View: 3430|Reply: 14
|
[Tempatan]
Terkini : Mayat Ditemui Setelah Kapten Hasman Hilang di AS
[Copy link]
|
|
Edited by CARI-IIN at 30-12-2015 01:18 PM
Kemaskini : 1.05 petang
Kapten Hasman Hussin, 34 yang dilaporkan hilang di Missouri, Amerika Syarikat Sabtu lalu telah ditemui.
Menurut isteri Kapten, berita itu menjawab persoalan punca suaminya tidak memberi sebarang respon terhadap rakaman klip video telatah anak mereka yang dihantarnya melalui aplikasi Whatsapp pada 26 Disember lalu.
"Walaupun berada jauh, dia menghubungi kami terutama anak sulung lelaki berusia tiga tahun untuk berbual melalui telefon hampir setiap malam (waktu Malaysia)"
Dia berkata, kali terakhir dia bercakap dengan suaminya adalah pada 25 Disember lalu dan sehari kemudiannya suaminya cuba menghubungi mereka melalui telefon tetapi tidak disedarinya.
Mayat Kapten Hasman Hussin yang dihanyutkan banjir di Missouri ditemui kira-kira jam 11 malam waktu Missouri, semalam. Panglima Tentera Darat, Tan Sri Raja Mohamed Affandi Raja Mohamed Noor, ketika dihubungi BH, sebentar tadi mengesahkan perkara itu.
Pegawai Rejimen Askar Jurutera Diraja (RAJD) bersama empat tentera negara lain dilaporkan hilang selepas kenderaan dinaiki mereka dihanyutkan air deras di Missouri, Sabtu lalu. Dalam kejadian kira-kira jam 2 pagi itu, kereta mereka cuba mengharungi laluan dinaiki air sebelum dihanyutkan. - CARI Infonet
Info : Berita Harian
--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
BANDAR SERI JEMPOL: "Suami hanya sempat melihat anak kembar lelaki yang dilahirkan September lalu selama 20 hari sebelum bertolak ke Amerika Syarikat (AS)," kata Siti Hazwani Ahmad, 29, isteri kepada Kapten Hasman Hussin, 34, yang dilaporkan hilang di Missouri, Sabtu lalu.
Dihubungi di rumah bapanya di FELDA Palong 13 di sini malam tadi, Siti Hazwani yang masih berpantang, berkata dia hanya mengetahui berita mengenai suaminya apabila dikunjungi seorang pegawai kanan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) pagi semalam.
Katanya, berita itu menjawab persoalan punca suaminya tidak memberi sebarang respon terhadap rakaman klip video telatah anak mereka yang dihantarnya melalui aplikasi Whatsapp pada 26 Disember lalu.
"Walaupun berada jauh, dia menghubungi kami terutama anak sulung lelaki berusia tiga tahun untuk berbual melalui telefon hampir setiap malam (waktu Malaysia).
"Kami juga aktif berhubung melalui Whatsapp kerana dia mahu melihat telatah anak-anak terutama anak kembar melalui rakaman video.
"Tapi baru-baru ini dia tidak memberi sebarang respon. Saya tidak berasa apa-apa kerana sibuk menguruskan anak-anak," katanya.
Dia berkata, kali terakhir dia bercakap dengan suaminya adalah pada 25 Disember lalu dan sehari kemudiannya suaminya cuba menghubungi mereka melalui telefon tetapi tidak disedarinya.
Katanya, dia diminta bersedia untuk dibawa ke AS bersama bapa mentuanya, namun mungkin tidak dapat berbuat demikian kerana dua bayi masih kecil dan dia belum cukup kuat kerana berpantang.
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
Eh bkn dah 3 bln ke kembar tu
Baca kat paper, masa suami dia berangkat ke us oktober aritu yg dia masih berpantang
Tp kot mana pun mmg kesian la
Semoga cepat ditemui |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by jelitaqasyah at 30-12-2015 01:24 PM
Inna Lillahi wa inna ilaihi raji'un.
Semoga Allahyarham Kapten Hasman Hussin ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang beriman.
Allahu Ameen. |
|
|
|
|
|
|
|
al fatihah semoga tabah la si isteri & famili |
|
|
|
|
|
|
|
Aku khuatir arwah ni mebi abg pda kawan aku dri felda palong tu..ayahnya pun nama husin jgak..tp aku ngan kawan tu dh break off |
|
|
|
|
|
|
|
Takziah. |
|
|
|
|
|
|
|
innalillah..semoga sang isteri tabah |
|
|
|
|
|
|
|
sebaknya alahai melihat tangisan isterinya di TV malam tadi..
moga beliau tabah menghadapi hari hari mendatang tanpa suami..
setiap yang berlaku terselit hikmah..
Al Fatihah.. |
|
|
|
|
|
|
|
Super senior sekolah..takziah.. |
|
|
|
|
|
|
|
innalillah wa inna ilaihi raaji'un |
|
|
|
|
|
|
| |
|