yang bajetnya cuma (RM) 6 ribu tetapi angan-angannya nak melawat sehingga 15 bandar terkenal di Eropah ini. Hakikatnya dengan RM6 ribu anda boleh melawat hampir 12 bandar besar di Eropah ini seperti Paris, Berlin, Prague, Geneva, Barcelona, Madrid, Rome, Milan, Venice dan banyak lagi, tetapi dengan syarat – anda mesti menjadi seorang backpackers dan mestilah tahan lasak, atau anda datang secara berkumpulan seramai 4-5 orang dan sewa kereta memandu sendiri ke semua bandar-bandar tersebut.
Saya sekeluarga (4 orang dewasa) pernah mengembara selama 5 hari ke 12 bandar di 4 negara iaitu Jerman, Austria, Italy dan Switzerland (baca di sini)dengan kos hanya RM1k (seribu) seorang lengkap tidak termasuk tiket flight dari KL ke Frankfurt. Sekiranya dicampur dengan tiket flight maka kos keseluruhan seorang bagi perjalanan lengkap pergi balik dari Malaysia termasuk hotel dan makan minum bagi seorang ke 12 bandar tersebut adalah RM4,200 sahaja.
[size=1.1em]TIPS MENGENALPASTI BAJET
  • Anda boleh berangan dan buat itinerari dahulu walaupun anda belum ada duit kerana setelah anda tahu kos sebenar maka anda bolehlah mula menabung. Selama ini anda beranggapan bahawa anda memerlukan sekurang9kurangnya RM8,000 untuk datang ke Eropah ini – namun setelah membaca artikel ini dan membuat perkiraan rupanya dengan hanya RM4,500 anda sudah boleh datang iaitu hampir separuh dari kos asal.
  • Untuk lebih effisien di dalam penjimatan kos- eloklah datang di dalam satu kumpulan kecil samada berempat atau berlima (4-5 orang). Satu keluarga dengan 2-3 orang anak adalah terbaik. Anda akan tahu apabila selesai membaca artikel ini
  • Datang seorang diri adalah yang paling jimat – anda akan tahu apabila selesai membaca artikel ini


4. Passport & Visa serta Dokumen  Diperlukan Ke Eropah
Bagi yang belum mempunyai passport, sila pohon passport anda di cawangan pejabat imigresen berhampiran anda. Setiap warganegara Malaysia layak memohon dokumen perjalanan antarabangsa ini. Hanya beberapa dokumen ringkas diperlukan seperti Mykad atau kad pengenalan sementara, 2 keping gambar berukuran 35mmX50mm berlatarbelakang putih dan juga pembayaran sebanyak RM100 untuk 2 tahun dan juga RM300 untuk 5 tahun tempoh sah passport anda. Sila rujuk syarat-syarat di  laman web imigresen di sini.
Sila bawa dokumen yang lengkap dan hadir sendiri ke pejabat imigresen terdekat atau cari yang paling susah orang nak pergi sebab jauh atau tersorok atau susah parking kerana orang mungkin lebih sedikit di sana dan anda tidak perlu menunggu lama. Dulu saya sering perbaharui passport di Terminal 2 Airport Subang, sekarang masih wujud atau tidak saya tak tahu. Sila datang awal pagi supaya dapat elak kesesakan.
Anda juga digalakkan untuk melihat status kelayakan anda untuk ke luar negara. Kadang-kadang kita tidak tahu yang nama kita sudah disenaraihitamkan oleh imigresen, setibanya di lapangan terbang bila dah check-in dan melalui pintu imigresen dan baru anda sedar yang anda dihalang daripada keluar negara. Amat merugikan. Jadi sila semak dulu secara online di sini
Bagi kakitangan awam yang perlukan kelulusan untuk ke luar negara, sila semak dahulu kelayakan anda dan buatlah permohonan.
Bila dah ada passport serta tiada halangan ke luar negara maka bolehlah mula aktviti pencarian tiket kapalterbang. Ini kerana butiran passport anda diperlukan ketika membeli tiket terutamanya nombor passport anda.
Perlu dapatkan atau ada travel insurans. Sekiranya anda sudah mempunyai life insurance dan ada kad insurans dan insurans anda turut cover utk travel maka minta ejen anda buatkan surat atau sijil mengatakan yg perjalanan (travel) anda itu telah diinsuranskan melalui kad insurans yg awak sudah ada itu.
Tiket balik (perlu dicetak), alamat hotel/penginapan atau email confirmation booking anda (perlu dicetak) dan juga wang tunai atau credit card atau debit card perlu ditunjukkan apabila diminta. Sekiranya anda akan berada 2 minggu di Paris/France maka
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-2-2015 01:19 PM | Show all posts
[size=1.1em]TIPS MENDAPATKAN TIKET MURAH

