CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 1618|Reply: 26

Tarik Rambut Dan Tangan, Tolak Ke Lantai, Tampar, Tekan Kepala Ke Bantal- Pemilik Taska Dan Dua Guru Di Ipoh Dera Budak

  [Copy link]
Post time 14-7-2023 04:04 PM | Show all posts |Read mode
Ipoh: Dua guru taska dihadapkan ke Mahkamah Sesyen, di sini, hari ini atas dakwaan mendera bayi dan kanak-kanak di bawah jagaan mereka, minggu lalu.


Wan Suhaila Mior Khir, 32, dan Noor Shafina Abdul Khair, 26, masing-masing didakwa atas tiga serta dua pertuduhan mendera bayi dan kanak-kanak berusia tujuh bulan hingga dua tahun empat bulan, mengaku tidak bersalah melakukan perbuatan itu.


Mengikut pertuduhan, Wan Suhaila didakwa melakukan penganiayaan menyebabkan kesakitan termasuk mengakibatkan kecederaan terhadap kanak-kanak tersebut.


Foto: Harian Metro




Guru taska itu didakwa melakukan perbuatan menyentap rambut mangsa dengan kuat, menampar pipi, menarik tangan, memusingkan badan, menolak mangsa jatuh ke lantai hingga menyebabkan lebam di kedua-dua belah pipi, serta menolak dan menekan kepala mangsa ke bantal.


Perbuatan itu dilakukan tertuduh antara jam 4.15 petang 4 Julai lalu sehingga jam 2.16 petang 6 Julai lalu.


Manakala seorang lagi guru taska, Noor Shafina didakwa melakukan penganiayaan terhadap kanak-kanak berumur 21 dan 29 bulan, antaranya dengan cara menindan badan mangsa yang sedang tidur, menjadikan mangsa sebagai alas meletakkan kepala, menampar paha kanan mangsa secara kasar, menarik belakang baju mangsa lalu menyarungkan ke kepala mangsa, menarik rambut, menampar pipi mangsa ketika tidur, dan memukul belakang badan mangsa.


Semua perbuatan itu didakwa dilakukan oleh Noor Shafina antara jam 2.14 petang hingga 4.18 petang, 6 Julai lalu.


Semua kesalahan itu didakwa dilakukan kedua-dua tertuduh di alamat Taska Nur Raihan di No.1, Laluan Meru Perdana 5, Taman Meru Perdana 2, Chemor, di sini.


Keenam-enam pertuduhan itu masing-masing dibaca mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-kanak 2001 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 31(1) Akta yang sama, yang jika sabit kesalahan memperuntukkan hukuman denda tidak melebihi RM50,000 atau penjara tidak melebihi 20 tahun atau kedua-duanya bagi setiap pertuduhan.


Pertuduhan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, S. S. Evangelin di hadapan Hakim, Ainul Shahrin Mohamad, manakala Wan Suhaila diwakili peguam, Raja Mohd Iskandar Zulkharnian Raja Abdul Malek sementara Noor Shafina diwakili peguam, Mohammad Syarifuddin Zaid.


Mahkamah membenarkan jaminan terhadap Wan Suhaila sebanyak RM8,000 manakala bagi Noor Shafina sebanyak RM7,000 serta menetapkan 16 Ogos depan untuk sebutan semula kes.


Sementara itu di mahkamah berasingan, pemilik taska iaitu Rozidah Yahaya, 51, mengaku tidak bersalah di hadapan Hakim Azizah Ahmad terhadap tuduhan meninggalkan seorang kanak-kanak perempuan berusia 29 bulan di bawah jagaan taska itu tanpa pengawasan sehingga menyebabkan kanak-kanak itu cedera di lengan kiri.


Perbuatan itu dilakukan di taska yang sama antara jam 4.14 petang hingga 4.15 petang, 6 Julai lalu.


Pertuduhan dibaca juga mengikut Seksyen 33(1)(a) Akta Kanak-kanak 2001 yang jika sabit kesalahan memperuntukkan hukuman denda sehingga RM20,000 atau penjara tidak melebihi lima tahun, atau kedua-duanya sekali.


Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, K. Darinee, manakala tertuduh diwakili peguam Muhd Alif Afandi dan Mohamad Salihen Mastor.


Mahkamah membenarkan jaminan RM4,000 dengan seorang penjamin terhadap Rozidah selain menetapkan syarat tambahan iaitu melapor diri di balai polis terdekat sebulan sekali serta menetapkan tarikh sebutan semula kes juga pada 16 Ogos depan. -CARI


Sumber: Harian Metro
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-7-2023 04:10 PM | Show all posts
ape punya betina cam ni?

harap laki2 di luar sana jgn ambil mereka sebagai isteri...biar mereka andartu forever
Reply

Use magic Report

Post time 14-7-2023 04:33 PM | Show all posts
jahanam betina2 puaka buat naya kat baby..
elok dipenjara sampai mereput dan diharamkan berada dekat kanak2
Reply

Use magic Report

Post time 14-7-2023 04:35 PM | Show all posts
Jahatnya lahai perangai sekor2 apa nak jadi lah.. ke sbb mak pak budak ni culas bayo yuran bulanan lantas anak yg jadi sasaraan deraan gituh?
Reply

Use magic Report

Post time 14-7-2023 04:36 PM | Show all posts
ifanonline replied at 14-7-2023 08:10 AM
ape punya betina cam ni?

harap laki2 di luar sana jgn ambil mereka sebagai isteri...biar mereka and ...

