View: 39695|Reply: 254
|
Ditamatkan Kontrak Sinar FM: Raja Azura Belum Terima Hakikat, Salih Yaakob Reda
[Copy link]
|
|
PETALING JAYA: Pelawak Salih Yaakob berkata rakan seangkatannya, Raja Azura, masih lagi belum menerima hakikat bahawa kontrak kedua- dua mereka mengendalikan Sinar Pagi di Sinar FM tidak disambung.
Salih, 54, berkata, dia faham dengan keadaan Raja Azura memandangkan mereka serta deejay-deejay lain telah sama-sama memperjuangkan radio tersebut sehingga mencapai kejayaan.
"Dia (Raja Azura) masih tidak dapat menerima hakikat lagi. Saya ingatkan, saya keluar, dia yang kekal.
"Keputusan itu benar-benar mengejutkan. Cuma saya dapat rasa sejak tahun lalu lagi, banyak perkara yang diubah dalam Sinar DM termasuklah tagline 'Muzik Retro Terbaik' ditukar kepada 'Menyinari Hidupmu', di mana isi kandungan dan hala tuju radio berkenaan juga diubah," katanya yang dihubungi mStar Online pada Isnin.
Pada 22 November lalu, Salih dan Raja Azura membuat pengumuman meninggalkan stesen berkenaan bermula 27 November 2015 ketika hadir sebagai artis jemputan di pentas Gegar Vaganza 2 minggu keenam di Dewan Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam, (MBSA).
Pengumuman tersebut membuatkan ramai yang terkejut dan tertanya-tanya apakah punca kontrak mereka tidak disambung lagi.
Bagaimanapun pada Ahad lalu di program GV2, kumpulan Sepahtu mengumumkan bahawa mereka akan menggantikan Salih dan Raja Azura bagi segmen Sinar Pagi itu.
Sementara itu, Salih berkata, dia terpaksa akur apabila khidmatnya sebagai penyampai radio slot berkenaan tidak diperlukan lagi walaupun sudah sembilan tahun mengendalikan segmen berkenaan.
"Saya akur dan menerima perkara ini dengan hati yang terbuka. Lagipun, mereka (Sinar FM) lebih berkuasa dalam memilih yang terbaik untuk stesen mereka kekal menjadi pilihan masyarakat.
"Mereka juga telah menawarkan saya mengendalikan slot petang bersama Feeya bermula tahun depan. Cuma gajinya lebih rendah daripada apa yang saya dapat sekarang.
"Ada juga beberapa stesen radio menawarkan saya bekerja dengan mereka tetapi saya masih belum membuat keputusan lagi.
Biarlah saya berehat dahulu sepanjang sebulan ini," ujarnya.
Ditanya bagaimana dia akan menguruskan keluarganya apatah lagi pelawak itu mempunyai empat orang isteri beserta anak yang ramai, kata Salih, dia percaya Tuhan pasti akan memberi rezeki yang cukup buat keluarganya.
Malah Salih juga mahu kembali aktif menerima undangan persembahan di luar selain mahu memulakan perniagaan.
"Sepanjang sebulan ini, saya cuba buat kerja luar dahulu. Maklumlah, sebelum ini, apabila mendapat tawaran menjayakan sesebuah majlis, saya terikat dengan kerja deejay.
"Maka kali ini saya fokus semula meneruma undangan persembahan. InsyaAllah, Allah yang memberi rezeki, bukan manusia. Yang penting kita perlu usaha, InsyaAllah," tuturnya.
Raja Azura yang popular dengan panggilan Kak Engku dan Salih (SY) sudah hampir 10 tahun bertugas di stesen radio berkenaan dalam mengendalikan segmen Sinar Pagi.
