CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2768|Reply: 4

Burung merpati seludup dadah

[Copy link]
Post time 16-8-2015 01:00 PM | Show all posts |Read mode


SAN JOSE: Seekor burung merpati yang membawa dadah jenis ganja dan kokain ditangkap di luar sebuah penjara di Costa Rica, awal minggu ini.

Portal UPI melaporkan, burung merpati yang diberi nama NarcoPigeon oleh pihak berkuasa itu ditangkap pada Selasa lalu berdekatan Penjara La Reforma di San Rafael de Alajuela, yang merupakan penjara terbesar di Costa Rica.

Menurut Kementerian Kehakiman dan Keamanan Costa Rica, burung itu yang ditangkap oleh polis penjara didakwa membawa 14 gram ganja dan 14 gram kokain.

Kejadian itu merupakan yang pertama cubaan menyeludup dadah menggunakan burung di penjara berkenaan.

Pengarah Polis Penjara Costa Rica, Paul Bertozzi berkata, sebelum ini pihak bertanggungjawab menggunakan kucing untuk memindahkan dadah dari satu kawasan ke satu kawasan.

“Mereka sentiasa mencari cara baharu untuk menyeludup dadah dan kami terpaksa berada dalam keadaan berjaga-jaga," katanya.

Burung berkenaan telah ditangkap dan dikurung sebelum dihantar ke tempat perlindungan haiwan.

Berita penangkapan burung merpati itu tersebar meluas dalam kalangan pengguna media sosial di Costa Rica yang mencetuskan pelbagai reaksi.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-8-2015 12:00 AM | Show all posts
Ku ku ku ku ku  
Den x saloh den x saloh
Jangan tangkap den
Den cumo merpati kaldai dadah jer
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 17-8-2015 09:18 AM | Show all posts
apa hukuman merpati kaldai dadah?
Reply

Use magic Report

Post time 18-8-2015 04:12 PM | Show all posts
Nak sangat guna binatang ...guna keldai terus  la
Reply

Use magic Report

Post time 18-8-2015 11:27 PM | Show all posts
kucing dah....pigeon dah ?

katak kot ...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-9-2024 12:59 PM GMT+8 , Processed in 0.064917 second(s), 19 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list