CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1014|Reply: 10

[Tempatan] Hanya individu lengkap vaksin dibenar masuk premis PETRONAS

[Copy link]
Post time 20-1-2022 01:28 PM | Show all posts |Read mode
Hanya individu lengkap vaksin dibenar masuk premis PETRONAS


Syarikat minyak nasional, PETRONAS - Foto Reuters

KUALA LUMPUR: Hanya kakitangan, kontraktor dan pihak ketiga yang telah diberi vaksin COVID-19 lengkap dibenarkan masuk ke premisnya di Malaysia sejak 1 Okt 2021, menurut PETRONAS.

Syarikat minyak nasional itu dalam satu kenyataan yang tersiar di laman sesawangnya berkata, langkah itu diambil bagi membendung, mengurang dan menghapuskan penularan jangkitan COVID-19 di dalam premis serta dalam kalangan pekerjanya untuk kelangsungan operasi dan perniagaan PETRONAS.

"PETRONAS mempunyai kewajipan seperti yang termaktub dalam Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994 (OSHA 1994) untuk memastikan keselamatan, kesihatan serta kebajikan semua kakitangannya termasuk penyediaan persekitaran kerja yang selamat dan tanpa risiko kepada kesihatan," katanya.

PETRONAS terus mengekalkan komitmen ini dan mengharapkan semua pekerja, kontraktor dan pihak ketiga memberi kerjasama sepenuhnya dan mematuhi syarat kemasukan yang dikenakan syarikat.

Naib Presiden Kanan Pengurusan Sumber Manusia Kumpulan PETRONAS, Farehana Hanapiah ketika diminta mengulas kenyataan itu berkata : "Ia cukup jelas. Ia menggariskan komitmen kami ke arah memastikan kakitangan kami selamat, ke arah menyediakan persekitaran kerja dengan pengurangan risiko kepada kesihatan terutama dengan situasi COVID-19 semasa."

Beliau juga mengesahkan bahawa syarat kemasukan berkaitan telah dikenakan sejak Oktober dan berkata ia adalah salah satu daripada banyak langkah tegas yang dilaksanakan oleh PETRONAS untuk mengurus serta mengurangkan pendedahan COVID-19.

"Langkah kami, ditambah dengan pensyaratan serta prosedur operasi standard (SOP) yang jelas, membolehkan kakitangan secara beransur-ansur dan selamat kembali ke tempat kerja masing-masing, meningkatkan semangat serta kerja berpasukan dan kemesraan selepas berbulan-bulan bekerja dari rumah, selain berjauhan antara satu sama lain.

"Kadar vaksinasi yang tinggi dalam kalangan pekerja juga memberikan tahap keyakinan tambahan kepada mereka untuk melaksanakan kerja masing-masing secara fizikal dan membantu dalam pelaksanaan inisiatif-inisiatif PETRONAS," kata Farehana.

Satu contoh ialah usaha semasa PETRONAS untuk memberikan bantuan kepada beribu-ribu rakyat Malaysia yang terjejas akibat banjir baru-baru ini yang mana kumpulan itu menjanjikan bantuan RM25 juta.

"Kami menerima sokongan yang luar biasa daripada ribuan pekerja yang menjadi sukarelawan dalam pelbagai usaha bantuan, sama ada yang diterajui secara langsung oleh syarikat atau unit dalam kumpulan atau yang dilaksanakan oleh pihak ketiga.

"Kami sememangnya amat berbangga kerana mereka dapat menjadi sukarelawan dengan berkesan dan mengambil bahagian dengan selamat," tambahnya.

-BERNAMA

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-2-2022 09:38 PM | Show all posts
rasanya ini hal lama ni...dapat lak kat orang yg jenis baca tajuk je, mau bergaduh 3 hari 3 malam...haha
utk pkerja petronas je lah ni kena lengkap vaksin yg dah lengkap tu boleh je ke keje macam biasa...
Reply

Use magic Report

Post time 14-2-2022 09:42 PM From the mobile phone | Show all posts
Cucuk jangan tak cucuk!
Reply

Use magic Report

Post time 14-2-2022 09:43 PM From the mobile phone | Show all posts
Ugut jgn tak ugut

