View: 4755|Reply: 23
|
[Tempatan]
KWSP Tawar ASB2 Kepada Pencarum Mulai 1 Julai 2015
[Copy link]
|
|
KWSP Tawar ASB2 Kepada Pencarum Mulai 1 Julai 2015 Jun 25, 2015 156
KUALA LUMPUR – Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) mengumumkan Amanah Saham Bumiputera 2 (ASB2) akan ditawarkan di bawah Skim Pelaburan Ahli Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (SPA-KWSP) bermula 1 Julai ini.
Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (Pelaburan) Mohamad Nasir Ab Latif berkata, ia susulan daripada pengumuman Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak semasa membentangkan Pelan Malaysia ke-11 2016-2020 pada 21 Mei 2015.
“Dengan penyenaraian ASB2, terdapat sembilan dana yang ditawarkan di bawah SPA-KWSP yang diuruskan oleh Amanah Saham Nasional Berhad (ASNB).
“Ahli yang ingin melabur di dalam dana ASB2 ini boleh berbuat demikian melalui ASNB, sebuah anak syarikat milikan penuh Permodalan Nasional Berhad (PNB),” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.
Perdana Menteri semasa membentangkan RMK11 mengumumkan pencarum KWSP akan dibenar menggunakan Akaun 1 bagi melabur dalam ASB2.
Langkah tersebut bagi memastikan sasaran mencapai 30 peratus ekuiti Bumiputera dapat dicapai menjelang 2020.
Pelaburan tersebut membolehkan pencarum membeli unit ASB2 bagi memberikan pelaburan jangka masa panjang berisiko rendah.
Mengulas lanjut, Mohamad Nasir berkata, di bawah SPA-KWSP, ahli boleh memindahkan sebahagian simpanan dalam Akaun 1 untuk pelaburan dana unit amanah melalui 24 Institusi Pengurusan Dana (IPD) yang diluluskan di bawah SPA-KWSP, seterusnya memberikan pilihan kepada ahli untuk menambah simpanan persaraan mereka.
“Di bawah skim ini, ahli boleh memindahkan simpanan mereka tidak melebihi 20 peratus setiap tiga bulan daripada jumlah simpanan dalam Akaun 1 yang melebihi Simpanan Asas,” katanya.
Mohamad Nasir menambah, ahli KWSP digalakkan menggunakan kemudahan Portal Informasi SPA-KWSP untuk mendapatkan maklumat tentang dana-dana unit amanah yang ditawarkan di bawah SPA-KWSP serta IPD yang menguruskan unit amanah tersebut.
Jelasnya, portal yang dilancarkan pada April 2015 itu merupakan inisiatif KWSP untuk pencarum membuat penyelidikan sebelum mengambil sebarang keputusan pelaburan.
“Maklumat di dalam portal ini tidak mengandungi sebarang bentuk nasihat pelaburan atau syor oleh KWSP terhadap mana-mana dana unit amanah mahupun IPD,” katanya. – MYNEWSHUB.CC
|
|
|
|
|
|
|
|
banyak ke dividen ASB2? ASB2 ni halalun toyyiba ke tidak? |
|
|
|
|
|
|
|
Berapa dividen asb2 nih? |
|
|
|
|
|
|
|
Setakat ni pelaburan mana terbaik? Ke sama je semua |
|
|
|
|
|
|
|
kwsp takut abe jibby senduk lagi ke? |
|
|
|
|
|
|
|
halal simpan duit bwh bantal je
ade org time ord dok tunggu dividen... time tu la sembang halal haram..... ko tak simpan dok diam2 aaa...... join MLM.... itu takpe plak.... dasar...
|
|
|
|
|
|
|
|
simpan bawah bantal tak beranak pinak duit tu dino
siapa taknak khen tetiap tahun kutip dividen 5 angka.. hiks
|
|
|
|
|
|
|
|
dividen kita leh kuarkan trus ker kena tunggu umur 60 thn gak? |
|
|
|
|
|
|
|
Lps ni KWSP pun tak nak bg dividen yg tinggi kpd pencarum...
|
|
|
|
|
|
|
|
huntong ke idok ni? klau huntong nak ler melabuq |
|
|
|
|
|
|
|
lepas tu dah masuk ASB2, suka-suka hati dorang boleh keluar balik duit tu mcm ASB?
mana nak beranaknya duit kalu buat alasan masuk ASB2, pastu 2 3 bulan bawak keluar.. |
|
|
|
|
|
|
|
kalau masuk asb2 maknanya bleh jual beli mcm biasa ke?
dividen nya pula gimana ya?
member mzz sorang agent unit trust kata since ringgit merundum this year, kemungkinan dividen unit trust naik more than last year
last year dividen 7.6
|
|
|
|
|
|
|
|
dividen boleh amik tiap2 tahun le kot. mcm skim annuiti yg selalu bank2 dok buat tu... pokok dia je tak boleh kluarkan.. |
|
|
|
|
|
|
|
Mestilah dividen tak blh keluar.. Dh objektifnya melabur utk hari tuo.. Dividen kwsp sblm ni kan tak blh dikeluarkan.. |
|
|
|
|
|
|
|
Duit dr kwsp x leh buat keluar..guna lak cara mcm ni...bijan2.. |
|
|
|
|
|
|
|
aku takut keluarkan duit kwsp masuk dlm ASB, pastu jibby pinjam ASB buat beli tanah pastu x boleh bayar balik. kang aku yang melopong...
susah mau percayaaaa... |
|
|
|
|
|
|
|
Tapi bukankah macai ada cakap duit kwsp najib dah sakau..mcm mana boleh keluarkan duit dari akaun 1 utk melabur ni?..
Ketololan apa kah ini?. |
|
|
|
|
|
|
|
Rasanya sama je kot dengan pelaburan yg kwsp benarkan sebelum ni utk akaun 1. Biasa yang org ambil sebelum ni public mutual, cwa. Dividen memang tak boleh ambil sbb itu lah cara nak bagi duit tu bertambah. |
|
|
|
|
|
|
|
Pelik saya..kalau kwsp dah kering disakau oleh najib...mana kwsp amik duit utk kasi ahli2nya melabur dlm asb2 ni?.
Macais2...please explain?. |
|
|
|
|
|
|
|
Tiap2 bulan kan duit tetap masuk uncle AN..sebab tu sedap najib menarah..yang muda2 ni la menanggung orang2 tua yang nak pencen sekarang..sebab tu gigih suruh tambah anak supaya takde krisis masa akan datang..mcm jepun dah nampak impak..org tua lagi ramai dari org muda..so kerajaan depa dah highlight..jepun urus dengan telus.. |
|
|
|
|
|
|
| |
|