|
|
Che Abdullah (tengah, berbaju hijau) bersama dengan sebahagian penerima Skim Gerbang Az-Ziwaaj.
TUMPAT - Seramai 11 pasangan pengantin baharu bagi Dun Wakaf Bharu menerima wang berjumlah RM11,000 sumbangan melalui Skim Gerbang Az-Ziwaaj.
Adun Wakaf Bharu, Datuk Che Abdullah Mat Nawi berkata, Skim Gerbang Az-Ziwaaj itu adalah sagu hati khas bagi merealisasikan pasangan yang ingin mendirikan rumah tangga.
Menurutnya, bakal pengantin layak memohon sumbangan ini untuk membantu mereka membuat persiapan perkahwinan.
“Permohonan perlu dibuat awal sebelum tarikh berlangsungnya perkahwinan supaya wang itu nanti dapat digunakan pada majlis tersebut.
“Setiap pasangan pengantin baru akan terima cek RM1,000 yang boleh dimohon dengan mengisi borang skim ini di pejabat Dun Wakaf Bharu,” katanya sempena program Cakna Rakyat Dun Wakaf Bharu di Taman Kasturi, Belukar di sini.
Terdahulu, pada program itu Che Abdullah turut menyampaikan sumbangan beras al-it’am dan input pertanian.
[url=]
[/url] |
|