CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 5002|Reply: 27

Najib Tidak Terlibat Dalam Kes Pembunuhan Altantuya- Musa Hassan

[Copy link]
Post time 15-9-2015 09:50 AM | Show all posts |Read mode
Oleh : TS LOO

sumber foto : www.freemalaysiatoday.com/



Dalam kes pembunuhan wanita Mongolia, Altantuya Shaariibuu, Datuk Seri Najib Tun Razak tidak pernah disiasat kerana beliau tiada kaitan langsung.


Pendedahan itu dinyatakan oleh bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan kepada pemberita di Restoran Savaro, Solaris Dutamas semalam.



“Ketika saya menjadi Ketua Polis Negara, siasatan polis menunjukkan hanya Sirul, Razak Baginda, dan Azila yang mempunyai hubungan dalam kes pembunuhan itu."




Tambah Musa, dokumentari pembunuhan Altantuya yang disiarkan Al-Jazeera pada 31 Ogos lalu tidak benar dan berniat untuk mengelirukan rakyat.


Tegasnya, tindakan Al-Jazeera itu adalah fitnah yang bertujuan mempertikaikan kredibiliti Najib.- CARI Infonet
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-9-2015 09:56 AM From the mobile phone | Show all posts
Suami beliau yg terlibat kan, kes jeles ke apa tah. Jibbu hnya hubunga intim. lol
Reply

Use magic Report

Post time 15-9-2015 09:57 AM | Show all posts
itu KPN sulah dibayat woo

sulah dibayat woo

miya

kata cina DAP
Reply

Use magic Report

Post time 15-9-2015 10:50 AM | Show all posts
aku rasa kata2 musa hassan ni bole dipercayai
btola kot
Reply

Use magic Report

Post time 15-9-2015 10:53 AM | Show all posts
benda ni rasenye dh lebih setahun senyap je.
Ape cite sisatan polis perancis?
dah siap ke blom...?

Reply

Use magic Report

Post time 15-9-2015 11:49 AM | Show all posts
Orang sekarang..... lebih ramai percaya pada fitnah...
Orang sekarang dah diberi fakta pun susah nak percaya...
lebih percaya berita auta, berita2 tanpa bukti....

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 15-9-2015 11:51 AM | Show all posts
mdhelmi replied at 15-9-2015 10:50 AM
aku rasa kata2 musa hassan ni bole dipercayai
btola kot

Orang sekarang ramai yang mudah terpengaruh dgn fitnah...
Walaupun dah diberi fakta...lebih percaya dengan berita2 auta, berita tanpa bukti....
Reply

Use magic Report

Post time 15-9-2015 11:58 AM | Show all posts
Sampai sekarang motif bunuh Altantuya tu tak dibagitau. Mahkamah pun tutup kes. Pembunuh pun lepas bebas lg.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-9-2015 12:12 PM From the mobile phone | Show all posts
Roh altantuya tak bangkit tuntut keadilan? Isk seram plak aku.
Reply

Use magic Report

Post time 15-9-2015 12:22 PM | Show all posts
orang tak tanya najib libat ke tak la dol,

orang tanya motif bunuh tu,

pesal dalam sejarah negara malaysia, sejak dlu smpai skrg, mahkamah akan tanya motif bunuh pada mana2 kes bunuh, mana ada yg tk tanya?..

apa gile ke terus hukum pesalah, pstu sumbat dlm jail @ gntung ja..pstu tarak tanya motif,




aku nak tanyala korang yg ada anak2 ni,
bayangkanla Anak perempuan korang kene tembah, bunuh, letup.


tarak ada sebutir atom ka dlm hati nk tanya motif, "KENAPA ANAK AKU KENE BUNUH!!!???"

mu diam2, senyap2, redha, pstu kambus kubur anak hang ajala, pstu blah gitu

bahlol punya perangai..
Reply

Use magic Report

Post time 15-9-2015 12:30 PM | Show all posts
Dah lama tahu fitnah.. Punca yang tambah perisa mengatakan Najib terlibat selepas ada ahlul politaik menyebarkan gambar photoshop + peliwat tua dok jaja ke hulu ke hilir  .. Macai2 Politaik puak sinun selalu cakap dengan bongkak kununnn fitnah hanya sebati dengan umno.. depa kaki fitnah, senyap seribu bahasa.. 2x5.. 5x2

Kebetulan si Razak ni rapat dengan Najib... semua depa kaitkan satu persatu.. kalo minah ni betul2 ada hubungan ngn Najib, baik dia sebarkan depan public sebab Najib tu salah seorang pemimpin negara masa tuu ..

