View: 9856|Reply: 49
|
Dermawan Menjijikan! Baju & Seluar Dalam Kotor Berbau Jadikan Barang Dermaan
[Copy link]
|
|
Oleh : TS LOO
Pakaian lama yang terpakai tapi masih boleh diguna, kalau dibuang begitu saja, mungkin bagi sesetengah orang akan rasa tak sampai hati.
Justeru ramai orang akan terfikir menderma barang-barang berkenaan kepada pertubuhan atau badan kebajikan, antaranya rumah anak-anak yatim atau rumah orang tua-tua.
Namun demikian, terdapat segelintir manusia menganggap badan-badan kebajikan berkenaan sebagai tempat pembuangan sampah dengan menderma seluar dan baju dalam yang kotor serta berbau, tindakan tersebut amat keji.
Netizen Grace Cxxxx sebelum ini memuatnaikkan beberapa keping gambar yang memperlihatkan baju dan seluar dalam yang diderma oleh golongan yang dipanggil dermawan kepada Rumah Anak-anak Yatim Bukit Mertajam.
Tetapi kalau ditelitikan, kebanyakan seluar dalamnya bukan sahaja berbau busuk belaka, malah ada yang mempunyai kesan kotor kekuningan serta kesan darah haid, membuatkan sesiapa yang melihatnya akan terasa amat menjijikan.
Difahamkan, barang dermaan tersebut diterima oleh Rumah Anak-anak Yatim Bukit Mertajam pada 14hb Januari. Dikatakan sebelum membuka bungkusan yang mengandungi baju dan seluar itu, pihak rumah anak yatim terbabit sudah terhidu bau yang amat meloyakan itu.
" Pakaian terpakai ini adalah dibungkus dalam satu plastik beg, belum buka beg sudah terhidu bau busuk yang dihasilkan daripada beg itu, selepas buka baunya yang dihasilkan itu amat busuk sehingga membolehkan seseorang tidak dapat tahan dan rasa nak muntah terus."
"Ketika budak-budak mengeledak pakaian yang sesuai, mendapati kebanyakan pakaian termasuk seluar dalam mempunyai kesan kotor seperti darah haid, kesan keputihan yang sekian lama tidak dibersihkan."
Inikah yang disebut sebagai apa yang dikatakan kerja-kerja amal.
Grace turut rasa marah sambil meragui, adakah anak-anak yatim tidak wajar untuk dihormati?
" Walaupun ianya diderma kepada anak-anak yatim, tapi tak kan rumah anak-anak yatim tidak layak menerima layanan yang lebih elok."
" Atau pun, anak-anak yatim tidak layak untuk menyentuh pasal soal kesihatan."
"Atau pun anak-anak yatim tidak layak terima penghormatan daripada masyarakat."
Kebanyakan netizen yang mengetahui perkara ini di laman sosial, rata-rata turut mengecam penderma yang bertanggungjawab tiada minda kesivikan, "Unsanitary " dan "melampau" .
"Fikir Dulu Sebelum Derma", badan-badan kebajikan bukan tempat pembuangan sampah, kalau betul-betul ingin melakukan kerja-kerja amal, adalah wajar pastikan semua barangan yang diderma itu betul-betul dapat digunakan oleh mereka yang menerima.- CARI Infonet
|
|
|
|
|
|
|
|
euwww perangaiii |
|
|
|
|
|
|
|
Leluhur tanah besar mana cebok sis. Lap tisu jaaa.. |
|
|
|
|
|
|
|
teringat dengan tragedi banjir besar tahun lepas, hakak juga terlibat sebagai sukarelawan bantuan banjir..perkara begini juga lah kami alami..seluar dalam koyak pun mereka 'derma'kan sekali..
pendek kata, mereka ni bukan mernderma..tapi nak kasi clear stor rumah mereka.. |
|
|
|
|
|
|
|
Yucksss jijiknya. Nak termuntah sekarang jugakkk |
|
|
|
|
|
|
|
Sebab itulah azie, bukan masalah perkauman atau orang tu duduk bukit ke bandar ke, ini soal penderma terbabit yang tidak ada pemikiran sivik. Saya cukup tak suka ada forumer yang suka kaitkan semua hal dengan isu perkauman, apa Cina Bukitlah, Melayu Hutan lah, atau India Ladang getah lah.... kalau macam tu, isu buang bayi, tak kan kita nak kata Melayu remaja.... |
|
|
|
|
|
|
|
harap2 penderma tu kena penyakit apam /btg |
|
|
|
|
|
|
|
Jijik!!
Xnak guna buang la kt tong sampah |
|
|
|
|
|
|
|
Keji nak mampus. Jijik! Otak letak kat tapak kaki! |
|
|
|
|
|
|
|
bila sukarelawan dtg je dorg men bg je ke apa... lol |
|
|
|
|
|
|
|
AYOOOOO |
|
|
|
|
|
|
|
Kalau sendiri pun dah geli nak pakai tak yah le gigih nak dermakan pakaian tu kalau dah sejijik tu rupanya |
|
|
|
|
|
|
|
Panties pun nak derma sekali ke? Dah tu jijik sangat macam tak dibasuh sejak zaman batu pun ada. Tak sangka ada panties rupa itu. |
|
|
|
|
|
|
|
Masa Cina derma 2.6 billion tu, tak ada pun orang cakap meloyakan. |
|
|
|
|
|
|
|
Susah sangat ke nak belikan baru dan derma? Bukannya mahal pun. |
|
|
|
|
|
|
|
Klu nk derma bra n panties boleh tp belikan yg baru..2 bende ni mane bole share waima dgn emak kandung..towel pun tak bole share..merepek la org yg "derma" ni.xde sivik lgsg |
|
|
|
|
|
|
|
Pakaian dlm terpakai xpayah dermalah..buang je..jijik betul.. |
|
|
|
|
|
|
| |
|