CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3393|Reply: 1

[Mudah] 3 Resepi Sarapan Pagi Dalam Satu Cawan

[Copy link]
Post time 4-11-2015 05:06 PM | Show all posts |Read mode
Oleh Izzah Abbasy






Tiga resepi ini semudah ABC. Memang tak sangka kan? Hanya masukkan bahan-bahan dalam mug atau cawan dan panaskan menggunakan microwave sahaja. Kemudian,  dah boleh makan.




Tak payahlah sibuk-sibuk nak guna minyak semua. Jika ibu bekerjaya atau suri rumah yang memang tak menang tangan dengan anak-anak wajib cuba resepi ini.

3 resepi tersebut adalah Blueberry Muffin, Omelette atau telur dadar dan  Banana Cinnamon Cake (Kek Pisang Kayu Manis).

RESEPI 1
BLUEBERRY MUFFIN



Bahan A

4 sudu besar tepung
2 sudu besar gula
1 sudu kecil baking powder
3 sudu besar susu segar atau susu cair
1 sudu besar minyak sayuran
secubit baking soda (serbuk penaik)

Bahan B

Beberapa biji blueberry
2 sudu besar gula perang

Cara penyediaan

Kacau bahan-bahan ini dengan sebati.
Tambahkan blueberry atau strawberi (mengikut citarasa).
Kacau sedikit dan masukkan gula perang.
Masukkan ke dalam microwave selama satu minit.
Resepi untuk sarapan pertama dah pun siap.

RESEPI 2
OMELETTE




Bahan A

2 biji telur
2 sudu besar susu segar atau susu cair
1 biji bawang besar yang siap dicincang
Hirisan daun bawang
Hirisan Keju
Secubit garam dan lada hitam

Bahan B

Sedikit hirisan keju
1 biji tomato dipotong dadu

Cara penyediaan

Kacau kesemua bahan dengan sebati.
Masukkan ke dalam microwave selama satu minit.
Resepi untuk sarapan kedua dah pun siap.
Hiaskan dengan hirisan keju dan tomato di atas bahan yang siap dibakar.


RESEPI 3
BANANA CINNAMON CAKE (Kek Pisang Kayu Manis)



Bahan-bahan

1 atau 1/2 biji pisang dilenyekkan
2 sudu besar susu segar atau susu cair
1/2 sudu kecil serbuk penaik (baking powder)
Secubit garam
1 1/2 sudu besar gula perang
1 sudu kecil perisa Vanila
5 sudu besar tepung
1 sudu kecil serbuk kayu manis
1 sudu besar minyak sayuran

Cara penyediaan

Kacau kesemua bahan dengan sebati.
Biarkan seketika dalam microwave selama satu minit.
Resepi untuk sarapan ketiga dah pun siap.
Taburkan sedikit gula putih yang telah dikisar ke atas kek.


Senang sahaja kan? Selamat mencuba dengan 3 Resepi Sarapan Pagi Dalam Satu Cawan. - CARI Infonet



Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-11-2015 12:58 PM | Show all posts
macam senang je...harus try
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: ExploRasa


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-9-2024 12:49 PM GMT+8 , Processed in 0.039094 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list