Edited by seramado at 8-3-2016 10:47 AM
MANCHESTER - ENGLAND. Seorang profesor di University of Manchester digantung tugas selepas sejarah 'pekerjaan lamanya' diketahui oleh pihak atasan universiti tersebut.
Menurut Dailymail, profesor kejuruteraan kimia itu berkhidmat sebagai pelakon filem lucah selama 10 tahun sebelum menjadi profesor. Menurut kenyataan dari pihak universiti, lelaki itu yang dinamakan Nick dikhuatiri akan memberikan kesan buruk kepada mahasiswa.
"Walaupun sejarah Nick (sebagai pelakon) adalah kisah peribadi, kami syak ia akan memberikan impak kepada pengajaran dan pembelajaran di kelas," kata jurucakap University of Manchester.
Difahamkan, pekerjaan lama Nick meletakkan dirinya antara pelakon popular. Malah, filem yang dilakonkannya telah ditonton oleh berjuta-juta pelayar laman sesawang.
"Mereka (yang menghukum) saya adalah hipokrit," kata Nick.
"Saya sendiri tahu 75 peratus pelajar universiti ini melayari laman web lucah," katanya lagi. Nick mula menjadi pelakon untuk 'meredakan tekanan' selepas bercerai.
Beliau bagaimanapun berhenti menjadi pelakon kerana 'bayaran tidak berbaloi'. Sudah berkhidmat sebagai ahli akademik selama 35 tahun, Nick juga sudah menghasilkan berpuluh-puluh bahan bacaan akademik.
|