CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 10307|Reply: 50

FazrinJamal komen Gerak Khas cliche: Tok Usop Selam is redha & tak marah pun

[Copy link]
Post time 3-7-2015 02:56 PM | Show all posts |Read mode
Yusof Haslam Ambil Serius Gerak Khas Dikritik Tidak Relevan

Penerbit drama Gerak Khas Datuk Yusof Haslam mengambil serius komen negatif terhadap karya tersebut yang dianggap masih lagi memaparkan isi kandungan klise selain drama itu dianggap tidak lagi relevan ketika ini. Yusof berkata, dia tidak marah dengan mana-mana komen buruk mengenai produk-produk drama mahupun filem yang diterbitkannya di bawah Skop Production, namun akan cuba memperbaiki kelemahan seperti yang ditulis di laman sosial.

"Saya tidak marah jika orang beri komen Gerak Khas tidak bagus atau tidak relevan lagi kerana saya terbuka dengan sebarang pandangan.

"Malah jika komen tersebut logik, saya mengambil serius untuk memperbaiki kelemahan-kelemahan yang ada. Setakat kritikan yang kecil, tidak ada apa-apa masalah.


"Itu menunjukkan mereka menonton Gerak Khas dan kerana dari situlah mereka memberi komen," katanya yang dihubungi mStar Online di sini pada Khamis.

Yusof diminta mengulas mengenai komen seorang individu di Facebook yang meminta agar siaran Gerak Khas dihentikan kerana dianggap tidak lagi relevan. Individu berkenaan memberi beberapa ulasan iaitu penceritaan drama tersebut terlalu klise sehinggakan penonton sudah boleh mengagak plot pengakhiran cerita setiap episod yang disiarkan.

Malah siri yang mendapat kerjasama daripada pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) turut dibandingkan dengan drama terbitan antarabangsa seperti CSI, Eleventh Hour danHannibal yang dianggap jauh lebih kreatif berbanding Gerak Khas.

[size=15.0080003738403px]Komen individu yang tidak senang dengan drama Gerak Khas di Facebook.

Sementara itu, Yusof berkata, individu berkenaan bagaimanapun tidak patut membandingkan karya tempatan dengan luar negara memandangkan siri-siri antarabangsa itu dihasilkan dengan teknologi yang serba canggih selain industri perfileman mereka jauh lebih maju berbanding di Malaysia


[size=15.0080003738403px]"Jangan samakan kita dengan negara luar. Mereka lain, kita lain. Begitu juga dengan komen individu itu mengenai cara produksi Gerak Khas menunjukkan cara kerja PDRM yang sentiasa dilihat baik.

[size=15.0080003738403px]"Perlu diingat kita diikat dengan peraturan di mana pembikinan Gerak Khas berdasarkan integriti.

[size=15.0080003738403px]"Malah skrip Gerak Khas perlu mendapatkan kelulusan daripada PDRM sebelum penggambaran dimulakan. Tidak dinafikan, saya juga ada memaparkan mengenai beberapa sikap buruk segelintir polis dalam siri itu," tegasnya.

[size=15.0080003738403px]Drama Gerak Khas  musim baharu disiarkan di TV2 pada setiap Jumaat (pukul 9 malam) sejak 15 Mei lalu. [size=15.0080003738403px]Selain Yusof sendiri pelakon lain yang terlibat termasuklah Norman Hakim, Salina Saibi, C Kumaresan, Nizen Ayob, Afiq Muiz dan Shanorbiah Shamsir.





Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-7-2015 03:03 PM | Show all posts
roda2 kuala lumpur kisah polis trafik skop production punya jugak ke?

iols suka tengok cite tu dgn gerak khas, sbb ada elemen kekeluargaan kt situ.

dulu la masa kecik2 dulu, now lama dah tak tengok.
Reply

Use magic Report

Post time 3-7-2015 03:26 PM | Show all posts
best ke citer gerak khas ni?
tak pernah dapat tgk
ada lam uyoutube tak?
...but then, I tak ada experience dgn KL life hu hu
Reply

Use magic Report

Post time 3-7-2015 03:29 PM | Show all posts
dalam dah x tgk cite ni.. roda2 kl pun x tgk..

iols layan csi je
Reply

Use magic Report

Post time 3-7-2015 03:30 PM | Show all posts
dah lama x tgk citer GGK
mmg akhirannya cliche tp masih ada pengajaran disitu yg blh diambil
rs stop tgk lps dlm citer tu terselit dgn kisah cinta bersegi2 pastu cemburu bagai
tu yg rs cam mls nk tgk lg
Reply

