CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 5188|Reply: 0

[Johor] Pelajar Disleksia catat keputusan cemerlang 7A

[Copy link]
Post time 27-5-2024 04:32 PM | Show all posts |Read mode

RAZIEN Ismail bersama ibu, Ramnah Daud melihat keputusannya di kediaman keluarga di Taman Air Biru Pasir Gudang hari ini. FOTO Mary Victoria

Pasir Gudang: "Saya sedih apabila Razien didiagnos menghidap disleksia (tahap ringan) ketika berusia tujuh tahun, tapi tidak sangka dia dapat keputusan cemerlang."

Begitu kata Ramnah Daud, 55, apabila anaknya Muhammad Razien Ismail, 18, terpilih antara lima calon berkeperluan khas paling cemerlang dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2023 peringkat Johor yang diumum, hari ini.

Muhammad Razien atau lebih mesra dipanggil Razien memperoleh keputusan 7A termasuk A+ dalam subjek Sejarah.

Ramnah berkata, anak bongsu daripada empat beradik itu hanya boleh menulis, berkomunikasi secara normal pada usia sembilan tahun.

Menurutnya, kekurangan dialami Razien dikenal pasti oleh guru apabila mendapatinya menulis huruf secara terbalik dan keliru bentuk huruf terutama huruf B, D dan 3.

Katanya, masalah berkenaan dapat diatasi secara berperingkat apabila keluarganya menuruti nasihat doktor dan mengikuti perkembangan akademiknya.

"Pada setiap hari, rutin saya adalah memeriksa penulisannya dan memberi tunjuk ajar. Ia menjadi cabaran kepada saya kerana perlu memberi lebih tumpuan kepada Razien berbanding yang lain.

"Suami, Ismail Salijan, 58, juga kerap memberi semangat kepada Razien supaya menyahut cabaran.

"Alhamdulillah, ahli keluarga memahami kekurangannya dan tiga abang Razien juga menjadi contoh terbaik baginya kerana berjaya bergelar graduan," katanya ketika ditemui di Taman Air Biru, di sini.

Katanya, Razien gemar menghafal, membaca buku dan menonton filem sejarah hingga usahanya mampu mencapai keputusan 7A termasuk A+ dalam subjek Sejarah.

Sementara itu, Razien yang juga pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Pasir Gudang 3 itu berkata, dia memperoleh keputusan satu A+, empat A dan 2 A-.

Menurutnya, dia memperoleh keputusan satu A dan menjangka hanya memperoleh keputusan sederhana pada peperiksaan percubaan SPM 2023.

"Saya terkejut apabila melihat keputusan, hari ini dan berterima kasih kepada dua rakan baik iaitu Danial dan Danny yang banyak membantu dalam pelajaran, guru serta ahli keluarga.

"Tanpa mereka, tidak mungkin saya dapat keputusan cemerlang ini dan saya ingin menasihati semua pelajar istimewa supaya tidak mudah putus asa, menjaga solat dan menghormati ibu bapa bagi mencapai kejayaan.

"Saya bercadang untuk melanjutkan pengajian dalam bidang pengurusan sumber manusia dan berharap menerima tawaran dari universiti berhampiran," katanya.

Katanya, ia mungkin menjadi pengalaman berbeza buatnya apabila perlu berjauhan dengan keluarga serta berdikari, namun bersedia menyahut cabaran berkenaan.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... utusan-cemerlang-7a

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Tok Jamal Abdillah bakal timang anak ke-7!
doubleATok Jamal Abdillah bakal timang anak ke-
Views : 8582 Replies : 65
Kisah bini lembab
YgBenarKisah bini lembab
Views : 6410 Replies : 49
Mari Tepek Gif Picture V.7
tariMari Tepek Gif Picture V.7
Views : 75914 Replies : 3129
Pemilik kereta singapurapura ambil kesempatan isi minyak RON95?.Netizen gesa subsidi petrol ditarik balik secepat mungkin.Wajar atau tidak?
YgBenarPemilik kereta singapurapura ambil kesem
Views : 3940 Replies : 47
Peniaga nasi lemak pening,pelanggan order nasi 50 bungkus tetapi lambat beritahu nak asing asing bahan
YgBenarPeniaga nasi lemak pening,pelanggan orde
Views : 10378 Replies : 10
Hanis Haizi Misqueen, Babutam, Nwantiti V79
syitaeyqaHanis Haizi Misqueen, Babutam, Nwantiti
Views : 250373 Replies : 6319
Antara pegangan Blackrock Israel dlm negara kita.Rakyat Malaysia berbelah bagi
YgBenarAntara pegangan Blackrock Israel dlm neg
Views : 10749 Replies : 37
Fahaman 'childfree' bertentangan tujuan utama perkahwinan - Mufti WP
mojarean_XFahaman 'childfree' bertentangan
Views : 6811 Replies : 65
ZERO KOS MARKETING BERBANDING GOOGLE ADS...
kruzamanZERO KOS MARKETING BERBANDING GOOGLE ADS
Views : 1920 Replies : 0
Nedim nazri kat icu. Apa jadi?
KakashialNedim nazri kat icu. Apa jadi?
Views : 11781 Replies : 121

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-6-2024 02:15 PM GMT+8 , Processed in 0.075591 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list