CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Gosip Lihat artikel

Jihan Muse Bengang

21-11-2014 05:01 PM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 34961| Komen: 98

Jihan Muse Bengang


JIHAN tidak melakukan rawatan wajah, sebaliknya menggunakan produk kecantikan biasa untuk memastikan kejelitaannya.

DAHULU tatkala menyertai program realiti Raja Lawak musim ketiga yang dijuarai kumpulan Sepah, Jihan Muse, 30, rupa parasnya tidaklah menawan seperti yang dilihat hari ini.
Ketika itu, Jihan boleh dikatakan selekeh dan tidak bijak dalam pemilihan fesyen untuk digayakan, sama ada ke acara sidang akhbar, mahupun ke majlis anugerah yang dianjurkan di persada seni tempatan.

Namun, setelah hampir lima tahun berkecimpung dalam industri, banyak perubahan yang berlaku terhadap diri wanita berkenaan yang sebelum ini pernah berkhidmat sebagai penguat kuasa tempatan.

Paling ketara, penampilan mekapnya yang makin menampakkan sisi matangnya dalam bergaya, juga semakin arif dalam memilih busana yang sesuai untuk dipakai ke acara hiburan tanah air.

Berkesempatan berjumpa dengannya pada sidang akhbar program realiti Gegar Vaganza yang diterbitkan Astro baru-baru ini, Jihan kelihatan anggun dalam blaus polos warna jingga, disertakan solekan ringkas yang padan dengan perwatakannya.

Membangkitkan perihal perubahan yang dilaluinya, terdahulu Jihan pernah menafikan bahawa dia melakukan rawatan kecantikan, sebaliknya hanya menggunakan produk pencuci muka yangberharga RM20. Akui Jihan, betapa sukarnya hidup menjadi figura awam, segalanya diperhatikan atas, bawah, luar dan dalam. Lebih menyedihkan, menurutnya, jika ada perubahan positif dalam diri seseorang selebriti, pasti tanggapan negatif yang akan dilemparkan terlebih dahulu.

“Sedih kan jadi artis? Perubahan yang baik sukar untuk diterima secara drastik oleh sesetengah pihak. Mesti fitnah yang ditabur dahulu bagi ‘meraikan’ perubahan tersebut.
“Apalah salahnya tanya dahulu ataupun soal selidik lebih awal daripada empunya diri sebelum membuat kesimpulan tersendiri yang langsung tidak berasas. Bila masanya pula
saya buat pembedahan di wajah? 


Saya masih sedar diri dan tidak sesekali melakukan perkara yang membazirkan wang ringgit itu,” katanya ketika itu bagi menjawab tohmahan yang digembar-gemburkan. Tambah Jihan, penampilannya yang dikatakan semakin cantik hanyalah disebabkan kesedaran dirinya yang mula berjinak-jinak dengan produk kecantikan.

“Saya dah lima tahun dalam industri ini. Jadi, pengalaman berkenalan dengan ramai jurumekap membuatkan saya sedar pentingnya menjaga penampilan. Saya mula gunakan pencuci muka sebelum dan selepas bangun daripada tidur untuk mengekalkan kesegaran wajah.

“Saya turut belajar mekap supaya tidak kelihatan begitu selekeh. Walaupun saya seorang yang berimej ringkas, tetapi kekemasan dalam bergaya perlu diamalkan. Itu adalah petua yang pernah diberitahu kepada saya sebelum ini dan menjadi amalan pada hari ini,” katanya.

Dalam kepadatan jadual seninya dengan pelbagai aktiviti pengacaraan dan lakonan, Jihan yang diketahui umum sedang menjalin kasih bersama seorang pelakon baharu, Ku Hariz mengakui cuba untuk membahagikan masa agar dapat memberikan perhatian terhadap hubungan yang dibina sekian lama. Lebih lima tahun memadu kasih, Jihan sedar sejak kebelakangan ini dia semakin sibuk
dengan kerjayanya dan disebabkan itu, timbul gosip yang mengatakan dia semakin menjauhi Ku Hariz.

Menafikan perkara tersebut, Jihan berkata hubungannya dengan pelakon kelahiran program realiti Pilih Kasih musim kedua itu tetap utuh walaupun jarang berjumpa. “Ya memang dua tiga tahun kebelakangan ini saya agak sibuk dan hubungan kami banyak bersandarkan teknologi maya semata-mata. Tetapi itu tidak menggoyahkan rasa cinta kami, sebaliknya makin kuat.

“Dia pandai memainkan peranannya sebagai seorang lelaki, begitu juga saya. Kami saling mengingati satu sama lain andai dirasakan ada yang tidak kena. Alhamdulillah, perhubungan kami telah memasuki satu fasa yang serius dan akan mengakhirinya dengan satu ikatan sah. 

Cuma masanya belum dapat dipastikan dan tidak mahu memikirkan dahulu buat masa sekarang,” katanya mengulas
mengenai jalinan cintanya dengan aktor itu. 

Tidak mahu terus berbicara mengenai isu yang dianggap muak dan bosan itu, Jihan yang kini antara pelakon dan pelawak popular tanah air tekad untuk meletakkan artis komedi wanita setaraf dengan golongan Adam yang sebelum ini memonopoli bidang tersebut. 

Mengakui artis komedi lelaki mempunyai kedudukannya yang tersendiri dalam industri
ini berbanding wanita, Jihan berpendirian bahawa jurang tersebut mampu untuk dirapatkan agar suatu hari nanti ia boleh berdiri sama tinggi dan duduk sama rendah antara kedua-dua gender itu.

