CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 9458|Reply: 30

[Tempatan] Sate ikan bandaraya jadi menu istimewa

[Copy link]
Post time 9-6-2024 08:57 AM | Show all posts |Read mode
DENGKIL: Jika sebelum ini, ikan bandaraya dianggap sebagai ikan pemusnah kepada spesies ikan lain sehingga mendominasi sungai terutamanya di Lembah Klang.

Ramai yang tidak tahu, ikan pendatang itu punyai rasanya tersendiri.

Malah spesies ikan berasal dari Amerika Selatan itu juga boleh dijadikan sajian pelbagai menu termasuk sate.

Rahsia kelazatan ikan ini dirungkai Pertubuhan Komuniti Pemburu Ikan Bandaraya sebagai salah satu usaha mengekang populasinya.

Menurut pengasasnya Mohamad Haziq A Rahman, inisiatif berkenaan timbul setelah melihat lambakan bangkai ikan ‘alien’ itu terbiar berikutan hanya telurnya sahaja diburu kaki pancing.

Beliau berkata, ikan bandaraya selamat dimakan jika ditangkap di kawasan perairan yang bersih serta tidak tercemar.

“Sebenarnya pelbagai usaha kami lakukan untuk kurangkan populasinya, di mana pada peringkat awal jika kita dapat (menjala) ikan bandaraya, ia akan 100 peratus dilupuskan.

“Kemudian kami (pemancing) ambil telurnya sahaja tapi kaedah itu hanya membantu mengurangkan 10 peratus populasi ikan itu, sehinggalah saya sendiri berani mencetuskan idea untuk ikan ini dijadikan menu aneka juadah.



“Kalau kita tengok bentuk fizikal dan tempat tinggalnya, orang akan takut. Tapi pada hakikat yang sebenarnya, rasa ikan ni sedap.

“Bagaimanapun pendedahan mengenainya masih belum meluas dan ketika ini yang berani memakannya, hanya terdiri dalam kalangan komuniti kami sendiri,” katanya kepada Buletin TV3.

Memasak aneka menu berasaskan ikan bandaraya merupakan rutin mingguan kelab komunti ini, yang digerakkan Zalinah Yusof atau dikenali sebagai Mama Lina.

Menurutnya, tekstur dan rasa isi ikan tersebut sangat sesuai dijadikan pelbagai menu antaranya kari, masak lemak cili api, burger, sambal serta tempura.

“Saya pernah membawa menu sate bandaraya ini dalam satu program dimana rata-rata pengunjung mengatakan ianya adalah sate ayam kerana isinya yang lembut dan tidak berbau.

“Ikan bandaraya ini memang spesis unik kerana boleh berubah rasa mengikut jenis masakan yang dimasak. Misalnya jika dibakar, rasanya seakan sama seperti ikan cencaru dan kalau dibuat sate, rasa seperti sate ayam,” katanya.

Ketika tinjauan ini dilakukan, kru kami sendiri kagum melihat isinya yang tebal bukan seperti kelaziman spesis ikan lain.

Mengulas lanjut komuniti ini berkata, sudah sampai masa stigma mengenai ikan ini berubah, kerana ikan bandaraya selamat dimakan selain sebagai satu langkah baik dalam proses pengurangan spesis asing itu.



Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-6-2024 01:49 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by Goodluckdontcry at 9-6-2024 01:51 PM

Den xmkn ikan spesis air tawar...yg spesis air masin pun, klu yg besar2 sgt pun, den xgemor sgt...rs mcm berbau..ikan siakap yg saiz sederhana pun, den bila basuh... bersungguh2.. supaya xde bau...so ikan ini, dgn rupa below parnya...dahla PATI mcm PATI spesis manusia ( (perangai pun lebih kurang suka nak dominasi tanah air org)..errrr terima kasih je la... kehkehkeh
Reply

Use magic Report

Post time 9-6-2024 02:19 PM From the mobile phone | Show all posts
Aiols tadak masalah nak terai.
Reply

Use magic Report

Post time 9-6-2024 02:20 PM From the mobile phone | Show all posts
Provided orang lain yang masak dan tukang masak tu terel masak.

Her.

