CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2834|Reply: 12

Edisi Malaysia Masih Daulat, Pemandu Singapura Yang Viral Ditahan

[Copy link]
Post time 5-5-2016 12:48 PM | Show all posts |Read mode




Oleh Fyruz Hanna






Baru-baru ini viral lelaki dipercayai warga Singapura memandu secara berbahaya dan dalam keadaan dibawah pengaruh alkohol.


Bukan itu sahaja dia juga dengan sombong dan bongkak tak kisah jika dilaporkan ke pihak berkuasa kerana percaya mempunyai hubungan rapat dengan polis Johor.


Seperti yang dikongsi oleh Dino Daniel LJ dalam Facebooknya, pemandu Singapura ini memandu dengan cara yang boleh mengakibatkan pengguna jalanraya lain kehilangan nyawa.




Seperti laporan Harian Metro hari ini, lelaki tersebut telah ditahan polis selepas menyerah diri di IPD JBU pada 5:30 petang semalam.


Dalam satu kenyataan lain, polis Johor menafikan mempunyai sebarang kaitan dengan lelaki warga Malaysia yang memiliki taraf penduduk tetap Singapura tersebut.




“Polis tidak mempunyai sebarang kaitan dan tidak pernah berkompromi dengan mana-mana pihak yang melakukan kesalahan lalu-lintas.


“Berdasarkan semakan dibuat melalui Sistem Cops, mendapati pemandu terbabit mempunyai 13 rekod  saman dijelaskan. Ia membabitkan 12 kesalahan memandu laju dan satu kesalahan memandu di lorong kecemasan", kata Ketua Jabatan Ketenteraman Awam dan Ketua Trafik negeri, Superintendan Baharudin Mat Taib.


Perintah reman dikeluarkan oleh Penolong Pendaftar Mahkamah Rendah Johor Bharu untuk suspek berusia 46 tahun yang memandu kenderaan jenis Mercedes Benz S400. -CARI Infonet.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-5-2016 12:56 PM | Show all posts
bagus!!! keep up the good job
Reply

Use magic Report

Post time 5-5-2016 01:01 PM From the mobile phone | Show all posts
masuk negara orang nak menyakai pulak..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 5-5-2016 01:03 PM | Show all posts
EvieWanKenobi replied at 5-5-2016 01:01 PM
masuk negara orang nak menyakai pulak..

dia Malaysian.. tapi ada taraf penduduk tetap Singapura...
Reply

Use magic Report

Post time 5-5-2016 01:04 PM From the mobile phone | Show all posts
opss sorry.. my bad..

geram sangat dengan perangai dia..
Reply

Use magic Report

Post time 5-5-2016 01:09 PM | Show all posts
apasal kena tutup muka?
padahal kat fb tersebar je gambar dia..
ke itu kambing hitam je?
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 5-5-2016 01:26 PM From the mobile phone | Show all posts
prettyuglybabe replied at 5-5-2016 05:09 AM
apasal kena tutup muka?
padahal kat fb tersebar je gambar dia..
ke itu kambing hitam je?

tutup muka pastu baju warna lain. merc tiada di sebelah.

fake?
Reply

Use magic Report

Post time 5-5-2016 02:47 PM | Show all posts
booohooo mana kawan baik polis johor tu?
tak tolong ke?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-5-2016 04:12 PM | Show all posts
Kalau dah buat salah tu tak perlu le nak argue
Reply

Use magic Report

Post time 6-5-2016 10:29 AM | Show all posts
dilema kalau drive kt jb cmni la..
kereta2 dri seberang selalu drive mcm celaka..tuka lorong tiba2 ni trend perangai hauk lagi hazab dorg..

sesuai la kena tangkap..pftt
Reply

Use magic Report

Post time 6-5-2016 11:05 AM | Show all posts
kalau tutup muka ada la kawan dia dalam polis tu.. kalau nko boleh ke tutup muka kalau kena tangkap?
Reply

Use magic Report

Post time 6-5-2016 12:11 PM | Show all posts
dah kena tangkap ni mana ada kawan dia nak mengaku kawan dah..kah kah kah..tapi tgklah kalau lepas reman ni dia lepas, memang ada lah tu kawan dia jadi tangan ghaib..
Reply

Use magic Report

Post time 6-5-2016 12:20 PM | Show all posts
undark replied at 6-5-2016 11:05 AM
kalau tutup muka ada la kawan dia dalam polis tu.. kalau nko boleh ke tutup muka kalau kena tangkap?

laa baru tau tak boleh tutup muka kalau kena tangkap.. noob sungguh

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-12-2024 09:30 AM GMT+8 , Processed in 0.104631 second(s), 25 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list