CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2522|Reply: 16

[Tempatan] Dakwaan IPTS mudah berikan keputusan cemerlang pada peminjam PTPTN

[Copy link]
Post time 2-11-2015 09:44 PM | Show all posts |Read mode
KUALA LUMPUR 1 Nov. – Kerajaan digesa menarik lesen universiti swasta yang didapati sengaja memberi keputusan cemerlang kelas pertama bagi pelajar Ijazah Sarjana Muda supaya mereka dikecualikan membayar pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN).


Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa), Datuk Ibrahim Ali berkata, tindakan tegas itu mesti diambil ke atas pihak yang terlibat kerana ia boleh me­rugikan kerajaan selain kualiti pengajian akan menjadi rendah.

“Selain menyiasat dan mengenakan tindakan tegas, kerajaan juga perlu mengkaji semula insentif itu yang menukar pinjaman &#173TPTN kepada biasiswa bagi pelajar yang dalam kategori tersebut.

“Isu itu timbul apabila keputusan cemerlang pelajar di universiti swasta naik mendadak sejak setahun lalu. Perkara ini meragukan banyak pihak,” katanya ketika dihubungi hari ini .

Beliau mengulas ruangan Awang Selamat dalam Mingguan Malaysia hari ini yang mendedahkan tindakan itu merupakan salah satu strategi universiti untuk menarik ramai pelajar.

Menurut Awang, menerusi cara itu pelajar terbabit tidak perlu membayar balik pinjaman atau ia diterjemahkan dalam bentuk biasiswa.

Ibrahim berkata, jika perkara itu berlaku ia akan mencetuskan rasa tidak puas hati pelajar lain yang terpaksa membayar semula pinjaman PTPTN sedangkan pihak tidak bertanggungjawab terlepas daripada melunaskan hutang tersebut.

“Golongan ini bukan sahaja menipu dan tidak perlu membayar hutang malah, selepas itu akan lebih mudah mendapat kerja dengan gaji yang besar tetapi terlepas daripada membayar hutang. Bagi saya ini tidak adil buat peminjam PTPTN yang lain,” ujarnya.

Sementara itu, Presiden Gabu­ngan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS), Zambri Mohd. Isa berkata, tindakan tegas itu mesti diambil ke atas pihak terlibat kerana ia boleh merugikan kerajaan.

“GPMS memandang serius perkara ini dan menggesa PTPTN, Kementerian Pendidikan Tinggi ataupun Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) menyiasat mana-mana universiti swasta yang terlibat kerana kalau betul ia berlaku banyak pihak lain yang tentunya akan marah,” ujarnya.

Menurut Zambri, tindakan universiti terbabit dilihat sengaja mengorbankan kualiti pengajian dan memanipulasi keputusan akademik semata-mata untuk tujuan komersial dan agenda lain adalah jenayah yang patut disekat.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-11-2015 06:38 AM From the mobile phone | Show all posts
Mana dia tau ipts saja2 bg keputusan cemerlang
Cuba keluarkn statistik bangsa apa yg cemerlang kt ipts tu..mana laa tau kn..sbb non bumi mmg ramai masuk ipts..
Reply

Use magic Report

Post time 3-11-2015 07:15 AM | Show all posts
Ada statistik kah? Banding bilangan 1st class IPTA dan IPTS? Baru sedap cerita
Reply

Use magic Report

Post time 3-11-2015 07:16 AM | Show all posts
Edited by Tok_Batin at 3-11-2015 07:18 AM

Oh dah dapat dah



Tapi based on kaum pulak, bukan IPTA vs IPTS tp nampak logik
Reply

Use magic Report

Post time 3-11-2015 07:17 AM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 3-11-2015 07:19 AM | Show all posts
Got it...



IPTA lebih ramai lebihkurang 74%
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 3-11-2015 12:04 PM From the mobile phone | Show all posts
Mcm2 perkosa nie..
Reply

Use magic Report

Post time 3-11-2015 12:18 PM | Show all posts
Cuba senaraika IPTS tersebut. Skrg berlambak IPTS nyamuk!!!
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-11-2015 12:25 PM | Show all posts
Tak relevent...saya one of the Senate members in IPTS...x semudah tu kami nak bagi 1st class honours..calculation memang details sebelum senate luluskan..then MQA dan PTPTN pun ada calculation derang jugak..not that easy..kami pun jaga quality dan dipantau oleh MQA bukan main sesuka ajer..
Reply

