Edited by Syd at 29-3-2016 08:15 PM
Khir Toyo Dibebaskan Ikut Sistem ParolOleh: MICHELLE TAM
Dr Khir Toyo.
SHAH ALAM:Bekas Menteri Besar Selangor Dr Mohamad Khir Toyo diberi parol pada Selasa selepas menjalani hukuman penjara selama enam bulan di Penjara Kajang.
Ahli Lembaga Parol yang bertemu pada pagi Selasa bersetuju untuk meluluskan permohonan yang dikemukakan peguam Dr Khir.
Banduan yang menerima parol melalui sistem itu akan menjalani baki hukuman mereka diluar penjara dan tinggal bersama keluarga dibawah pengawasan pegawai parol.
Dr Khir didakwa mendapatkan dua lot tanah dan sebuah banglo di 8 &10 Jalan Suasa 7/1L di sini untuk dirinya dan juga isteri menerusi Pengarah Ditamas Sdn Bhd, Shamsuddin Hayroni.
Hartanah itu dibeli pada harga RM3.5 juta berbanding harga RM6.5 juta yang dibayar oleh Ditamas pada 23 Disember 2004.
Pada 29 September lalu, Mahkamah Persekutuan mengekalkan sabitan atas kesalahan rasuah.
Dr Khir yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Sungai Panjang didakwa melakukan kesalahan tersebut di kediaman rasmi Menteri Besar di Jalan Permata 7/1, Seksyen 7 di sini pada 29 Mei 2007.
|