Use magic Report

Post time 3-7-2015 03:34 PM | Show all posts
betul juga kata Fazrin..aku pun rasa GK ni best masa Insp Mazlan & Aleeza

lpas tu aku dh xtgk dah..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 3-7-2015 03:34 PM From the mobile phone | Show all posts
mak teh rembes dgn DYH ni masa muda2 dulu....
hensem sgt...selalu jadi playboy...
yg paling ingat film malati puteh bergandingan dgn tantiana amzah

drama gerak khas ni boring lah...
dialog sesama kolig pun skema jah...tak hidup langsung.
Reply

Use magic Report

Post time 3-7-2015 03:36 PM | Show all posts
wujud lagi gerak khas ni rupanya
dulu2 layan jg
bapak aku yang polis pn cakap GK ni ntah pape jln citernya
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 3-7-2015 03:48 PM | Show all posts
gerak khas ni best masa gandingan AC dgn arbakyahh pastu gandingan normy hakimah and arbakyahh..

pastu ada sekejap season tu haliza misbun enterframe ...watak dia sangat menjadi ...jadi polis yg kerekk... dan kiranya garang and tegas... last2 watak haliza tu ditamatkan kononnya memberikan sikap dan nilai buruk kpd penonton....  haruslahhhh semua positiff sajorr anggota polis ni dlm gerak khas...
Reply

Use magic Report

Post time 3-7-2015 04:40 PM From the mobile phone | Show all posts
CSI pun kekadang boleh diramal jalan cerita... So?
Reply

Use magic Report

Post time 3-7-2015 05:07 PM | Show all posts
bagi i masih releven. ada je isu semasa yg diketengahkan cuma lemah dan polis pon campurtgn dalam produksi. so taleh la terlebih fandai
Reply

Use magic Report

Post time 3-7-2015 05:12 PM | Show all posts
Dah lama tak tgk GK. Masa Insp Mazlan ngan Aleeza jek aku tgk..
Reply

Use magic Report

Post time 3-7-2015 05:13 PM From the mobile phone | Show all posts
Tapi fazrin tu sape sebenarnya?
Reply

Use magic Report

Post time 3-7-2015 05:26 PM | Show all posts
dulu time ac ada, aku tgk la.. tu pon skip2. la ni, tv pon aku x tgk.
Reply

Use magic Report

Post time 3-7-2015 08:22 PM From the mobile phone | Show all posts
Betol kata yusof haslam..xyah la nak bandingkan gerak khas ngan csi..cite2 omputih guna teknologi terkini..bajet pon banyak..nak banding ngan industri malaysia..apa punya perbandingan ntah..orang malaysia ni suka sangat bandingkan negara sendiri ngan negara luar..eh marah pulak ai...
Reply

Use magic Report

Post time 3-7-2015 08:26 PM From the mobile phone | Show all posts
last follow zaman isp aliza tu..
pastu tertengok jap masa salina saibi ada.. suka tengok dia, cantik je..

now takde makna da nak follow.. baik aku layan citer polis korea or csi
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-7-2015 08:28 PM From the mobile phone | Show all posts
Jgn hentikn drama ini tok usop
Ini drama feveret ayah saya n tok wan saya n pak uda saya juga
Reply

Use magic Report

Post time 3-7-2015 09:21 PM From the mobile phone | Show all posts
Dh lama x tgk gerak khas.
Reply

Use magic Report

Post time 3-7-2015 10:29 PM | Show all posts
chaintea replied at 3-7-2015 08:28 PM
Jgn hentikn drama ini tok usop
Ini drama feveret ayah saya n tok wan saya n pak uda saya juga

betul betul betul.... kesian pakcik makcik yg kat kampung tu... diorg mmg suka tengok
gerak gerak gerak khas ni .. arwah parents aku suka tengok.. klu time cerita ni main
jgn harap ko bleh tuka chanel lain
Reply

Use magic Report

Post time 3-7-2015 10:35 PM From the mobile phone | Show all posts
Walaupun pprt je suke tgk citr ni tp aku pun suke gak... lama dah x tgk sbb aku merantau...xde rtm kt tmpt aku
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-12-2024 05:53 PM GMT+8 , Processed in 0.463402 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list