Nak soh aiol masak sendiri, idok la. Sedangkan ikan talapia pun aku nyampah nak siang dan masak.
Reply

Use magic Report

Post time 9-6-2024 02:22 PM From the mobile phone | Show all posts
nak rasa la
Reply

Use magic Report

Post time 9-6-2024 02:55 PM From the mobile phone | Show all posts
Harap ada yg buat kajian adakah ikan ni sesuai ke x utk dimakan. Sbb slalunya ikan ni dibela sbb utk bersihkan aquarium. Kalau tangkap kat sg gombak ka, xtau nak explain mcm mana
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 9-6-2024 03:07 PM | Show all posts
SalenaGomez replied at 9-6-2024 02:55 PM
Harap ada yg buat kajian adakah ikan ni sesuai ke x utk dimakan. Sbb slalunya ikan ni dibela sbb utk ...

ada satu youtube dulu pemancing tu kata dah dibuat kajian ikan bandaraya ini selamat dimakan. logam berat dibawah paras yang dibenarkan

Reply

Use magic Report

Post time 9-6-2024 03:34 PM From the mobile phone | Show all posts
Idok le sanggup aiol jamah. Rupanya tak hensem seangkatan dgn dgn keli haruan. Tapi kalau ada yg tlg cubitkan isi mungkin le aiol gagahkan juga mcm geng2 yg lain tu. Rupa jgn tgk... Aiol bkn apa nak jaga hati si dia yg cubitkan
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-6-2024 03:38 PM From the mobile phone | Show all posts
plywood replied at 9-6-2024 03:07 PM
ada satu youtube dulu pemancing tu kata dah dibuat kajian ikan bandaraya ini selamat dimakan. loga ...

Pemancing tu buat kajian ke? Atau betul2 hantar lab utk check ?
Reply

Use magic Report

Post time 9-6-2024 03:57 PM | Show all posts
Tak sanggup nak makan. Itik pun saya tak makan!

Seperti kawan saya berkahwin dengan chinese isteri masak pork knuckle soup dan bagi century egg tak makan nanti isteri merajuk
Reply

Use magic Report

Post time 9-6-2024 03:59 PM From the mobile phone | Show all posts
Makan je la korang.iols risau microplastic segala mak nenek.
Reply

Use magic Report

Post time 9-6-2024 04:36 PM From the mobile phone | Show all posts
Kalau ikan ni diproses jadi palet mknan utk ikan air tawar lain mcm keli, talapia,patin,  sesuai tak?
Reply

Use magic Report

Post time 9-6-2024 05:56 PM From the mobile phone | Show all posts
Goodluckdontcry replied at 9-6-2024 01:49 PM
Den xmkn ikan spesis air tawar...yg spesis air masin pun, klu yg besar2 sgt pun, den xgemor sgt...rs ...

Elok dimakan biar pati kurang.
Reply

Use magic Report

Post time 9-6-2024 06:18 PM From the mobile phone | Show all posts
“ Misalnya jika dibakar, rasanya seakan sama seperti ikan cencaru dan kalau dibuat sate, rasa seperti sate ayam,”
Sesuai nama ikan ni “ikan alien”. Dah masak pon bole keluarkan rase yg berbeza2.
Reply

Use magic Report

Post time 9-6-2024 06:31 PM From the mobile phone | Show all posts
tatau plak ikan ni boleh dimakan
iols anggap ikan ni satu jenis dgn ikan buntal
kalau org tak inform sate tu ikan bandaraya kompom iols telan dgn jayanya sesudah diberitahu maybe akan muntah

***kwn iols ckp ikan buntal sedap giler rasanya. iols tak berani nak makan wpun lepas makan dpt sijil. dah mcm antara persimpangan je sijil mkn dgn sijil mati
Reply

Use magic Report

Post time 9-6-2024 10:04 PM From the mobile phone | Show all posts
klu selamat dimakan apa salahnya

ikan toman yg tak sedap pun blh je mkn
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-6-2024 10:17 PM From the mobile phone | Show all posts
Ikan ni setau aku asalnya dulu ada satu bangsa ni dok lepas dalam kolam dan parit kononnya utk ong la. Pastu membiak pulak smpi hancur ekosistem tempatan
Reply

Use magic Report

Post time 9-6-2024 10:41 PM From the mobile phone | Show all posts
dua_chzy replied at 9-6-2024 02:20 PM
Provided orang lain yang masak dan tukang masak tu terel masak.

Her.

dulu aku suka sangat makan ikan belawis atau kt semenanjung aku xthu panggil ikan apa, tpi pas aku thu habitat ikan tu mcm mana aku x makan dah
skrg aku cuma makan ikan putih lgi yg ada bintik kuning, sirip kuning jika aku jumpa memg aku borong 2-3kilo pastu goreng makan dgn sambal kosong
Reply

Use magic Report

Post time 9-6-2024 10:43 PM From the mobile phone | Show all posts
Bagi free pun tak mau. Nama pun ikan bandaraya habis longkang sisi sampah dia cuci
Reply

Use magic Report

Post time 9-6-2024 10:48 PM From the mobile phone | Show all posts
Tangkap ler yang banyak2 tu. Pastu komersialkan ikan ni. Yang dah siap proses la tapi.

Soalan jujur, boleh kembalikan kita punya ekosistem ke? Take time la kan? Dan kerajaan pun perlu amek inisiatif.
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-6-2024 12:03 PM GMT+8 , Processed in 0.162464 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list