Kahkahkahkahkahkah
Reply

Use magic Report

Post time 15-2-2022 09:08 PM | Show all posts
tk kesah lah kena cucuk ke ape ke janji, petronas best ! tiiberrrr hahahah
sebab petronas ade setel je tu sebab suka isi sana .. so, kita ni tk de masalah lah kan nak masuk?
Reply

Use magic Report

Post time 16-2-2022 03:09 PM | Show all posts
Kakaknanako replied at 15-2-2022 09:08 PM
tk kesah lah kena cucuk ke ape ke janji, petronas best ! tiiberrrr hahahah
sebab petronas ade setel  ...

iyoo ni untuk pekerja petronas yg keje kat HQ, lab, ape lagi gitu ahh
ak guna petronas pun sebab setel je weh tu je yng pling2 senang skrang. tiap2 pagi isnin monday blues nak isi minyak beratur hahaha
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 17-2-2022 03:57 PM | Show all posts
goldring51 replied at 16-2-2022 03:09 PM
iyoo ni untuk pekerja petronas yg keje kat HQ, lab, ape lagi gitu ahh
ak guna petronas pun sebab s ...

ye bethoollll !! lgipun klaw trtinggl kad mesra, bleh guna setel app tu snng redeem laa, beli barang lah.
dapat extra points kan dgr2 cerita so mmang worth it lah
Reply

Use magic Report

Post time 17-2-2022 04:03 PM From the mobile phone | Show all posts
Glc molayoo pedajal umah melayu
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-2-2022 04:06 PM | Show all posts
demokrasi terpimpin sangat!
Reply

Use magic Report

Post time 17-2-2022 04:10 PM | Show all posts
Semalam lagi pak guard semua da ngecheck booster ke tak etc.
Yg bukan kakitangan tak yah lah bising2. Bukan you guys pun yg bagi gaji. Kalau yg tak vaccine sebab kesihatan mmg da wfh anyways. Better yet, resign.

They have the right to implement pun sbb they are the building owners
Reply

Use magic Report

Post time 18-2-2022 03:16 PM | Show all posts
goldring51 replied at 16-2-2022 03:09 PM
iyoo ni untuk pekerja petronas yg keje kat HQ, lab, ape lagi gitu ahh
ak guna petronas pun sebab s ...

mmg dah lama download setel app tu sbb memang senang lepas tu support sikit minyak negara kan ,,lgipun petronas macam jaga jugak sop bila dorg selalu sanitize pam minyak tu lepas tu ade limit kan utk org yg nak masuk kedai dorg tu ,,
sbb tu lah guna setel je malas nak beratur lama



Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Tok Jamal Abdillah bakal timang anak ke-7!
doubleATok Jamal Abdillah bakal timang anak ke-
Views : 8582 Replies : 65
Kisah bini lembab
YgBenarKisah bini lembab
Views : 6410 Replies : 49
Mari Tepek Gif Picture V.7
tariMari Tepek Gif Picture V.7
Views : 75914 Replies : 3129
Pemilik kereta singapurapura ambil kesempatan isi minyak RON95?.Netizen gesa subsidi petrol ditarik balik secepat mungkin.Wajar atau tidak?
YgBenarPemilik kereta singapurapura ambil kesem
Views : 3940 Replies : 47
Peniaga nasi lemak pening,pelanggan order nasi 50 bungkus tetapi lambat beritahu nak asing asing bahan
YgBenarPeniaga nasi lemak pening,pelanggan orde
Views : 10378 Replies : 10
Hanis Haizi Misqueen, Babutam, Nwantiti V79
syitaeyqaHanis Haizi Misqueen, Babutam, Nwantiti
Views : 250373 Replies : 6319
Antara pegangan Blackrock Israel dlm negara kita.Rakyat Malaysia berbelah bagi
YgBenarAntara pegangan Blackrock Israel dlm neg
Views : 10749 Replies : 37
Fahaman 'childfree' bertentangan tujuan utama perkahwinan - Mufti WP
mojarean_XFahaman 'childfree' bertentangan
Views : 6811 Replies : 65
ZERO KOS MARKETING BERBANDING GOOGLE ADS...
kruzamanZERO KOS MARKETING BERBANDING GOOGLE ADS
Views : 1920 Replies : 0
Nedim nazri kat icu. Apa jadi?
KakashialNedim nazri kat icu. Apa jadi?
Views : 11781 Replies : 121

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-6-2024 01:28 PM GMT+8 , Processed in 0.064416 second(s), 40 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list