Cakap benci Najib, tapi dok fitnah dia, free jer dia dapat pahala hasil pemfitnah geng2 yang kununnnn benci ... Memang sifat orang2 fasik jaa puak2 bodo ni ..

Reply

Use magic Report

Post time 15-9-2015 12:35 PM | Show all posts
batmana replied at 15-9-2015 12:22 PM
orang tak tanya najib libat ke tak la dol,

orang tanya motif bunuh tu,

Tu la pasal... Ramai yg nk tau MOTIF pembunuhan...itu je. Tapi tetap takde jawapan. Melainkan pembunuh tu mental...atau gila.

Reply

Use magic Report

Post time 15-9-2015 12:37 PM | Show all posts
mdhelmi replied at 15-9-2015 10:50 AM
aku rasa kata2 musa hassan ni bole dipercayai
btola kot

Masing2 nak selamatkan tengkuk sendiri jer
Tak terkecuali Musa Hasan ni
Takkan dia nak ngaku dia buat silap masa jadi KPN sbb gagal panggil Najib bagi keterangan

Musa Hassan ni masa jadi KPN dulu pun 2 x 5
Dah bersara baru nak kritik itu ini
Reply

Use magic Report

Post time 15-9-2015 12:38 PM From the mobile phone | Show all posts
Setiap butir keluar dr mulut musa hassan ni berapa la rega dia ye..
Reply

Use magic Report

Post time 15-9-2015 12:39 PM | Show all posts
aku percaya itu cara najib nak clear nama dia dgn menyuruh IGP tangkap member kamcing dia si baginda itu...so bila baginda kena tangkap dia lepas tangan like nasib kau la dah kena....ingat lagi bini baginda cam histeria menjerit2menyumpah whoever whatever bila baginda kena gari haritu...
Reply

Use magic Report

Post time 15-9-2015 04:14 PM | Show all posts
makcik pakcik felda pprt kampung bengap percaya bahawa tetiba azizul dan sirul di rasuk hantu dan terus tembak dan letupkan altantuya tanpa apa2 sebab...

makcik pakcik felda pprt kampung bengap juga percaya tetiba je rekod kemasukan altantuya dihilangkan dari pejabat imigresen oleh pontianak dan langsuir...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-9-2015 04:18 PM | Show all posts
So, motif pembunuhan si Tantuya tiew? Diorang rogol bitch tiew sampai mampus lepas tiew letupkan? Diorang saje2 jer nak test power C4? Diorang tetibe sewel sejenak pastu bom orang sesuka hati? Ulasin? Berus jamban sila ketepi I hempuk kau I tengah duk period neh
Reply

Use magic Report

Post time 15-9-2015 04:21 PM | Show all posts
batmana replied at 15-9-2015 12:22 PM
orang tak tanya najib libat ke tak la dol,

orang tanya motif bunuh tu,

Tapi ada pihak tertentu yg kaitkan dengan Najib..


Reply

Use magic Report

Post time 15-9-2015 04:30 PM | Show all posts
freebird replied at 15-9-2015 04:14 PM
makcik pakcik felda pprt kampung bengap percaya bahawa tetiba azizul dan sirul di rasuk hantu dan te ...

Kenapa kaitkan Najib..

Jika azizul dan sirul diarahkan...sesiapapun boleh upah, arahkan tidak semestinya Najib
Jika rekod kemasukan altantuya dihilangkan...sesiapapun boleh upah, arahkan berbuat demikian tidak semestinya Najib

Jika Tun Abdullah masih lagi jadi PM, mungkin akan ada pihak yg akan kaitkan Tun Abdullah dgn Altantuya sebab
polis pengiring Tun Abdullah yg terlibat.

Altantuya: Pada mulanya hanya kes biasa, kata Musa
FATHIN ATHIRAH HASLI
                                                             15 September 2015                              

Share on facebook Share on twitter Share on google_plusone_share More Sharing Services4

                  