Use magic Report

Post time 3-11-2015 12:34 PM | Show all posts
Elok wat audit pada mereka yang mendapat keputusan cemerlang tu.....bukan apa kemungkinan penipuan berlaku mungkin ada, tapi elok adakah siasatan...sekarang duit adalah segalanya...yang hitam boleh jadi putih, yang putih boleh jadi hitam

lagi satu mungkin dah sampai masanya, kena tengok balik kriteria dan polisi pinjaman boleh ubah kepada biasiswa ni...
Reply

Use magic Report

Post time 3-11-2015 04:48 PM | Show all posts
tak rugi pun gov kalau bg free education......
Reply

Use magic Report

Post time 3-11-2015 07:33 PM From the mobile phone | Show all posts
Pasti ke ipts sahaja yang buat? Kat ipta takde ke?
Reply

Use magic Report

Post time 3-11-2015 07:49 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by mommymonster82 at 3-11-2015 07:53 PM
jazaa100 replied at 3-11-2015 07:05 AM
Perasaan dengki tu terbawak-bawak wkupun dah duduk atas.....


Sepupu me dulu pnh ngajar kat 1 ipts..

Budak tu tak dtg kelas...asg xbuat..tetap kena luluskan dia jugak2...sbb ada kabel...tak tahan asyik kena menipu....sepupu me tukar tempat keje..

So kemungkinan tu ada..eloklah gov siasat
Reply

Use magic Report

Post time 3-11-2015 08:51 PM | Show all posts
ada juga lecturer ipts yang taknak bagi lepas student, sampai ada yang repeat 2 3 kali. kalau dah memang dia belajar rajin rajin sebab taknak bayar loan, apa masalahnya? mara tu lagi lah siap sponsor student oversea lepastu ramai tak bayar.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 3-11-2015 08:58 PM | Show all posts
PTPTN siasat IPT

KUALA LUMPUR 1 Nov. - Perbadanan Tabung Pendi­dikan Tinggi Nasional (PTPTN) akan membuat siasatan terperinci berhubung dakwaan terdapat universiti swasta ter­tentu sengaja memberi keputusan cemerlang kepada pelajar mereka supaya dikecualikan bayaran balik pinjaman tersebut.

Ketika memberi jaminan itu, Pengerusinya, Datuk Shamsul Anuar Nasarah berkata, sekiranya terbukti perkara itu berlaku, pihaknya tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan tegas.

Jelas beliau, perbadanan itu mempunyai polisi dan kaedah yang ketat dalam meluluskan pengecualian bayaran balik ke atas Ijazah Sarjana Muda Kelas Pertama yang dikemukakan oleh institut pengajian tinggi (IPT).

“Semuanya berdasarkan kepada yang ditetapkan oleh Kementerian Pendidikan Tinggi. Namun, PTPTN memandang berat mengenai perkara ini kerana ia melibatkan kepentingan semua pihak.

“Sehubungan itu, pihak PTPTN akan melakukan siasatan seterusnya akan mengeluarkan kenyataan rasmi berhubung perkara tersebut,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Ruangan Awang Selamat Ming­guan Malaysia hari ini mendedahkan terdapat universiti swasta berbuat demikian sebagai strategi menarik lebih ramai pelajar memilih untuk menyambung pengajian di universiti terbabit.

Taktik universiti itu ialah dengan menaikkan sistem Purata Nilai Gred Kumulatif (CGPA) sekali gus pelajar terbabit tidak perlu membayar balik pinjaman atau diterjemahkan dalam bentuk biasiswa.
Reply

Use magic Report

Post time 3-11-2015 11:14 PM From the mobile phone | Show all posts
Kolej swasta aku keje dulu lagi lah
Bhgian pinjaman kne anta result student setiap sem ke ptptn
Kalo ade student yg gagal, ptptn akan hold loan utk sem seterusnye
Tapi kolej celake ni, die pegi palsukan result student yg gagal utk hntar ke ptptn
Sbab kalo ptptn hold loan student, kolej pun x dapat payment
Student pun pelik, apesal aku fail tapi loan masih dapat....lahanat betul kolej tu
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-11-2015 11:29 PM | Show all posts
tuduhan camni datang dari orang yang tak berilmu dan tak tau bagaimana sesuatu sistem itu berfungsi...

sama macam mentaliti pengomen dalam fesbuk siakap babi, penmerah....
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

8-10-2024 08:29 PM GMT+8 , Processed in 1.061987 second(s), 28 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list