CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2781|Reply: 1

Perkara Yang Orang Dewasa Boleh Pelajari Daripada Bayi

[Copy link]
Post time 5-4-2016 04:36 PM | Show all posts |Read mode
Oleh : TS LOO


Kenapa apabila kita pandang muka bayi yang baru lahir, terasa tenang dan damai sangat? Muka bayi yang bersih dan suci sememangnya memberikan ketenangan bahkan ketika rasa tertekan, seseorang itu adalah disarankan pandang muka bayi.


Sedar atau tidak sebenarnya kita boleh belajar banyak perkara daripada seorang bayi yang baru lahir yang hanya terbaring tanpa boleh melakukan apa-apa.







sumber foto : http://www.alodokter.com/

Belajar Sifat Kejujuran Bayi
Saat bayi anda mahukan sesuatu keperluannya seperti susu, ditukarkan lampin, tidur atau mahu didukung dia menggunakan suara tangisannya sebagai alat komunikasi. Suaranya itulah membuatkan kita segera memenuhi keperluannya. Cuba lihat wajah si kecil ketika itu.


Terpancar kejujuran tentang apa yang dia perlukan. Selepas bayi mendapat apa yang diperlukan, terpancar pula kegembiraannya tanpa sebarang penipuan. Si kecil memberitahu dengan jujur apa yang dia inginkan dan dirasakan.





sumber foto: http://www.projekdialog.com/

Belajar Bersikap Lebih Prihatin
Bayi keluar dari rahim ibunya ke dunia ini tanpa apa-apa. Dalam kedinginan dan tidak mampu berbuat apa-apa kecuali menyusu, buang air, menangis dan tidur si kecil amat memerlukan pertolongan ibu ayahnya. Dalam ketidakupayaannya, dia perlukan ibu dan ayah ada di sisi setiap saatnya. Justeru, dia mengajar kita untuk menjadi lebih prihatin dan belas kasihan dengan orang-orang di sekeliling.




Belajar Bersabar Mengalami Kerenah
Bukan mudah melayan kerenah bayi kecil yang sukar difahami keinginannya. Minggu-minggu awal kelahiran bayi, anda sedaya upaya memahami tingkah lakunya hanya menerusi tangisan si kecil. Pada awalnya memang kita hampir kalah dan tidak faham apa yang diinginkan. Tetapi lama kelamaan kita semakin cekap dan mahir memenuhi keperluannya hanya dari sebuah tangisan.




Belajar Merendahkan Diri
Kadangkala ada sesetengah kita terlalu angkuh dengan ego yang dimiliki. Tetapi percayalah bayi yang kecil dan tidak mampu melakukan apa-apa itu boleh mengubah segalanya. Dia tidak pernah peduli ayah atau ibunya seorang yang ternama, terkaya, terkenal dan sebagainya kerana apa yang dia tahu, dari kerdipan matanya yang hening, senyumannya yang manis dan gerakan kecil yang dilakukan mampu membuatkan si ayah dan ibu belajar merendah diri dan tidak angkuh dengan apa yang dimiliki.




sumber foto: http://1.bp.blogspot.com/

Belajar Merasai Saat Kebahagiaan
Kita akan tersenyum bahagia saat melihat anak kita tidur, menyusu, tersenyum dan sebagainya lagi. Setiap masa ketika bersama bayi kecil adalah anugerah terindah yang Allah kurniakan. Mungkin sebelum kehadirannya kita tidak perasan makna bahagia dari sebuah kesederhanaan yang mampu diperoleh daripada insan kecil bernama bayi.- CARI Infonet








sumber info: Pa & Ma
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-4-2016 06:01 PM From the mobile phone | Show all posts
ye ke tenang?alu tgok byi dulu, x tenang
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-10-2024 01:29 PM GMT+8 , Processed in 0.054737 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list