CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 14287|Reply: 14

[Tempatan] Lelaki warga emas diugut sebar video bogel, rugi RM40,000​

[Copy link]
Post time 9-6-2024 10:36 AM | Show all posts |Read mode



Lelaki warga emas diugut sebar video bogel, rugi RM40,00009 Jun 2024, 10:24am




JEMPOL: Seorang lelaki warga emas kerugian RM44,500 apabila diperas seorang wanita warga asing yang mengugut akan menyebarkan video bogelnya.

Ketua Polis Daerah Jempol Supt Hoo Chang Hook berkata mangsa berusia 61 tahun itu terpaksa membayar sejumlah wang kepada suspek yang dikenalinya di Facebook sebagai Ayuni Seri bagi mengelakkan videonya tersebar.

“Suspek dipercayai warga Indonesia membuat panggilan video dalam keadaan tidak berpakaian pada 3 Jun, 4.30 petang, mangsa diminta membuka pakaian dan melayan (panggilan) video itu lebih kurang seminit.

“Susulan itu, pengadu menerima (panggilan) video lucah terbabit dan suspek mengugut menyebar gambar pengadu di media sosial dengan ugutan sejumlah wang,” katanya dalam kenyataan.

Hoo berkata pengadu yang juga pesara kerajaan membuat pengiriman wang sebanyak enam kali ke empat akaun berlainan berjumlah RM44,500 pada 5 Jun hingga 7 Jun.

Beliau berkata mangsa terus diminta memasukkan wang sebanyak RM58,500 semalam untuk menyelesaikan masalah tersebut namun disebabkan kehabisan wang, mangsa membuat laporan polis dan kes disiasat mengikut Seksyen 384 Kanun Keseksaan.– BERNAMA


Lelaki warga emas diugut sebar video bogel, rugi RM40,000



Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-6-2024 10:38 AM From the mobile phone | Show all posts
Hayrin, sila blajaq drp kesilapan ankel ni..
Reply

Use magic Report

Post time 9-6-2024 12:14 PM From the mobile phone | Show all posts
Tinot7 replied at 9-6-2024 10:38 AM
Hayrin, sila blajaq drp kesilapan ankel ni..

Pakai mask ketika vc dengan org tidak dikenali
Reply

Use magic Report

Post time 9-6-2024 12:29 PM | Show all posts
ooo orang gomen pencennn

ate.. kut kemaruk sangat, bini dah menopos.. kawen le lagi satu atuk uii.. jadi cam atuk umo 90 yg baru dapat baby tu
Reply

Use magic Report

Post time 9-6-2024 02:14 PM | Show all posts

Melayan Panggilan Video Bogel, Warga Emas 61 Tahun Rugi RM44,500 Kena Ugut Dengan Wanita Indon!

- Foto hiasan



JEMPOL: Warga emas berusia 61 tahun kerugian RM44,500 selepas diugut seorang wanita warga Indonesia yang dikenali menerusi media sosial mahu menyebarkan video bogelnya.

Ketua Polis Daerah Jempol, Superintendan Hoo Chang Hook, berkata mangsa yang juga pesara kerajaan pada mulanya berkenalan dengan suspek itu menerusi aplikasi Messenger Facebook ketika berada di rumahnya pada 29 Mei lalu.

Katanya, susulan perkenalan itu, pada 3 Jun lalu kira-kira jam 4.30 petang mangsa menerima panggilan video daripada suspek berkenaan ketika sedang memandu kereta.

"Mangsa menjawab panggilan itu dan mendapati suspek dalam keadaan bogel, sebelum meminta mangsa turut menanggalkan pakaian.

"Mangsa kemudian membuka seluar dan menunjukkan kemaluannya kepada suspek dan melayan panggilan video dalam tempoh kira-kira satu minit.

"Tidak lama selepas itu mangsa menerima satu rakaman video berdurasi seminit yang memaparkan muka dan kemaluan mangsa sebelum bertindak memadamkan video itu kerana tidak mahu diketahui orang lain," katanya.

Chang Hook berkata, pada 4 Jun lalu mangsa masih menerima video yang sama sebelum mangsa diugut supaya membayar Rupiah 15 juta (RM45,000) bagi memadamkan video berkenaan.

Katanya, selepas berunding suspek meminta mangsa membayar wang RM2,000 dan sebaik menerima bayaran itu suspek tidak lagi menghubungi mangsa.

Bagaimanapun, katanya dari 5 Jun sehingga 7 Jun lalu, mangsa masih lagi menerima ugutan untuk menyebarkan video bogelnya daripada suspek.

"Mangsa kemudian membuat lima transaksi ketiga nombor akaun bank berlainan berjumlah RM42,500 melalui kiriman wang di dua buah kaunter kiriman wang di Bahau.

"Semalam, mangsa masih lagi menerima ugutan dan diminta memasukkan wang sebanyak RM58,500 bagi menyelesaikan masalah itu, namun pesara itu tidak berbuat demikian kerana sudah tidak mempunyai wang," katanya.

Chang Hook berkata, mangsa kemudian membuat laporan di Balai Polis Bandar Seri Jempol dan kes sedang disiasat mengikut Seksyen 384 Kanun Keseksaan.
Reply

Use magic Report

Post time 9-6-2024 02:24 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by Kurex at 9-6-2024 02:30 PM

patutnya dari awal buat report. ada sedara iols penah kena dgn leluhur parashit indon ni. guna gambar sedara iols lepas tu edit dalam video lucah & ugut kalau tak bagi duit, dia nak sebarkan video. sedara iols bolayan jah leluhur celaka tu. sedara iols kata indon ambik gambar dekat fb. kebetulan waktu yg sama ada jantan indon hack adik dia punya telegram. iols manjang dapat msg dari telegram dia suruh tekan link bantuan kerajaan. memang bangsat leluhur ni
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 9-6-2024 03:14 PM From the mobile phone | Show all posts
Leluhur ni mmg barbie..tp kalau acik ni tak melayan..tak jd jugek..umur 61 taun tu berbini ke tak tu? Kalau berbini..mau kema smackdown dgn bini
Reply

Use magic Report

Post time 9-6-2024 03:26 PM From the mobile phone | Show all posts
Aduhai atok atok

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-6-2024 03:28 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 9-6-2024 04:21 PM From the mobile phone | Show all posts
Patut pokcik biar je dia sebarkan video tu, nanti cakaplah tu AI.
Reply

Use magic Report

Post time 9-6-2024 04:35 PM From the mobile phone | Show all posts
Haaa atok kantoi bogel hahaha. Baik layan uwan tu ha pegi nurseri cari bunga.
Reply

Use magic Report

Post time 9-6-2024 06:30 PM From the mobile phone | Show all posts
AbukRokok replied at 9-6-2024 12:14 PM
Pakai mask ketika vc dengan org tidak dikenali

Hahaha.. idea bernas ni
Reply

Use magic Report

Post time 9-6-2024 10:07 PM From the mobile phone | Show all posts
sebar je la takde sape pun nak tengok
Reply

Use magic Report

Post time 9-6-2024 10:13 PM From the mobile phone | Show all posts
Hahaha.. aku nak gelak.. bodoh yahamat
Reply

Use magic Report

Post time 9-6-2024 10:14 PM From the mobile phone | Show all posts
Pencen gomen ke? Ntah2 kifarah dulu masa keje gomen dok mengular makan gaji buta je lol
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-6-2024 11:50 AM GMT+8 , Processed in 0.201666 second(s), 43 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list