View: 4274|Reply: 36
|
[Jenayah]
C.A.S.H:Usai Mencuri Handbag Dilanggar Kereta Pula
[Copy link]
|
|
Baru curi beg tangan, kena langgar kereta
Oleh Nabihah Kamal
[email protected]
Kuala Lumpur: Baru mencuri beg tangan seorang wanita, kena langgar kereta sampai patah kaki. Itu ‘balasan segera’ diterima seorang lelaki di Jalan Ipoh, di sini, pagi tadi.
Dalam kejadian 11 pagi itu, seorang wanita memberhentikan MPVnya di stesen minyak kerana ada masalah pada tayar.
Ketika mangsa berusia 30-an itu keluar dari MPV, dia didatangi dua lelaki yang menunggang motosikal sebelum pembonceng motosikal itu mencuri beg tangan di tempat duduk bahagian penumpang.
Ketua Polis Daerah Sentul Asisten Komisioner R Munusamy berkata, kedua-dua suspek melarikan diri secara berasingan dengan seorang daripada suspek dikejar oleh orang ramai sebelum dia mencampak beg tangan mangsa ke atas jalan.
"Penunggang motosikal memecut motosikal ke arah lain manakala pemboncengnya berlari dan sempat mencampak beg tangan mangsa ke atas jalan.
“Ketika berlari melintas jalan, suspek dilanggar kereta menyebabkan dia ditahan orang awam. Suspek yang 29 tahun itu patah kaki dan cedera pada kedua-dua tangan, " katanya.
Menurutnya, suspek dibawa ke Hospital Selayang untuk dirawat dan kes disiasat mengikut Seksyen 395 Kanun Keseksaan.
Artikel ini disiarkan pada :
Jumaat, 29 January 2016 @ 10:21 PM
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/111158?m=1#sthash.sjh5omld.dpuf |
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
cash..nasib baik tak mati tu |
|
|
|
|
|
|
|
cash.. nasib ko x dibogelkan |
|
|
|
|
|
|
|
Nasib baik tak mati...sempat la bertaubat |
|
|
|
|
|
|
|
Oh...kesian sungguh dia xmati terus...rasakan! |
|
|
|
|
|
|
|
MeghanK replied at 29-1-2016 10:40 PM
cash..nasib baik tak mati tu
Dear, bahaya lah luar sekarang. Awak kena berhati-hati tahu ketika berada di luar. Lihat sekeliling.
Spidey pernah ada pengalaman pahit lebih 10 tahun lepas. Petang tu, Spidey temankan adik perempuan dan ibu kami ke Klang Parade. Spidey malas nak parking kat tingkat atas jadi memilih saja untuk letak di bahu jalan seperti kereta lain di situ walaupun ia salah di sisi undang-undang.
Masa tu adik dan ibu keluar dari kereta dulu sementara Spidey kuncikan kereta. Tetiba datang sebuah motor dari arah jalan berhampiran. Pembonceng motor itu dengan laju meragut bag tangan adik dan dia terjatuh ke atas jalan.
Spidey dan ibu terkejut tetapi tidak sempat berbuat apa-apa.
Spidey terus hantarkan adik pulang ke rumah sebab nak cancel kad kredit bagai. Tapi dalam perjalanan pulang, kereta Spidey pula terlanggar lubang di jalan terus retak rim. Hari tu memang hari yang buruk!!
Tahun lalu dah lah ibu Spidey kena ragut dan ditendang di depan sekolahnya. Nasib baik ibu bertindak cepat dengan mrncampak kunci keretanya ke dalam parit berdekatan sebab penjahat tu nak rampas kereta mak sekali.
Mamang Spidey dah takut sangat tengok situasi seperti ini.
Sorry off topic. |
|
|
|
|
|
|
|
Mmg padan muka...mampus lg bagus hidup asik menyusahkn org |
|
|
|
|
|
|
|
otak dah weng, tau nak meragut,
nak dpt bekalan dadah |
|
|
|
|
|
|
|
Ya, Spidey minat menulis.Spidey dulu aliran Sastera (pelik kan budak Cina dalam aliran tu?)
Jadi banyak jugak terdedah kepada puisi, cerpen, novel bagai.
|
|
|
|
|
|
|
|
Tak apa, pandai menulis bukannya dapat mencari duit lebih pun.
|
|
|
|
|
|
|
|
spiderman80 posted on 29-1-2016 11:15 PM
Tak apa, pandai menulis bukannya dapat mencari duit lebih pun.
eh, boleh la spidey..tulis novel, tulis sajak2 compile buat buku..kan boleh dapat duit lebih tu
|
|
|
|
|
|
|
|
Maybe nak tulis sambungan Ombak Rindu. |
|
|
|
|
|
|
|
Ya? Haha, tak tahu pulak Spidey. Hihihi...
|
|
|
|
|
|
|
|
Di duniaa tuhann dah bagi cashh |
|
|
|
|
|
|
|
spiderman80 replied at 29-1-2016 11:07 PM
Ya, Spidey minat menulis.Spidey dulu aliran Sastera (pelik kan budak Cina dalam aliran tu?)
Jad ...
Tak pelik. Coursemates Chinese aku majoriti ambil Sastera sebab tak minat Sains. Takat nak jadi cikgu buat apa ambik Sains blaja Add Maths, Fizik segala buat pening otak kata meka. So bijak kan. Dan kesemua meka adelah straight As students masa SPM. |
|
|
|
|
|
|
|
Maybe sebab sekolah Spidey dulu sangat rare untuk non Malays especially Chinese ambil kelas Sastera. |
|
|
|
|
|
|
| |
|