CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1484|Reply: 0

[Johor] Peniaga tua rugi RM130,000 ‘dituduh’ curi elektrik

[Copy link]
Post time 29-5-2024 04:25 PM | Show all posts |Read mode

Gambar hiasan.

BATU PAHAT – Terperdaya dengan panggilan telefon yang mendakwa dirinya terlibat dalam kes kecurian elektrik, seorang peniaga mengalami kerugian RM130,000 selepas menyerahkan maklumat akaun bank kepada pemanggil.

Pemangku Ketua Polis Daerah Batu Pahat, Superintenden Shahrulanuar Mushaddat Abdullah Sani berkata, pada 24 Mei baru-baru ini, mangsa yang berusia 61 tahun telah menerima panggilan telefon daripada seorang lelaki memperkenalkan diri sebagai kakitangan Tenaga Nasional Berhad (TNB) dari Kuantan, Pahang.

Katanya, melalui panggilan itu suspek telah memaklumkan bahawa mangsa terlibat dalam kes kecurian elektrik, bagaimana pun dinafikan oleh mangsa kerana tidak mempunyai kediaman di Kuantan.

“Bagaimanapun, panggilan itu kononnya telah disambungkan kepada seorang individu yang memperkenalkan diri sebagai Pegawai Polis di Ibu Pejabat Kontinjen (IPK) Pahang dan menyatakan maklumat peribadi mangsa telah terlibat dalam aktiviti pengubahan wang haram.

“Suspek kemudiannya mengarahkan mangsa untuk menyerahkan maklumat perbankan mangsa bagi tujuan siasatan,” katanya melalui kenyataan hari ini.

Menurut Shahrulanuar Mushaddat lagi, dua hari selepas panggilan itu diterima, mangsa telah membuat semakan dengan pihak bank dan mendapati berlaku pindahan wang berjumlah RM130,000 berlaku secara berperingkat ke akaun persendirian tanpa disedari. – KOSMO! ONLINE

https://www.kosmo.com.my/2024/05 ... uduh-curi-elektrik/

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Tok Jamal Abdillah bakal timang anak ke-7!
doubleATok Jamal Abdillah bakal timang anak ke-
Views : 8582 Replies : 65
Kisah bini lembab
YgBenarKisah bini lembab
Views : 6410 Replies : 49
Mari Tepek Gif Picture V.7
tariMari Tepek Gif Picture V.7
Views : 75914 Replies : 3129
Pemilik kereta singapurapura ambil kesempatan isi minyak RON95?.Netizen gesa subsidi petrol ditarik balik secepat mungkin.Wajar atau tidak?
YgBenarPemilik kereta singapurapura ambil kesem
Views : 3940 Replies : 47
Peniaga nasi lemak pening,pelanggan order nasi 50 bungkus tetapi lambat beritahu nak asing asing bahan
YgBenarPeniaga nasi lemak pening,pelanggan orde
Views : 10378 Replies : 10
Hanis Haizi Misqueen, Babutam, Nwantiti V79
syitaeyqaHanis Haizi Misqueen, Babutam, Nwantiti
Views : 250373 Replies : 6319
Antara pegangan Blackrock Israel dlm negara kita.Rakyat Malaysia berbelah bagi
YgBenarAntara pegangan Blackrock Israel dlm neg
Views : 10749 Replies : 37
Fahaman 'childfree' bertentangan tujuan utama perkahwinan - Mufti WP
mojarean_XFahaman 'childfree' bertentangan
Views : 6811 Replies : 65
ZERO KOS MARKETING BERBANDING GOOGLE ADS...
kruzamanZERO KOS MARKETING BERBANDING GOOGLE ADS
Views : 1920 Replies : 0
Nedim nazri kat icu. Apa jadi?
KakashialNedim nazri kat icu. Apa jadi?
Views : 11781 Replies : 121

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-6-2024 02:15 PM GMT+8 , Processed in 0.075172 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list