CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 10165|Reply: 110

[Tempatan] Jika Perlombongan Bauksit Dihentikan, Kami Semua Nak Makan Apa? - Peneroka

[Copy link]
Post time 7-1-2016 12:19 PM | Show all posts |Read mode
Jika Perlombongan Bauksit Dihentikan, Kami Semua Nak Makan Apa? - Peneroka



Kuantan - Pengumuman kerajaan untuk menangguhkan kegiatan perlombongan bauksit di daerah ini mendatangkan kegembiraan dalam kalangan penduduk.

Namun bukan semua gembira dengan pengumuman itu.

Peneroka Felda Bukit Goh dan Bukit Kuantan yang terlibat dalam aktiviti itu meluahkan reaksi berbeza dengan pengumuman tersebut.

Menurut Setiausaha Jawatankuasa Penyelaras Masalah Bauksit Bukit Goh, Shahrudin Mohd, kerajaan sepatutnya memberi tempoh yang lebih panjang untuk tuan tanah bauksit bagi mengeluarkan hasil yang telah terkumpul.

Menurutnya, tempoh yang diberi iaitu sehingga 15 Januari ini sangat singkat untuk tuan tanah mengeluarkan semua bauksit dari tempat penyimpanan.

"Bayangkan terdapat seramai 248 peneroka Felda Bukit Goh dan Bukit Kuantan yang selama ini bergantung rezeki dengan hasil perlombongan ini.

"Dianggarkan kami memperoleh RM2,000 sebulan hasil pembayaran pengeluaran bauksit setiap bulan, jika diberhentikan sementara, kami semua nak makan apa dalam tempoh tersebut," katanya sebagaimana lapor Bernama.

Tambahnya juga, banyak pihak yang salah faham dengan beranggap peneroka yang terlibat dalam aktiviti ini memperoleh pendapatan lumayan hasil pajakan tanah mereka kepada pengusaha bauskit.

"Kami hanya mendapat bayaran deposit sahaja tahun lepas antara RM50,000 sehingga RM100,000 dan tidak ramai yang mendapat bayaran sehingga berjuta ringgit seperti anggapan sesetengah pihak sebelum ini.

"Sehubungan itu saya mewakili peneroka terlibat memohon kerajaan sekali lagi agar mempertimbangkan semula tempoh tersebut dan tidak melaksanakannya secara tergesa-gesa," katanya.

Sharudin mencadangkan agar perbincangan meja bulat diadakan antara semua pihak yang terlibat supaya penyelesaian dapat dicari. - Siakapkeli.my
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-1-2016 12:21 PM | Show all posts
Memang celaka betul peneroka2 tuan tanah bauksit ni
Reply

Use magic Report

Post time 7-1-2016 12:22 PM | Show all posts
oh..felda yg sokong bauksit la ye
mkn la bauksit...ada sumber mineral..baik utk kesihatan
Reply

Use magic Report

Post time 7-1-2016 12:23 PM | Show all posts
Makan je bauksit tu. Keuntungan ko bermaksud kerugian dan kecelakaan kepada orang lain.
Reply

Use magic Report

Post time 7-1-2016 12:23 PM | Show all posts
2000 je sebulan? xleh ganti tanah lain ke?
Reply

Use magic Report

Post time 7-1-2016 12:28 PM | Show all posts
orang tua-tua dah peneroka felda ni. rasanya felda pun dah lepaskan hak pada tuan tanah dan dah ada geran sendiri pun. tu sebab felda tak boleh halang tuan tanah untuk beri pajak/sewa untuk keluarkan bauksit ni. tapi orang tua-tua ni dah dapat duit joli sakan nampaknya. tanah dah takde ke nak buat tanaman semula
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 7-1-2016 12:35 PM | Show all posts
bos aku orang felda bukit goh. Dia cerita, ramai yg dapat duit pampasan segedebuk hilang ingatan berbelanja. Kesian sebenarnya mereka cuma dapat 2k sebulan,  yg kat atas tu untung berjuta
Reply

Use magic Report

Post time 7-1-2016 12:38 PM From the mobile phone | Show all posts
Laaaa dh berjoli sakan rupenyerrrrrrrr.....Masih tny nk mkn apaaa??????
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-1-2016 12:42 PM | Show all posts
Jual semulalah BMW 2nd hand yg korang beli tu...gunalah kapcai semula

Padan muka.....
Reply

Use magic Report

Post time 7-1-2016 12:43 PM | Show all posts
pulak dah...
Reply

Use magic Report

Post time 7-1-2016 12:43 PM | Show all posts
tanah dah lunyai......
bubuh air byk2... bela la kerbau....
Reply

Use magic Report

Post time 7-1-2016 12:57 PM | Show all posts
masyuk tuuuu...
Reply

Use magic Report

Post time 7-1-2016 12:59 PM | Show all posts
2K sebulan..?? Tak berbaloi..
Reply

Use magic Report

Post time 7-1-2016 01:00 PM | Show all posts
esok esok dah habis bauksit ditarah,....nak makan apa?. Kalau nak tanam kelapa sawit balik, jenuhlah tunggu 2,3 tahun pokok tu nak berbuah. masing masing nak duit segera,...tak nak fikir jangka panjang
Reply

Use magic Report

Post time 7-1-2016 01:00 PM From the mobile phone | Show all posts
Nak makan apa?
Hang makan la pasir bokshit tu
Reply

Use magic Report

Post time 7-1-2016 01:01 PM | Show all posts
200 lebih peneroka je? 2 felda ni kalau campur ada lebih kurang 1500 peneroka. tu belum campur lg org luar felda keluar masuk, kwsn taman dekat2 area tu, jln yg berkilometer bersalut tanah, jln rosak, debu, etc2, byk la masalah sbb lebih 200 peneroka yg bg ladang utk jd lombong ni, yg tu tak nak tlg komen ke en.shahrudin. nak tanya la ajk bauksit en.shahrudin ni, ada tlg tengok x perjanjian sebelum pakcik2 makcik2 ni sain, patutnya ajk la tg tlg pastikan perjanjian melombong bauksit tu x untungkan puak2 tokey bauksit tu je, kalau projek sangkut sewa ttp jln ke apa. apa kata peneroka2 yg 200 lebih ni pergi bambu ajk2 bauksit ni dulu.

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-1-2016 01:01 PM From the mobile phone | Show all posts
Duit deposit tu kan dah cukup untuk makan sepuluh tahun
Reply

Use magic Report

Post time 7-1-2016 01:03 PM From the mobile phone | Show all posts
Dah sebelum ade bauksit ni deme makan mende??
Bagi stetmen cenggini dapat upah ke
Reply

Use magic Report

Post time 7-1-2016 01:04 PM From the mobile phone | Show all posts
Tak berbaloi 2k klu compare ngn hasil sawit.maybe itu free tanpa perlu kerja kot..
Reply

Use magic Report

Post time 7-1-2016 01:05 PM From the mobile phone | Show all posts
Secara fizikalnye lah baru kita tgk merah semua..... Nanti kalu dpt penyakit untuk org sekeliling tu lagilah... Tamak duit sangat tak jadi apa... Dapat pon still tak cukup.

Aku penah marahkan sorang bdak tmpat kerja aku nak cari duit lebih, carikan lori hantu untuk plombongan bauksit ni.. Klua paper punyelah bising crita pung pang pung pang alam sekitar segala....sekali org sogok duit abis sgala pung pang..tlg cari lori lagi... Ape nak jadi entah
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-12-2024 09:35 AM GMT+8 , Processed in 0.061236 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list