  • Tetapkan tarikh pergi dan balik dengan pilihan untuk bertolak awal atau lewat sehari dua dari jadual asal. Dengan ini anda lebih fleksible untuk memilih tiket yang lebih murah. Contohnya anda hendak pergi hari Sabtu tetapi tiket hari Ahad adalah jauh lebih murah- maka eloklah pergi hari Ahad.
  • Harga tiket pergi balik adalah jauh lebih murah dari harga tiket sehala. Sebagai contoh harga tiket pergi sehala dari KL-Frankfurt adalah RM2,567 tetapi harga pergi balik adalah RM2,875 – cuma perlu tambah RM300 sahaja.
  • Lebih jimat pergi dan balik dengan penerbangan yang sama seperti pergi dan balik melalui Paris berbanding pergi melalui Paris contohnya dan balik melalui Amsterdam.
  • Sentiasa layari website untuk mencari tiket pada hari Rabu ataupun Khamis dan pada lewat malam atau awal pagi ketika orang lain sedang tidur. Berdasarkan pengalaman pengembara-pengembara tegar, ketika orang lain sedang tidur, harga tiket adalah jauh lebih murah. Sebagai contoh, siang tadi saya melihat tiket dari Frankfurt ke KL berharga RM3,200 tetapi ketika saya menulis artikel ini (jam 2 pagi) harga tiket telah turun menjadi RM2,620. Saya boleh jimat hampir RM600.
  • Sentiasa kosongkan cache dan cookies (clear cache and cookies) komputer anda selepas membuat carian supaya laman web penerbangan ini tidak dapat mengingati carian anda. Sekiranya cache tidak dikosongkan maka anda akan dapat lihat tiket akan menjadi semakin mahal dari sehari ke sehari.
  • Tiket boleh dibeli menggunakan credit/debit card secara online. Sekiranya tidak tahu atau ragu-ragu tiket boleh di beli melalui telefon ataupun di kaunter syarikat penerbangan ataupun melalui ejen.
  • Jika anda menjumpai tiket yang berharga di antara RM2,600-RM2,800 maka boleh terus membeli kerana itu adalah harga yang paling murah.


Setelah berjaya mendapatkan tiket kapalterbang pergi dan balik maka saya akan mula membuat perancangan rapi seperti berikut:-


Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-2-2015 01:26 PM | Show all posts


[size=1.1em]TIPS MENAIKI BAS

  • Paling penting adalah untuk mengatur atau membuat itinerari secara terperinci kerana anda perlu tempah tempat duduk untuk setiap perjalanan anda. Sila semak jadual perjalanan di website tersebut dan rancanglah perjalanan anda secara terperinci.
  • Sentiasa ambil bas paling lewat atau bas malam kerana ia akan menjimatkan kos menyewa hotel atau hostel.
  • Sentiasa menepati waktu kerana jika terlambat anda akan ditinggalkan.