Meolss setuju, hujung2 mereput kat rumah org2 tua Rumah Seri Kenangan gituh
Reply

Use magic Report

Post time 19-7-2023 08:33 PM From the mobile phone | Show all posts
apa motif dera
camna kantoi
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 19-7-2023 09:30 PM | Show all posts
Harap dlm jel nanti, banduan2 yg terdiri drpd kaum ibu buat benda yg sama kat betina2 bangsat nih
Reply

Use magic Report

Post time 19-7-2023 10:03 PM From the mobile phone | Show all posts
apa ke gila nya ni.. setaannnya
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-7-2023 10:05 PM From the mobile phone | Show all posts
Semua mangsa dera ke acik2 tudung ni? Apa la buat budak2 gitu, so syaitan.
Reply

Use magic Report

Post time 19-7-2023 10:08 PM From the mobile phone | Show all posts
Kenapa ya cikki berpooks ni semua tergamak dera anak orang sampai tahap camtu sekali? Apa masalah meka? Bipolar? Kot ye pun bebudak tu hyper ko ingat boleh buat macam bola? Eiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii syaitan sangat! Kalau anak aiol dibuat gini memang aiols upah polis belasah dalam lokap yah! (nak belasah sundri, susah sebab dalam tahanan).
Reply

Use magic Report

Post time 20-7-2023 02:12 AM From the mobile phone | Show all posts
Dera anak orang atau berniat nak dera anak orang?

Tak bukan sama cerita dengan si @Bipolajourney2 yang hidup tak bertanggungjawab ada sakit mental pun tergamak nak makan duit haram pergi buka pusat asuhan.

Last2 mengaku ada niat nak baling anak orang sampai mati.

Tup tup sekarang jadi bodoh abadi tuduh forumer2 dalam ni hacker bekas kekasih dia yang hitam legam sampai kena ban hammer atas kebodohan sendiri wakakakaka
Reply

Use magic Report

Post time 20-7-2023 03:28 AM | Show all posts
Bangsatt sgtt berina2 ni. Budak2 tak hyper pun dorg dera jugak, kan ada video pegi tambar muka baby, baby hyper apanya, klu baby menangis pun kenapa nak tampar, Mmg jenis jahat dorg seronok bagi kesakitan pd kanak2, jiwa syaithonnirrajjim
Reply

Use magic Report

Post time 20-7-2023 07:21 AM From the mobile phone | Show all posts
Ajer giler betina2 ni...elok kena sesah ngan pelepah kelapa sekor2 dgn makpak budak2 tu
Reply

Use magic Report

Post time 20-7-2023 07:29 AM From the mobile phone | Show all posts
Jahatnya betina nama wan suhaila dan noor shafina nih..dah la dedua ekor ni bertudung
See...yg bertudung pun mcm iblis laknatullah
Padan muka ko dik nama korang dh merata dlm internet..esok2 org gugel psl korang, terjmpe la news ni
Biar sume org tahu korang tu iblisss
Reply

Use magic Report

Post time 20-7-2023 07:32 AM From the mobile phone | Show all posts
If they're single, I hope no one will marry them til they die.
If they're married, I hope their husbands divorce them immediately.
Parents disown them.
Iblis mcm ni biar saiko sengsorang smpai mampus sendiri.
Reply

Use magic Report

Post time 20-7-2023 07:57 AM From the mobile phone | Show all posts
Pi tanggal tudung ko tu...eii geram betul..bertudung bagai tapi hati jahat..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-7-2023 07:58 AM From the mobile phone | Show all posts
Orenn1 replied at 20-7-2023 03:28 AM
Bangsatt sgtt berina2 ni. Budak2 tak hyper pun dorg dera jugak, kan ada video pegi tambar muka baby, ...

Mcm gemuk jugak badan depa ni...x nampak keseluruhan
Reply

Use magic Report

Post time 20-7-2023 09:45 AM From the mobile phone | Show all posts
ko dah nape setan???? bdk tu elok tido p kacau jadikan bantal ko tido. ishhh lain2 aku takleh baca la buat menyirap je pagi2 ni. org peel celaka ni mmg tak pernah sedar kan peel dia?? pergi la mitak kerja mydin ke tesco kalau dah x suka bdk2
Reply

Use magic Report

Post time 20-7-2023 12:41 PM | Show all posts
noor2 replied at 19-7-2023 11:58 PM
Mcm gemuk jugak badan depa ni...x nampak keseluruhan

Ramai pompuan gems suka dera budak nampaknya
Reply

Use magic Report

Post time 20-7-2023 12:46 PM From the mobile phone | Show all posts
Orenn1 replied at 20-7-2023 12:41 PM
Ramai pompuan gems suka dera budak nampaknya

Tula pasal...mkn bnyk sgt sampai rosak otak...
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-6-2024 05:00 PM GMT+8 , Processed in 0.069091 second(s), 43 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list