-mstar
|
|
|
|
|
|
|
|
ohh ok la still ada slot petang
kk jgn la je rezki lain nnt |
|
|
|
|
|
|
|
Aku lgsung xnmpak part mana yg dj nyer si sy.. Takat nyampuk skit2 wat suara2 bongok pn bleh pggil dj ke. Isi lgsung xdak. |
|
|
|
|
|
|
|
terimalah hakikat kak. next time kalu ada rezeki diundang lagi, sore tu jgn mencerghik-cerghik sangat. rosak gegendang org. |
|
|
|
|
|
|
|
bosan je la..x best pon..
dgn KE yg sore bingit dia tu... |
|
|
|
|
|
|
|
kte tgk rating baru dengan DJ baru nt |
|
|
|
|
|
|
|
Rindu ngan mak neng & abg jem |
|
|
|
|
|
|
|
yang dibuang pun hauk, yang digantikan lagi master punya hauk |
|
|
|
|
|
|
|
Tadi cuba dengar sinar pagi bersama sepahtu, sumpah tak boleh hadam! Bery krik krik krik. Shuib sepahtu je yg byk cakap yg lain2 semua jenis menyampuk lagi2 jepp. Lebih rela dgr krill kak engku and sy atleast ada informasi berguna jugak. Ni mcm syok sendiri je sepahtu! Skrg mek beralih ke best fm bersama haiza and kadang2 dgr hot fm. Tgk pada lagu jugak, yg penting sinar pagi bosan! |
|
|
|
|
|
|
|
dengar sekejap sepahtu kat sinar.tak best.mood tak ubah mcm johara .bodoh giler...org kalo tukar ada kelainan,transform jadi best.kalo dah sama isi, penyampaiannya dgn stesen lain baik tak payah |
|
|
|
|
|
|
|
SY dengarnya gajinya buleh tahan lumayan |
|
|
|
|
|
|
|
Rating jatuh mst panggil nye org lama ni..
Tgk la dulu brp kali diorang rombak Sinar Pagi |
|
|
|
|
|
|
|
kasi chance kat sepahtu..mungkin baru lagi..
tp serius kita perlukan dj yg bebetul dj macam dedulu..
bukan main hauk je retis2 asal ada nama..ada pengikut main sambar.. |
|
|
|
|
|
|
|
Kak engku ni type2 amir ukays gak
Jenis perasan diri bagus n susah nak terima kritikan org
Ala2 keyakinan diri tinggi x kene tempat sgt
Huhu |
|
|
|
|
|
|
|
boleh tak cari DJ yang betul2 kerja DJ? bukan main sauk pelakon la pelawak la letak kat konti. cukup2 la pelakon penyanyi dan pelawak yang dah banyak jadi DJ ni. cari lah DJ ori macam Abby Fana, Yasmin Yusuf, Kudsia Kahar, Linda On. Paling iols suka ... dulu2 laa .. Casey Kassim. DJ omputeh US nun. tapi dia DJ tuk carta lagu jerk. tapi suara dia sedapp hokey. |
|
|
|
|
|
|
|
alang2 bodo degnar radio mencecer dgn sore bingit dan gedik aku terus switch ke radio nasional fm..boring pon boringla..ada info byk. |
|
|
|
|
|
|
|
Marsiah replied at 1-12-2015 10:23 AM
Tadi cuba dengar sinar pagi bersama sepahtu, sumpah tak boleh hadam! Bery krik krik krik. Shuib sepa ...
Bleh lak td i dgr si sarah call shuib kat konti just utk wish keje elok, shuib plak suruh sarah jaga pantang blablabla pastu dok sembang2 kosong. Wtf? Pnya la syok snirik. Dh xde modal lain ke nak isi utk abiskan waktu slot |
|
|
|
|
|
|
|
nama pun radio retro.. main lagu lama.. aku rasa sepatut kekal kan lah yg lama tu. kalau nak tambah rempah ratus pun, jemput la dj jemputan seminggu dua kali.
bila tukar dengan pelawak dah macam trend pulak semua nak guna pelawak. dorang kerja buat lawak, tapi kerja DJ ni lebih daripada tu.. |
|
|
|
|
|
|
| |
|