CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2990|Reply: 13

10 Punca Wanita Cepat Tua, Elak Melakukannya!

[Copy link]
Post time 24-3-2016 05:15 PM | Show all posts |Read mode


Oleh : TS LOO



sumber foto : science photo library



Zaman sekarang, kebanyakan wanita rajin memakai pelembab untuk menahan kulit keriput terlalu awal. Tapi kulit wanita masih juga lebih cepat terlihat tua berbanding lelaki padahal lelaki jarang memakai pelembab.


Berikut terdapat 10 sebab yang berkemungkinan besar menjadi punca membuatkan kaum hawa cepat tua, jadi anggaplah ianya sebagai rujukan untuk mengelakan diri daripada 10 penyebab berikut agar sepanjang masa nampak muda tanpa pelembap atau sebarang penggunaan barangan kosmetik.





(1) Sedih, Risau dan Murung
Sekiranya kita selalu sedih, risau dan murung, kulit kita akan cepat berkedut. Jadi, untuk mengekalkan keremajaan, selalulah bergembira!






(2) Tidur Lewat
Sel kulit pulih ketika kita tidur. Jadi, kita mesti tidur sekurang-kurangnya 8 jam setiap hari untuk mengekalkan dinamik sel kulit.





sumber foto: http://www.theaanm.org/

(3) Selalu Terdedah kepada Sinar Matahari
Kulit kita akan menjadi gelap dan kasar sekiranya selalu terdedah kepada pancaran matahari yang kuat. Jadi, ketika keluar kita hendaklah selalu menggunakan krim pelindung matahari.





sumber foto: http://i.dailymail.co.uk/

(4) Merokok dan Minum Arak
Kita kelihatan 10 tahun lebih tua daripada orang yang sebaya dengan kita sekiranya kita selalu merokok. Minyak dalam kulit juga akan berkurang sehingga menyebabkan kekeringan sekiranya kita minum arak.




(5) Selalu Mengerutkan Muka
Kulit kita akan cepat berkedut sekiranya kita selalu mengecilkan mata, mengerut dahi atau ketawa terbahak-bahak.




(6) Kurang Minum Air
Air amat penting bagi kesihatan kita. Untuk memenuhi keperluan air bagi kulit kita, kita mesti minum sekurang-kurangnya 6 atau 8 gelas air kosong setiap hari.




(7) Kurang Bersenam  
Darah akan beredar dengan baik ke seluruh badan, sekiranya kita selalu bersenam. Tambahan lagi, kita akan berpeluh ketika kita bersenam, dan ini akan mengekalkan kesihatan kulit kita.




(8) Kulit Tidak Dibersihkan Betul-betul
Kulit kita sukar bernafas sekiranya liangnya tersumbat oleh kotoran seperti bahan mekap atau habuk.




(9) Menggunakan Produk Penjaga Kulit yang Tidak Sesuai  
Adakah anda mengenali kulit anda 100%? Hanya dengan mengetahui keadaan kulit sendiri sepenuhnya, barulah boleh memilih produk penjagaan kulit yang sesuai.





sumber foto : http://www.nathazzalifani.com/



(10) Makan Makanan Pedas dan Bergoreng Terlalu Banyak
Makanan yang pedas dan berminyak akan menjejaskan keseimbangan endokrin kulit. Jadi, lebih elok kita kurangkan makan makanan yang pedas dan bergoreng, dan makanlah buah-buahan dan sayur yang mengandungi vitamin.- CARI Infonet




sumber info : wanista
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-8-2016 04:53 PM | Show all posts
tq for the info
Reply

Use magic Report

Post time 8-8-2016 04:53 PM | Show all posts
tq for the info
Reply

Use magic Report

Post time 8-8-2016 04:53 PM | Show all posts
tq for the info
Reply

Use magic Report

Post time 8-8-2016 04:53 PM | Show all posts
tq for the info
Reply

Use magic Report

Post time 8-8-2016 04:54 PM | Show all posts
tq for the info
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 8-8-2016 04:54 PM | Show all posts
tq for the info
Reply

Use magic Report

Post time 10-8-2016 10:13 PM | Show all posts
Selalu berfikiran negetif, buruk sangka, busuk hati pun antara penyumbang nampak cepat tua
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-8-2016 12:47 PM | Show all posts
gd info.. kena amalkan ni
Reply

Use magic Report

Post time 13-8-2016 05:14 PM | Show all posts
Okay, kadang2 tak sedar pun kerutkan muka.
Reply

Use magic Report

Post time 13-8-2016 05:29 PM | Show all posts
patut diamalkan oleh perempuan semua...
Reply

Use magic Report

Post time 14-8-2016 04:55 PM From the mobile phone | Show all posts
Alamak.. No 2 & 10 mmg susah nak elak.. Tidor lewat (byk keje nak kena settle)...  Makanan pedas plak feveret makkkk...

Yang lain2 ok.. SPF checked, minum air kosong checked, regular exercise checked.. Cuci kulit pun xde masalah sbb tea tak pakai mekap.. Cukup pencuci biasa.. Skincare sesuai pun ok sbb i mmg monitor what nutrients yang i put on my skin...
Reply

Use magic Report

Post time 15-8-2016 02:17 PM | Show all posts
noted and thanks for the info..
Reply

Use magic Report

Post time 15-8-2016 06:04 PM | Show all posts
dh msk 30 kena jaga btl2 ni
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-12-2024 11:02 PM GMT+8 , Processed in 0.304863 second(s), 25 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list