View: 7263|Reply: 87
|
[Tempatan]
Tahap kesuburan wanita Malaysia semakin menurun
[Copy link]
|
|
Tahap kesuburan wanita Malaysia menurun - Rohani
Nasional
di Kuala Lumpur - 28 Jul 2015
Tahap kesuburan di kalangan wanita Malaysia menunjukkan penurunan mendadak sejak kebelakangan ini daripada 3 anak bagi setiap wanita pada 2000 kepada 1.9 anak pada 2012.
Ini berikutan wanita masa kini lebih memberi tumpuan kepada peningkatan kerjaya mereka.
Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Rohani Abdul Karim menegaskan ia adalah isu penting yang mendapat perhatian kementeriannya kerana faktor ini mampu menyekat pertumbuhan penduduk andai tiada langkah diambil untuk menanganinya.
"Pemikiran wanita sekarang adalah berbeza berbanding wanita sebelum ini. Mereka kini lebih menitikberat kerjaya, sekali gus mengakibatkan mereka mengabaikan keperluan mendapatkan anak," katanya selepas merasmikan Persidangan Persatuan Populasi Asia ke-3 (APA), di sini hari ini.
Menurutnya satu lagi punca penurunan kesuburan di kalangan wanita Malaysia adalah mereka lebih memilih bersendirian daripada berkahwin kerana menganggapnya satu halangan untuk meningkatkan kerjaya.
Berikutan itu, Rohani berkata kementeriannya sedang berusaha keras untuk meningkatkan tahap kesedaran yang masih dianggap rendah ketika ini.
"Kami sedang melakukan yang terbaik untuk memberi kesedaran di kalangan wanita dengan menganjurkan pelbagai bengkel dan ceramah untuk mendidik wanita akan keperluan meningkatkan tahap kesuburan di negara ini," katanya.
Mengenai Persidangan APA, Rohani berkata Malaysia mencapai banyak sasaran yang ditetapkan untuk tempoh 20 tahun dalam Program Tindakan Persidangan Antarabangsa Mengenai Penduduk dan Pembangunan (ICPD-PoA) yang berakhir tahun lalu dan Pembangunan Milenium (MDGs), yang dibuat pada tahun 2000.
"Saya berbesar hari untuk menyatakan kementerian saya sudah mencapai sasaran ICPD-Poa dan MDGs terutama dalam mengurangkan kemiskinan, persamaan gender, pembangunan keluarga dan kesihatan reproduktif remaja," katanya.
Persidangan empat hari itu disertai 600 peserta dari 40 negara Asia yang melibatkan pembuat dasar dan pakar kesihatan.
-- BERNAMA
|
|
|
|
|
|
|
|
Naper nk beranak ramai2 klau melarat hidup. Cukupla 1-2 org. |
|
|
|
|
|
|
|
Nak suruh beranak banyak banyak kau nak tolong bayar kan ke duit sara anak? |
|
|
|
|
|
|
|
berbeda pulak dgn wanita di bangladesh, rohingya
tahap kesuburan mereka tinggi oooo walopun tahap kewangan mereka cukup2 mkn jaa |
|
|
|
|
|
|
|
dah nikah nanti, nak anak sorang je.
paling koman, nak anak kembo pair boy+girl |
|
|
|
|
|
|
|
malaysia makin mandul bestnye |
|
|
|
|
|
|
|
bellaa replied at 30-7-2015 06:58 AM
dah nikah nanti, nak anak sorang je.
paling koman, nak anak kembo pair boy+girl
samaaa.. nk kmbar gak.. beranak skali je senang.. hehehehe kalau ade rezeki la kan.. |
|
|
|
|
|
|
|
ecahaha replied at 30-7-2015 07:46 AM
samaaa.. nk kmbar gak.. beranak skali je senang.. hehehehe kalau ade rezeki la kan..
Insyallah sis (: |
|
|
|
|
|
|
|
Betul ke survey ni. Kalau di bandar besar logik jugaklah kalau ko pergi kan bandar-bandar kecil dan kawasan luar bandar ramai je perempuan yang mempunyai kesuburan tinggi. Orang kampung aku anak berderet-deret. Yang umur 30-an anak dah 5-6 kebanyakkannya. |
|
|
|
|
|
|
|
orang kita ramai yang sakit skang nie.... |
|
|
|
|
|
|
|
sembang lah makcik.... nk suh beranak ramai, pastu ktorg jugak yg mengadap dgr rintihan itu ini mahal |
|
|
|
|
|
|
|
Amin.
tapi bila dah tua terasa rugi tak beranak ramai
yalah bila anak2 dah besar, kawen.. tinggal kita suami isteri jer kat rumah
eh2 mcm dah tua sgt pulak aku
|
|
|
|
|
|
|
|
ntahlah dorang tak pikir ke bila dah beranak ramai ni susah nak tanggung segala
ke dorang tak mampu nak beli/ambik pil perancang?
|
|
|
|
|
|
|
|
walaupun majoriti pompuan malaysia badan subur mcm peti ais 2 pintu...tapi benih tak berapa subur..ini musti salah kerajaan ni... |
|
|
|
|
|
|
|
sis...apa la...ble dh tua2 enjoy la gi jln2 pusing2 1 dunia...buat benda yg kita suka sama2...tgk wayg...jln2 kat park pegang tgn..lepak2 kat starbucks...sweet sgt...
|
|
|
|
|
|
|
|
hehe betul tu... kena tunggu 30 tahun lagi
|
|
|
|
|
|
|
|
kan???
belanja dah la mahal
kalau bagi elaun setiap orang rm300 at least pada setiap bulan dengan tempoh masa sehingga beberapa tahun ok jugak..
hahahaha
|
|
|
|
|
|
|
|
ingat sis bbnu baya bella
sbb selalu nampak main kutip tacang kat bod negeri
|
|
|
|
|
|
|
|
klu yg dh kawin...baru nk ada anak...dhtu stress ngn keje... boleh jd sumbang gak ketidaksuburan
|
|
|
|
|
|
|
| |
|