CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 6413|Reply: 0

Liga Europa: Impian Manchester United mungkin lebur

[Copy link]
Post time 29-5-2024 09:39 AM | Show all posts |Read mode

UNITED berjaya menjulang gelaran Piala FA sekali gus membolehkan mereka meraih slot beraksi di Liga Europa musim depan. - AFP

LONDON – Manchester United berdepan kemungkinan disekat daripada beraksi dalam saingan Liga Europa musim depan biarpun mereka berjaya meraih tiket ke saingan tersebut menerusi kejayaan menjulang gelaran Piala FA.

Musim ini menyaksikan United sekadar menamatkan saingan Liga Perdana Inggeris di kedudukan kelapan yang menyaksikan mereka terlepas peluang ke pentas Eropah, namun Piala FA menjadi penyelamat musim hambar mereka apabila menundukkan Manchester City 2-1 di pentas final.

Bagaimanapun, perkembangan terbaharu mungkin mengecewakan United apabila mereka berdepan kemungkinan tidak dapat beraksi dalam saingan kelas kedua Eropah itu berdasarkan peraturan Kesatuan Bola Sepak Eropah (UEFA).

UEFA memiliki peraturan ketat mengenai pemilikan kelab melibatkan individu yang mempunyai lebih daripada satu pasukan bersaing dalam kejohanan yang sama sekali gus meletakkan United dalam situasi tidak begitu baik.

Pemilik bersama United ketika ini, Sir Jim Ratcliffe yang memiliki pegangan saham sebanyak 27 peratus (%) juga merupakan pemilik tunggal sebuah kelab di Perancis, Nice sekali gus menyaksikan konflik berkenaan timbul.

Situasi ini juga menjadi lebih sukar apabila Nice yang menamatkan saingan Ligue 1 Perancis di kedudukan tempat kelima turut layak untuk beraksi di Liga Europa menyebabkan UEFA mungkin terpaksa membuat keputusan tegas.

Berdasarkan peraturan, UEFA tidak membenarkan pemilik yang sama menguasai dua pasukan dengan pegangan saham melebihi 30%, namun INEOS dilaporkan merancang untuk menambah pelaburan sebanyak £235 juta (RM1.4 bilion) lagi sekali gus meningkatkan lagi saham melebihi daripada syarat dikenakan badan induk bola sepak berkenaan.

Justeru, Ratcliffe perlu memilih sama ada United atau Nice yang akan beraksi di Liga Europa dan sebarang keputusan yang dibuat itu akan menyebabkan beliau dan INEOS berdepan kemarahan peminat kelab masing-masing. – AGENSI

https://www.kosmo.com.my/2024/05 ... depan-dilema-besar/
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-6-2024 12:30 PM GMT+8 , Processed in 0.050202 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list