Bukan bermaksud mahu mencabar kredibiliti pelawak lelaki yang tidak terbatas dengan had tatasusila, Jihan menyifatkan bahawa kesaksamaan yang diinginkannya adalah dari konteks peluang dan platform yang lebih cenderung diberikan kepada kaum Adam. 

“Saya akui, sebagai seorang wanita Timur dan Islam, ada batas-batas tertentu yang membuatkan kami tidak boleh beraksi seperti lelaki sama ada menerusi percakapan mahupun gerak geri.

“Itu saya akur dan tidak berniat untuk melawan hakiki. Cuma wanita juga mempunyai kaedah tersendiri untuk meletakkan tahap komedi kami sama seperti lelaki, walaupun berbeza cara penyampaian.

Paling penting, bahan lawak itu sendiri yang bersifat semasa serta punchline yang diguna pakai harus tepat untuk menggeletek audiens,” ujar Jihan melontarkan pendapatnya demi memartabatkan pencapaian pelawak Hawa.
2

Bagus
3

Marah
1

Terkejut
2

Sedih
1

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (10 people)

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote tinkiwinki 20-11-2014 04:47 PM
alahaii. kesian dia ni
Quote Keisha-Belle 20-11-2014 04:49 PM
ade2 jeeeee.. tapi die makin cantik le skrang neh
Quote edoraixora 20-11-2014 04:53 PM
dahulu



sekarang







Quote cemolot 20-11-2014 04:56 PM
pedulikan kata orang..muut tempayan boleh tutup..mulut orang..hmmm..u go girl!
Quote da_vinci 20-11-2014 04:56 PM
knp mesti perangkan rambut...rambut hitam tak lawo ker
Quote nuralisa 20-11-2014 04:57 PM
edoraixora posted on 20-11-2014 04:53 PM
dahulu

sbnrnya sama je muka dulu dan sekrg..
cuma makeup nampak dia lain..
kuasa makeup kan..
Quote besties 20-11-2014 04:59 PM
baru tahu dia ada boyfriend
Quote edoraixora 20-11-2014 05:01 PM
nuralisa posted on 20-11-2014 04:57 PM
sbnrnya sama je muka dulu dan sekrg..
cuma makeup nampak dia lain..
kuasa makeup kan..

dan gigi.....gigi die tu yg pengaruhi muke dulu & sekarang
pastu muke die dh glowing
yelah skang dah mampu pakai produk mahal+bagus
plus, slalu gi facial kot

Quote Munnalicious 20-11-2014 05:03 PM
Haah tp mmg lain pon. Mungkin teknik mekap dan juga sbb dia pakai braces. Biasa org pakai brace nampak manis. Dulukala org pakai braces nampak burok. Skg dah terbalik. Sbb tu skang ramai berlumba nk pakai braces.
Quote SyaAnis 20-11-2014 05:09 PM
takpela jihan...

wlupun banyak tohmahan negatif, den tetap minat jihan dari zaman raja lawak lagi..

dlu comel, skarang canti..

tapi lawak tetap maintain..

teruskan berkarya, bolayan kan je isu negatif nih..
Quote elamor 20-11-2014 05:09 PM
iols jumpa jihan tak pakai makeup, cantik jer... kecik, comel org nya
Quote kejoraria 20-11-2014 05:14 PM
suka dia ni gak...lawak...tp lawak dia ni kebelakang ni mcm lawak nk perli org jer bunyinya.....
Quote hani_rose85 20-11-2014 05:20 PM
jihan dah makin comei...da cantik..
seiring la dgn peningkatan umur.... go girl...
Quote prettyuglybabe 20-11-2014 05:25 PM
mata tu cover la sikit
Quote MissMamamia75 20-11-2014 05:29 PM
good luck Jihan...
moga success dlm sumer bidang..
jaga diri..hiasi peribadi....
jauhi skandal...
Quote Suchi 20-11-2014 05:30 PM
nak pic ku hafiz satuuuuuui
Quote waketheladies 20-11-2014 05:49 PM
aku penah baca kat mana ntah tp artikel tu puji jihan la

dia kata jihan ni pelawak yang xbuat pelawak nampak bodoh...jihan adalah pelawak yang buat lawak bijak guna isu semasa dan xde sentuh sensitiviti kaum/agama/individu...plus dia kata, penampilan jihan xmenggambarkan pelawak tu harus serabai utk buat lawak...jihan ni tetap maintain anggun walaupun tengah melawak kat Raja Lawak 3 dulu

aku xcaya la kalau si jihan ni ubah muka ke menda ke...memang nampak kot dia ubah gaya n personaliti dia utk jadi lebey anggun n bergaya

go Jihan! (cuma kalau boleh, xyahla pakai pewarna rambut tu...cukup2lah apa yg ada)

Quote setokinpurple 20-11-2014 05:56 PM
Sebab braces kot struktur wajah makin berubah. Kawan iolls ramai yg pakai braces lama2 makin lawa.

Ku hariz pon tasty uolls.. Suka tgk dia berlakon jahat dlm puteri malam ngan zara zya. Mmg berbakat sgt... Harap hubungan ke jinjang pelamin hendaknya
Quote Mary_jane 20-11-2014 05:57 PM
Cantik, xde kontroversi, kuat kerja. Suka je kt jihan

Lihat semua komen(98)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-12-2024 02:58 AM GMT+8 , Processed in 0.045462 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top