CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3144|Reply: 5

Doktor 'Tanam' Tangan Pesakit Dalam Perut

[Copy link]
Post time 5-4-2016 10:38 AM | Show all posts |Read mode




Memang pelik namun inilah yang berlaku. Doktor di selatan Brazil menggunakan kaedah kreatif untuk menyelamatkan tangan seorang lelaki selepas kulit tangannnya terkoyak dengan memasukkan tangan tersebut ke dalam perut mangsa.


Laporan Dailymail UK mengatakan, tangan yang cedera tersebut akan 'ditanam' di celah tisu lembut perut selama enam minggu untuk mengelakkan jangkitan kuman dan proses reput.



sumber foto: http://www.dailymail.co.uk/



Kulit tangan mangsa, Carlos Mariotti, 41, terkoyak sehingga menampakkan tulang dan tendon ketika sedang mengendalikan sebuah mesin.


"Tanpa prosedur ini, tangan Carlos pasti akan mereput dan jangkitan kuman pasti akan berlaku," kata pakar bedah hospital Santa Otilia, Boris Brandao.


Bahagian perut Carlos kemudian dibalut bersama-sama tangan yang dimasukkan untuk meyembuhkan luka pembedahan.



sumber foto: http://www.dailymail.co.uk/



"Rasa pelik sedikit kerana saya boleh gerakkan jari-jari saya di dalam perut," kata Carlos sambil mengetap bibir.


Dalam kemalangan di tempat kerjanya, Carlos kehilangan dua jarinya.


"Sekurang-kurangnya jari saya yang lain masih OK dan saya masih boleh memegang stereng kenderaan untuk pergi kerja," kata Calors sambil tersenyum.- CARI Infonet





sumber info : dailymail.co.uk/
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-4-2016 12:22 PM | Show all posts
errrrkkk.....

seram lak dgr jari boleh gerak2 dlm perut..
Reply

Use magic Report

Post time 5-4-2016 12:33 PM | Show all posts
Wow sekarang dah boleh garu dalam perut dulu luar perut je ok le tu
Reply

Use magic Report

Post time 5-4-2016 04:51 PM | Show all posts
jgn lupa picit lemak dari dlm perut tu sekali hehehe
Reply

Use magic Report

Post time 6-4-2016 09:31 AM | Show all posts
mak  aiiii...gelinye...
Reply

Use magic Report

Post time 20-4-2016 05:54 PM | Show all posts
xsakit ke jari tu bergerak dlm peruk...seram plk
Reply

Use magic Report

Follow Us
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

5-11-2024 07:42 AM GMT+8 , Processed in 0.103250 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list