View: 3624|Reply: 14
|
"SAYA TIDAK MENGHIDAP KANSER USUR" - HAZAMI
[Copy link]
|
|
Sekitar bulan Ogos lalu, tersebar berita yang mengatakan penyanyi, Norkamal Hazami Ahmad atau lebih dikenali sebagai Hazami, 40, menghidap kanser usus.
Hazami bagaimanapun menyangkal dakwaan yang mengatakan dirinya menghidap kanser tersebut.
Artis yang dikenali dengan lagu Sonata Musim Salju dan Mungkir Bahagia itu menjelaskan, pada awalnya doktor yang merawat beliau memang menemui dua titik yang disangka penyakit berbahaya itu. Bagaimanapun, hasil ujian biopsi menunjukkan beliau bebas daripada kanser.
"Sejujurnya saya tidak tahu bagaimana hendak menggambarkan perasaan ketika itu kerana saya tidak pernah jatuh sakit sebelum ini.
"Saya menghidap diverticulum atau kantung darah pada usus yang kemudiannya pecah menyebabkan pendarahan yang banyak, tetapi bukan kanser," ujar Hazami dipetik sebagai berkata.
Hazami yang juga pencipta lagu dan penulis lirik bersyukur apabila beliau kini semakin pulih, malah berat badannya juga bertambah sebanyak enam kilogram (kg) daripada 50 kg sebelum ini.
"Saya berhasrat untuk menambah berat badan sehingga 60 kg dan kini, saya juga gigih bersenam di gimnasium.
"Doktor yang merawat saya juga tidak membekalkan sebarang ubat-ubatan, cuma saya dinasihatkan supaya mengamalkan pemakanan seimbang serta banyak makan buah-buahan," jelasnya ketika ditemui media pada sebuah acara di ibu kota.
Beliau yang akan melancarkan lagu baharu selepas hampir tiga tahun menyepi turut memberitahu, kesan daripada penyakit terbabit masih ada dan biarpun bertambah sihat, beliau masih berasa sedikit lemah.
Read more: http://www.myartis.com/2015/10/saya-tidak-menghidap-kanser-usur-hazami.html#ixzz3nNCODD3x
|
|
|
|
|
|
|
|
Alhamdulillah nikmat tuhan dijauhkn penyakit merbahaya. |
|
|
|
|
|
|
|
Perghhh...40 dah dia ni. Semoga kembali sihat hendaknya |
|
|
|
|
|
|
|
alhamdulillah,.. baguslah kalau bukan kanser |
|
|
|
|
|
|
|
Semoga kembali sihat... Abam Hazami xmo masuk Gegarvaganza ke? boleh la iouls jadi cheerleader |
|
|
|
|
|
|
|
kalo bdn dia sado konpem ensem...recik...rembes |
|
|
|
|
|
|
|
Alhamdulillah..moga cepat sembuh.
|
|
|
|
|
|
|
|
syukur kalo gtu..
pssst. tajuk ada typo.... |
|
|
|
|
|
|
|
alhamdulilah semoga kak mimi ceria sentiasa |
|
|
|
|
|
|
|
minat suara dia ini
lirik lagu dia cipta pun not bad
kira dia ini artis yang ada IQ |
|
|
|
|
|
|
|
Alhamdulillah.. Moga dijauhkan dari penyakit itu |
|
|
|
|
|
|
|
Takyah la masuk gv2 tu
Retis sendu je masuk situ mimi oii
|
|
|
|
|
|
|
| |
|