View: 7163|Reply: 43
|
Konsert Gagal Akibat Kritik PM, Soo Wincci Nyaris Muflis
[Copy link]
|
|
PETALING JAYA: Penyanyi Soo Wincci terpaksa menanggung hutang sehingga nyaris diiystiharkan muflis akibat kegagalannya mendapatkan tajaan mengadakan konsert Inwinccible yang berlangsung pada 31 Oktober tahun lalu.
Wincci, 30 berkata, bagaimanapun dia gembira kerana rakan-rakannya membantu meminjamkan wang bagi mengurangkan bebanannya melangsaikan hutang tersebut.
"Konsert itu tidak gagal kerana saya berjaya memberi persembahan terbaik kepada penonton. Cuma ia gagal daripada segi kewangan.
"Jujurnya saya hampir muflis kerana hutang yang ditanggung. Mujurlah rakan-rakan membantu meminjamkan wang bagi menyelesaikan hutang itu.
"Bayangkan, kesihatan saya juga tidak stabil ketika itu kerana terlalu kuat bekerja," katanya yang dihubungi mStar Online pada Isnin.
Terdahulu, Wincci nekad meneruskan konsertnya pada 31 Oktober 2015 dengan melaburkan RM500,000 selepas beberapa penaja menarik diri gara-gara desakannya agar Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak meletak jawatan.
Ekoran itu, Wincci tidak dapat melaburkan wangnya untuk membuat promosi konsert berkenaan sehinggakan tiket persembahan tidak mendapat sambutan.
Ia diadakan di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur.
Sementara itu Wincci memberitahu tidak pernah menyesal dengan tindakan meneruskan konsert tersebut kerana ada kelebihan lain apabila dia lebih dikenali sehingga ke luar negara.
Persembahan Wincci pada konsert Inwinccible 31 Oktober 2015.
Malah beberapa badan korporat turut membantu Wincci dengan memberi surat sokongan bagi setiap projek yang dijalankan.
Dalam perkembangan lain, Wincci turut diundang membuat rakaman persembahan di Beijing, China untuk saluran CCTV bersempena sambutan Tahun Baru Cina pada 8 Februari depan.
"Saya bersama lapan penyanyi China akan terlibat menjayakan program tersebut. Memandangkan mereka memberi peluang untuk saya membawakan tiga buah lagu, maka banyak juga persiapan yang harus dibuat.
"Rakaman program itu akan berlangsung pada 19 Januari ini dan saya akan bertolak dua hari lebih awal.
"Saya turut membuat latihan tarian akrobatik serta beberapa aksi yang agak berbahaya pada persembahan itu nanti," ujarnya.
Kata Wincci, persembahannya itu akan ditayangkan di lapan buah negara pada sambutan Tahun Baru Cina termasuklah di saluran Astro.
Sementara itu, Wincci turut sibuk mengendalikan syarikat pengurusan artis miliknya iaitu Beyond Artist di mana dia akan membawa penyanyi-penyanyi naungannya mengembangkan bakat seni di Taiwan.
"Setakat ini saya sudah mempunyai enam artis di bawah naungan saya iaitu Hanz, Cindy Chen, Eunice Hoo, Mad August, Winson Goo dan Gary Yap.
"Memandangkan saya mempunyai jalinan hubungan yang baik dengan penggiat seni Taiwan, saya gunakan kesempatan untuk membawa mereka mencuba nasib di negara itu," tuturnya.
|
|
|
|
|
|
|
|
aku tak sokong najib tapi aku tetap nak padankan muka cina bukit ni....padan mukaaaaaaaaaaaaaaaaaaa
buat konsert shok sendiri mana nak untung...aku kalau dpt tiket free dia,aku buat kesat bontot kucing jiran rumah aku je tiket dia tuh |
|
|
|
|
|
|
|
Agak agak igram dinzly pegi tak konsert dia |
|
|
|
|
|
|
|
Iols bukan tak suka dia sebab hina najib bagai, tapi iols berpendapat sheols ada sikap rasis
sekian |
|
|
|
|
|
|
|
Aku sokong tindakan chuols itewww
|
|
|
|
|
|
|
|
aku pun nak padankan muke je...contoh kerana mulut badan binasa
takat konser jinjang ada hati nak untung |
|
|
|
|
|
|
|
best ke suara n lagu2 dia hinggakan mengharap konsert dia mendapat sambutan menggalakkan bagai?
sikit2 salahkan najib |
|
|
|
|
|
|
|
tak tau hujung pangkal lagu tetibe nak buat konsert besar besaran.. klo die famous dikalangan kaum cina pon kompem laku tiket klo tak kritik pm pon... |
|
|
|
|
|
|
|
ko pegi dapur jd chef je lah wincoi.. |
|
|
|
|
|
|
|
Lagu2 dia apa je chuols?
Yg aku taw 1 je yg tajuk apa tah jd ost drama tv9.tu pun xmeletops sgt
K0nsert nk gah tu kt klcc
Aku berpendapat klu pun sheol xkutuk najib, aku rasa k0nsert pun xmendapat sambutan.
|
|
|
|
|
|
|
|
Alahhh. Kalo ko memang famous, fanbase engko kuat among chinese fan. Konpirm laku lahhh konsert ko tu.
Tapi masalahnya ko tu nan hado je. Budak cina pun koser nak beli tiket konsert engko. Ko buat showcase kat club pun belum tentu full house |
|
|
|
|
|
|
|
Kesian..mohon soo wincci ni cuba nasib kat negara2 orient far east sna je.. |
|
|
|
|
|
|
|
ptutnya dia kritik najib tu lg la berduyun dtg kan?
kesian dia tak sedar dia tak ramai peminat |
|
|
|
|
|
|
|
Suara x best. Lagu pun x best. Sape nk tgk. |
|
|
|
|
|
|
|
apa yg i faham, perancangan awalnya mcm ni:
a - kos operasi konsert dibayar oleh penaja
b - promosi konsert pula dibayar sendiri oleh soo wincci
namun, susulan video perletakan jawatan Najib, beberapa penaja penaja menarik diri. thus, duit yang sepatutnya digunakan untuk promosi (b) terpaksa naikkan atas menanggung kos operasi konsert (a)
oleh itu no promosi.... tiket konsert tak habis dijual. hutang pula bertambah sebab kawan2 bantu lepaskan diri dari muflis, tapi masih tetap teruskan konsert utk naikkan portfolio soo wincci.
kagum sangat dgn soo wincci.... cita-cita dia nak pergi hollywood kan... contohi semangat Miss Universe 2015, Pia Alonzo Wurtbach yg tak pernah give up dgn impian dia. Dulu 3x Pia failed, sekarang dah berjaya Nick Fury pun dapat jumpa di Hollywood.. u share the same dream with her, don't give up with your failure, Go Wincci... thumbs up! pedulikan apa orang nak kata
|
|
|
|
|
|
|
|
kesian. semoga bertabah yea |
|
|
|
|
|
|
|
sekali imbas muka cina bukit aja beliau |
|
|
|
|
|
|
|
padan muka |
|
|
|
|
|
|
|
CASH |
|
|
|
|
|
|
| |
|