View: 1521|Reply: 0
|
[Dunia]
Syiah mengganas lagi di Tikrit
[Copy link]
|
|
MILITAN Syiah memeriksa sebuah kenderaan yang rosak dalam serangan bom kereta menyasarkan tentera prokerajaan di pinggir bandar Tikrit, semalam. -
Baghdad
Seorang ulama Sunni Iraq semalam memberi amaran kepada pihak berkuasa negara itu supaya menghalang militia Syiah yang turut serta memerangi kumpulan Negara Islam (IS) untuk menawan semula Tikrit supaya berhenti membalas dendam terhadap penduduk Sunni di bandar berkenan.
Dalam khutbah Jumaatnya semalam, Sheikh Abdel Sattar Abdul Jabbar memetik laporan mengenai militia Syiah membakar kediaman penduduk Sunni dalam pertempuran di bandar itu.
Dia memberi amaran, jika kerajaan gagal menghentikan perbuatan militan Syiah itu, Iraq bakal menyaksikan kebangkitan semula ketegangan kaum seperti yang pernah berlaku ketika kemuncak perang pada 2006 dan 2007.
“Kami meminta tindakan menyusul kata-kata bagi menghukum mereka yang menyerang kediaman penduduk Sunni di Tikrit. Kami kesal terhadap mereka yang membalas dendam sehingga menyebabkan permusuhan etnik muncul semula.
Tentera Iraq yangh dibantu militan Syiah buat kali pertama menghampiri Tikrit dalam masa sembilan bulan Rabu lalu. Semalam, pertempuran sengit meletus Qadisiyya, pinggir Tikrit, yang masih dikuasai IS.
Pegawai Iraq yakin mereka akan tiba di tengah Tikrit dalam masa dua atau tiga hari lagi.
Agensi |
|
|
|
|
|
|
| |
|