                                            Musa Hassan



                                                                                                                              KUALA LUMPUR - Baru-baru ini negara digemparkan sekali lagi dengan dokumentari kes pembunuhan warga Mongolia, Altantuya Shaariibuu pada 2006.
Dokumentari tersebut disiarkan menerusi sebuah stesen televisyen antarabangsa Al Jazeeea dalam program mingguannya, 101 East.
Susulan laporan dokumentari kontroversi tersebut, bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan tampil mengadakan sidang media mendedahkan siasatan berkenaan pembunuhan bekas model tersebut.
"Waktu itu (sewaktu kes Altantuya mula disiasat) saya merupakan Ketua Polis Negara, jadi hari ini saya terpanggil untuk mengadakan sidang media berkenaan perkara tersebut. Saya pantau penyiasatan-penyiasat yang dilakukan oleh pegawai-pegawai saya.
"Siasatan kes Alttanntuyya bermula daripada laporan orang hilang di mana kita menerima laporan yang menyatakan seorang wanita Mongolia bernama Altantuya telah hilang. Dari situ saya meminta pegawai saya untuk membuka siasatan ke atas kes orang hilang," katanya dalam sidang media di sini, semalam.
Kata Musa, beliau memaklumkan ketua siasatan jenayah bahawa siasatan perlu dilakukan dengan teliti memandangkan mangsa adalah seorang pelancong.
Pada masa itu, kemungkinan orang yang hilang boleh menjadi sebahagian daripada mangsa jenayah.
Menurutnya lagi, selepas siasatan dijalankan, beliau dimaklumkan Altantuya telah membuat laporan polis di Balai Polis Brickfields sebelum menghilangkan diri.
"Laporan tersebut menyebut bahawa mangsa diganggu dan diugut seseorang dan individu tersebut perlu dipertanggungjawabkan sekiranya berlaku sesuatu yang tidak dingini berlaku pada diri mangsa. Nama individu tersebut juga disebut dalam laporan tersebut.
"Sepertimana yang kita tahu, individu tersebut yang dikenali sebagai Abdul Razak Baginda telah disiasat oleh pihak berkuasa. Hasil siasatan mendapati dua pegawai polis terlibat dengan kes kehilangan Altantuya," tambah beliau.
Ujar Musa lagi, berdasarkan maklumat dan keterangan saksi yang dikumpulkan, mangsa dibawa ke suatu tempat di Bukit Cherakah.

Setelah disiasat, polis telah mengenal pasti dua bekas pegawai polis tersebut yang pada waktu itu sedang bertugas mengiringi bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi ke luar negara.

"Saya mengarahkan dua belas pegawai tersebut pulang dengan mengatakan ada tugas khas untuk diberi sebaik mereka pulang ke negara. Saya mengarahkan dua bekas pegawai terbabit ditangkap untuk disiasat.
"Sebaik sahaja Tun Abdullah pulang ke negara ini, saya telah memberikan penerangan terhadap apa yang berlaku dan siapa yang terlibat dalam kes ini," katanya.

        Menurut Musa, pada masa itu polis masih tidak tahu bahawa Altantuya sudah dibunuh dan kes tersebut disiasat dibawah orang hilang.

        "Pada masa itu kita juga mengesahkan bahawa kita ingin menahan Abdul Razak Baginda.

        "Tun Abdullah pada masa itu meminta saya menerangkan kepada Timbalan Perdana Menteri (pada masa itu Datuk Seri Najib Tun Razak) tetapi saya katakan tidak perlu kerana kes-kes seperti ini hanya perlu diberi penjelasan pada Perdana Menteri sahaja," jelasnya lagi.

        Musa bagaimanapun menghubungi Najib untuk mengadakan pertemuan atas arahan Tun Abdullah.

        "Saya beritahu Timbalan Perdana Menteri bahawa pihak berkuasa ingin menahan Abdul Razak Baginda di atas penglibatannya dalam kes tersebut. Timbalan Perdana Menteri pula kata "Do your job!" Bermakna saya buat kerja saya.  

        "Daripada siasatan yang dijalankan, kami dapat tahu mangsa ini dibunuh dan mayatnya diletupkan. Mereka bertiga dihadapkan ke mahkamah," kata Musa lagi.

        Beliau dalam pada itu turut menegaskan bahawa Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak tidak pernah terlibat dengan pembunuhan bekas model tersebut.

        "Saya kesal dengan laporan media yang masih mengaitkan perdana menteri (Najib) dengan Altantuya. Jadi saya terpanggil untuk mengadakan sidang media berkenaan perkara tersebut," katanya lagi



Reply

Use magic Report

Post time 15-9-2015 04:33 PM | Show all posts
freebird replied at 15-9-2015 04:14 PM
makcik pakcik felda pprt kampung bengap percaya bahawa tetiba azizul dan sirul di rasuk hantu dan te ...

felda pprt pun kalo
guna otak takde la nampak bodoh sangat
macam you ahso


Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

6-1-2025 11:30 AM GMT+8 , Processed in 0.067850 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list