View: 5305|Reply: 2
|
Resort Kontena : The KABIN, Pasti Mengujakan Pengunjung.
[Copy link]
|
|
Oleh : Dean BZ
Musim cuti sekolah bakal tiba tidak lama lagi dan sudah pastinya ada yang sedang sibuk merancang percutian.
Apa yang penulis ingin kongsikan kali ini mengenai satu destinasi percutian yang mungkin membuatkan anda terpegun dengan keunikan tempat ini. Terletak kira-kira hanya satu jam perjalanan dari Kuala Lumpur, resort ini amatlah sesuai untuk warga kota yang inginkan ketenangan dan menghabiskan masa bersama keluarga setelah penat bekerja.
Resort berkonsepkan kontena yang diberi nama "The Kabin" ini terletak di Pantai Remis, Jeram, Kuala Selangor. Lokasinya sangat strategik kerana berada berhampiran pantai Remis dan jarak untuk ke restoran ikan bakar terkenal di Jeram kira-kira hanya 2km . The Kabin juga pernah disiarkan di dalam Majalah 3 pada 29 Disember 2014.
kolam renang, kafe, bilik karaoke, tempat BBQ, basikal adalah antara kemudahan yang disediakan disini. Terdapat beberapa jenis bilik yang ditawarkan dengan pakej tertentu. Harganya juga sangat berpatutan.
Jom kita lihat apa yang menarik disini.
Antara bilik yang disediakan disini.
Nak berkaraoke pun boleh. Standbye senarai lagu siap-siap sebelum berkunjung ke sini.
Rasa nak mandi manda buat kuak lentang, swimming pool pun ada disediakan.
Pemandangan dari dalam kabin.
Pantai Remis, berhampiran The Kabin.
Suasana pagi yang mendamaikan.
Macam mana, mengujakan tak? Kalau nak tahu apa lagi yang best kat sini dan kawasan sekitarnya, kena lah pergi sendiri. Bye. - CARI Infonet.
Sumber foto : FacebookTheKabinMalaysia |
|
|
|
|
|
|
|
Orang Malaysia kalau penginapan ada kolam renang je mesti jadi pilihan |
|
|
|
|
|
|
| |
|