Video: Hormat Raja Bomoh Tapi Ayah Akan Buat Laporan Polis – Rani Kulup
Posted on September 22, 2015 by Abdul Mursyid Zainuddin|
KUALA LUMPUR – Presiden Pertubuhan Martabat Jalinan Muhibbah Malaysia (MJMM) Abdul Rani Kulup Abdullah akan membuat laporan polis berkaitan ritual yang mengandungi unsur syirik oleh Raja Bomoh Malaysia (Ibrahim Mat Zin).
Menurut pesara tentera itu, beliau bersetuju pada awal ritual yang dilakukan Ibrahim, bagaimanapun ritual itu seakan tidak betul apabila memasukkan perkara pelik yang boleh melanggar akidah sebagai seorang Islam.
“Raja bomoh ok. Bomoh tu bomohlah. Dia berdoa dengan Allah s.w.t tu saya setuju sangat.
“Tapi ada benda yang saya rasa tak berapa setuju dimana dia menggunakan ais batu. Benda benda seperti itu yang jadi kontroversi, ” katanya selepas merasmikan sebuah buku berjudul ‘Rani Kulup #kipidap di Batu Caves, Selangor, petang tadi.
Bagaimanapun menurut Rani, beliau sangat menghormati Raja Bomoh Malaysia. Namun, disebabkan tidak bersetuju dengan penggunaan benda kurafat, menyebabkannya mengambil keputusan untuk membuat laporan polis terhadap ritual Raja Bomoh itu.
Katanya yang turut meminta supaya Raja Bomoh menghentikan perbuatan yang berupa syirik dan boleh mengelirukan rakyat.
Terdahulu, Rani melancarkan bukunya mengenai laporan polis yang dibuat sepanjang perjuangannya untuk Malaysia. – SuaraTV
Unsur syirik dan kurafat dicampur aduk dgn agama.... Utk tatapan umum pulak tu... Kalau dia buat dlm rumah dia lantaklah dia lah kan... Ini buat perbuatan tu utk dpt publisiti meluas.... Patut dipantau