View: 2046|Reply: 5
|
[Dunia]
Hospital rawat penagih gajet (smartphone, tablet)
[Copy link]
|
|
NEW DELHI: Pakar perubatan meluahkan kebimbangan mengenai peningkatan kes ketagihan gajet dengan semakin ramai pengguna terlalu bergantung kepada telefon pintar dan tablet mereka. Pakar psikiatri berkata, ketagihan gajet boleh membawa kepada keasyikan keterlaluan dengan internet, bahan lucah dan permainan komputer, yang kerap dilihat pada remaja dan belia. Malah, keadaan itu boleh membawa kepada masalah kemurungan. Bulan lalu, pakar psikiatri di Hospital Dr LH Hiranandani, Dr Harish Shetty, merawat 10 pesakit akibat ketagihan gajet. "Pesakit memerlukan kaunseling tetapi sebahagiannya perlu dimasukkan ke hospital dan diberi ubat dalam usaha menghilangkan ketagihan itu," katanya sambil menambah keadaan akan bertambah buruk jika pesakit tidak mengikuti apa yang digelarnya 'kebersihan gajet.'
Mengikut Laporan Visi Internet Bergerak 2015, hingga Jun tahun ini, pengguna internet di India mencecah lebih 350 juta. Malah, kajian yang dibuat pada 2013 oleh pakar psikiatri, Dr Deepak Goel, mendapati 74 peratus daripada 987 remaja didapati ketagihan internet tahap sederhana. "Ketika kajian, kami mendapati pesakit yang ketagihan internet mengalami kebimbangan dan kemurungan berkaitan kebimbangan. Kebanyakan didapati melayari internet secara keterlaluan di komputer," kata Dr Goel yang membuka klinik di Worli dan kerap merawat pesakit dengan ketagihan gajet. Sementara itu, Dr Maya Kirpalani dari Hospital Jaslok menambah ketagihan gajet turut menjejaskan perkahwinan kerana sentuhan peribadi semakin hilang. - Agensi
|
|
|
|
|
|
|
|
kalo x dibendung makin kritikal la org dok gila gajet...
skg plk leh dpt murah2 belaka... |
|
|
|
|
|
|
|
kat mesia ni.. yg jd panel temuduga selalu merungut :pointer belajar tinggi2, time interview takleh nk bercakap pulak..
kawan iols yg jd panel kata bebudak skg kurang komunikasi yg betul, asik main gajet, mana nak pandai petah berkata2 utk yakinkan panel mse interview?? tanya sepatah jawab sepatah..
mcm ade kebenarannya tp itu salah satu penyebab. |
|
|
|
|
|
|
|
ayo...iols tak ler addicted up to that extend lagi uols....
tapi kalo ada sex rehab tu .... iols mungkin interested to register kowt
|
|
|
|
|
|
|
|
Aku kene masuk sini kot.. huarggh |
|
|
|
|
|
|
| |
|