CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 5358|Reply: 15

Siti Nordiana Beri Amaran Pemilik Akaun Media Sosial Palsu

[Copy link]
Post time 28-12-2015 11:27 AM | Show all posts |Read mode
Edited by jelitaqasyah at 28-12-2015 11:28 AM



   
PETALING JAYA: Penyanyi Siti Nordiana memberi amaran kepada mana-mana pihak agar tidak mewujudkan akaun Instagram palsu serta laman-laman sosial lain menggunakan namanya dengan tujuan mengambil kesempatan terhadap peminat-peminatnya.
Siti Nordiana atau lebih mesra dengan sapaan Nana, 31, berkata, dia terkejut apabila mendapat tahu terdapat sebanyak 14 akaun Instagram palsu menggunakan namanya sehingga mengundang kekeliruan peminat.


"Apabila saya search nama sendiri di Instagram, banyak akaun palsu pula. Sehinggakan individu yang tidak bertanggungjawab ini bersungguh-sungguh mahu mengesahkan kepada peminat-peminat saya bahawa dia adalah Siti Nordiana."Mungkin benda ini dilihat remeh, tetapi ia buatkan saya risau kerana peminat boleh tertipu. Andai kata individu tersebut cuba mengambil kesempatan terhadap peminat-peminat, ia akan memburukkan nama saya," katanya yang dihubungi mStar Online pada Ahad.

Siti Nordiana mengulas mengenai beberapa individu yang cuba  mengambil kesempatan menggunakan namanya dengan mewujudkan akaun palsu di Instagram.
Tambah Nana, dia berharap pihak yang tidak bertanggungjawab itu telah membuang akaun palsu berkenaan.




Siti Nordiana mengulas mengenai beberapa individu yang cuba  mengambil kesempatan menggunakan namanya dengan mewujudkan akaun palsu di Instagram.

Tambah Nana, dia berharap pihak yang tidak bertanggungjawab itu telah membuang akaun palsu berkenaan.


Setakat ini, Nana mempunyai kira-kira 380 ribu pengikut Instagram.

Sementara itu, beritahu Nana, dia tidak putus-putus menerima undangan persembahan sejak bergelar juara program Gegar Vaganza 2 pada 13 Disember lalu.

Kesibukan itu membuat Nana tidak mempunyai masa untuk berehat dan berjumpa dengan anak lelaki tunggalnya, Ryyan Nakhaie, 7, yang menetap di Seremban.

"Sejak habis Gegar Vaganza 2, saya belum bercuti lagi. Setiap hari saya bekerja tanpa henti.

"Berbeza dengan sebelum menyertai program itu, saya hanya memenuhi jemputan nyanyian seminggu sekali sahaja.

"Mujurlah anak saya faham yang ibunya bekerja mencari rezeki. Saya bersyukur dengan apa yang dimiliki sekarang," tuturnya.

Dalam pada itu, kata Nana, dia juga tidak menyangka bahawa kehidupan hariannya kini berubah mendadak terutamanya penerimaan yang cukup baik daripada masyarakat.

"Kalau dulu, saya hanya mempunyai sekelompok peminat yang sangat setia. Tetapi sekarang ini, semakin banyak.

"Malah dahulu saya tidak dapat layanan seperti sekarang. Perniagaan jubah menerusi label 'Paling Comel' juga semakin laris. Alhamdulillah. Saya anggap perkara ini sesuatu yang positif," ujarnya.

Dalam perkembangan lain, Nana bakal muncul sebuah single lagu baharu pada tahun depan.

Info : mStar




Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-12-2015 11:34 AM | Show all posts
pehh femes giler nana skang sampai ramai buka fake akaun nama beliau
Reply

Use magic Report

Post time 28-12-2015 11:40 AM | Show all posts
betul2 meletop nana skg!
Reply

Use magic Report

Post time 28-12-2015 11:53 AM | Show all posts
nasihat gua pada nana, jauhkan diri dari komposer2 sampah seperti eddie hamid
jika tidak, pasti nana akan jadi artis takde kelas seperti dulu2
Reply

Use magic Report

Post time 28-12-2015 12:21 PM From the mobile phone | Show all posts
Ni jenis mnusia yg hadap barang2 review la ni. Jalan mudah nak barang secara percuma
Reply

Use magic Report

Post time 28-12-2015 12:35 PM From the mobile phone | Show all posts
Itu la kan. Lepas dah rmi follower ubah username. Choyyy tul org yg guna nama retis n mengaku retis padahal bukan.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 28-12-2015 03:41 PM | Show all posts
cantiknya nana
Reply

Use magic Report

Post time 28-12-2015 06:59 PM | Show all posts
hi nana
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-12-2015 07:26 PM | Show all posts

Enjoy your fame while it last
Reply

Use magic Report

Post time 28-12-2015 11:23 PM | Show all posts
14 .. gile banyak
Reply

Use magic Report

Post time 29-12-2015 12:47 AM From the mobile phone | Show all posts
Ada 14.  Gigih nana kira

Yg gi follow lak sah2 bbnu buta IT x reti beza mana fake mana yg btol
Reply

Use magic Report

Post time 29-12-2015 02:12 AM From the mobile phone | Show all posts
maxim replied at 29-12-2015 12:47 AM
Ada 14.  Gigih nana kira

Yg gi follow lak sah2 bbnu buta IT x reti beza mana fake mana yg btol

heee nasib leh kira lagikan
Kalau dah x terkira...haha
Reply

Use magic Report

Post time 29-12-2015 09:02 AM | Show all posts
kan ada banyak benang utk nana.. harapannye.. admin fanpage nana atau manager nana ke.. pi baca ape yg orang komen2 ni utk tambah n tolak ape yg lebih kurang semua... sekian.................
Reply

Use magic Report

Post time 30-12-2015 07:21 AM From the mobile phone | Show all posts
Yg buat group wasap nana pon berlambak2. Pastu sembang kosong, selfie2 dlm group.
Reply

Use magic Report

Post time 30-12-2015 09:34 AM | Show all posts
be4 dia masuk GV mmg dah put folo ig dia....kompom ig yang put folo ig yang sah...
Reply

Use magic Report

Post time 31-12-2015 10:00 AM | Show all posts
Ramai yg amik kesempatan nk popular
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-9-2024 08:58 AM GMT+8 , Processed in 0.396617 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list