Bas memerlukan masa yang panjang untuk sampai ke satu-satu destinasi, jadi sekiranya anda betul-betul mempunyai masa yang banyak dengan cuti yang panjang dan sanggup duduk di atas bas selama 8-16 jam maka pilihlah bas sebagai mod pengangkutan utama anda.
# Keretapi
Pengangkutan utama di eropah ini adalah keretapi. Anda boleh menaiki keretapi ke semua bandar dan negara tersebut dengan pantas menggunakan keretapi laju. Namun tiket keretapi agak mahal di sini di mana sebagai contoh untuk anda bergerak dari Paris ke London meniki keretapi, tiket untuk seorang dewasa sehala adalah berharga serendah
Reply

Use magic Report

Post time 16-4-2015 12:44 PM | Show all posts
ini yang dicarikan
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 18-5-2015 07:52 AM | Show all posts
I follow tips Khairul Abdullah & i end up with 10 cities in 11 days. Memang berbaloi & save cost a lot tapi tak sesuai untuk yang berfamili with budak kecil dan orang tua. Walau pun i twist a bit with some stay kat apartment, hotel & hostel, pun masih murah (you save dengan masak sendiri). We end up breakfast di London, Lunch di Bruxxeles dan dinner di Paris in one day. Di Italy pulak, we end up at 3 different location in one day, Venice, Rome & Florence. Highly recommended untuk yang fit and energetic.
Actually tips dia pun boleh gak di pakai untuk traveller jenis lain i.e family, historian, shoppers etc, kena tailor made with some adjustment. Planning, google search/map/street view,travel forum and more homework will do.
Reply

Use magic Report

Post time 12-6-2015 11:34 AM | Show all posts
thanx for the tips.. sebab tgh planning nk ke Europe jugak.. last year hanya ke paris and Brussels.. tapi this time nk plan ke beberapa country and town.. myb bole amik kire tips ni..tq
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-5-2016 12:29 AM | Show all posts
thankyou for the tips..memang tgh study nak pi europe dec ni
Reply

Use magic Report

Post time 16-5-2016 01:35 PM | Show all posts
agak2 leh apply utk turkey gak tak?
Reply

Use magic Report

Post time 17-5-2016 05:41 PM | Show all posts
10 cities in 11 days?
Not for me. I will spend minimum 3 days 4 nights, itupun tengok bandar mana.
Kalau Istanbul minimum is 7 days, 2 weeks will be just nice, itupun cover major attractions aja.
Amsterdam I spent 5 days.
Paris 10 days
London 12 days.
Reply

Use magic Report

Post time 18-5-2016 11:58 AM | Show all posts
good article.

nak merepeat europe next year spring time. for 2 weeks dgn hubby & toddler, rasanya cuma mampu cover 3-4 countries aje kot, which is dalam my plan currently cuma london, paris, swiss & dubai (transit 29 jam). teringin nak try fly dengan emirates plak, sblm ni setia ngn MAS.
Reply

Use magic Report

Post time 7-6-2016 09:27 PM | Show all posts
jerambatu replied at 17-5-2016 05:41 PM
10 cities in 11 days?
Not for me. I will spend minimum 3 days 4 nights, itupun tengok bandar mana.
...

Same here. 10 cities in 11 days ala ala touch n go not for me. Klu ada 11 days cukup utk satu negara saja buat aku.
Reply

Use magic Report

Post time 7-6-2016 10:46 PM | Show all posts
@jeram, @Peter butul tu. Last year I buat 6 cities 28 days. Thia year 5 cities 21 days.
Reply

Use magic Report

Post time 8-6-2016 09:40 AM | Show all posts
Untuk yang memang banyak masa and passion for travel memang suka ambik masa (take their sweet time in each attraction and destination) , untuk yang cuti pun tak berapa ada kena lah camped kan vist macam touch n go aje .. unless attraction tu is a must. ha ha ha
Reply

Use magic Report

Post time 8-6-2016 09:42 AM | Show all posts
KUMANG2011 replied at 18-5-2015 07:52 AM
I follow tips Khairul Abdullah & i end up with 10 cities in 11 days. Memang berbaloi & save cost a l ...

kumang leh share your iteneries ke , ke boleh baca your blog and such..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: ExploRasa


ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-12-2024 04:09 AM GMT+8 , Processed in 0.074319 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list