Isteri telan lebih 20 biji panadol
February 20, 2016, Saturday
SIBU: Seorang isteri dikejar suaminya ke Hospital Sibu selepas menelan lebih 20 biji pil panadol dalam satu kejadian di sini, semalam.
Polis menerima maklumat daripada pihak Hospital Sibu pada jam 10 pagi, mendapati mangsa berusia 26 tahun melakukan perbuatan itu ketika berada di rumah kediamannya di Jalan Lilin dekat sini semalam.
Suami mangsa menyedari tindakan isterinya menelan pil panadol secara berlebihan bergegas menghantar isterinya ke Hospital Sibu untuk mendapatkan rawatan.
Bagaimanapun, pihak polis masih menjalankan siasatan untuk mengenal pasti sebab mangsa menelan pil panadol secara berlebihan.
Keadaan mangsa kini dilaporkan stabil dan masih menerima rawatan di wad. - Berita Sarawak
p/s kes apa ek? klu forumer pompuan mesti suspek ada kaitan dgn somi dia sdgkan somi dia baik orgnya !
|