View: 2677|Reply: 8
|
Penggunaan Kaskas Dalam Masakan Dibenarkan!
[Copy link]
|
|
Oleh : TS LOO
Kementerian Kesihatan tidak bercadang mengharamkan penggunaan kaskas berikutan rempah terbabit dibenarkan untuk digunakan dalam masakan.
Bagaimanapun, menurut Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr S Subramaniam, pihaknya tetap akan memantau daripada aspek keselamatan penggunaan rempah bagi tujuan penyedap makanan itu sekiranya terdapat laporan ia digunakan secara berlebihan.
"Buat masa sekarang belum ada keputusan untuk mengharamkan kaskas kerana bahan ini digunakan secara tradisional dalam masakan."
"Malah ketika ini juga tiada garis panduan ditetapkan untuk memantau jumlah kandungan sepatutnya digunakan oleh peniaga," katanya pada sidang media semalam.
Tambah beliau, pihaknya juga belum lagi dipanggil pihak polis untuk membantu siasatan mengenai penyalahgunaan rempah berkenaan sebagai bahan ketagihan.- CARI Infonet
berita selanjutnya : bharian.com.my/ |
|
|
|
|
|
|
|
kaskas ni biji popi kan...
bleh plak tanam popi |
|
|
|
|
|
|
|
First time dgr biji kas2.. Gugel ckt rupanya ada kdai mmak yg guna biji kas2 dlm kari,, rsanya mmg sdap n mngundang custmr dtg lg hihii. Sbb tu ada org ktagih kari mmak |
|
|
|
|
|
|
|
Kaskas ni mmg guna dalam masakan berempah mcm lauk pauk nasi kandar mmg tak sah tak bubuh kaskas ni. Entah apa fungsinya aku tak tau la pulak. Tapi aku penah dengar kalau org baru lepas makan masakan ada kaskas ni, bila buat urine test mmg resultnya positif dadah. Ada sesiapa nak try? |
|
|
|
|
|
|
|
ni lah bahan rahsia restoran mamak.. |
|
|
|
|
|
|
|
patutla aku cam ketagih pekena kari kambing minah janda |
|
|
|
|
|
|
|
ada sekali tu tertengok Mythbuster kat Discovery channel, diorg nak test poppy seed ni kalau positive urine test.
So, diorg buat roti letak byk2.. makan sebijik, dua bijik, lima bijik tak sangkut..
Dah makan berbelas bijik baru sangkut urine positive...
Hahaha... kalau nak high makan kari mamak, kena makan bermangkuk2 le dulu...
|
|
|
|
|
|
|
|
benda yg sedap selalunya xsihat utk bdan |
|
|
|
|
|
|
| |
|