CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 8301|Reply: 29

[Dunia] Korea Selatan pasang 24 pembesar suara berkuasa tinggi siar lagu K-pop ke arah Korea Utara

  [Copy link]
Post time 9-6-2024 08:50 PM | Show all posts |Read mode
Seoul: Korea Selatan berkata ia akan menyambung semula siaran pembesar suara di sempadan yang diarahkan ke Korea Utara buat kali pertama dalam tempoh enam tahun sebagai tindak balas terhadap pelancaran belon yang membawa sampah oleh Pyongyang ke Korea Selatan.

Sehingga 24 pembesar suara berkuasa tinggi disusun dalam rak pegun yang besar setinggi 6 meter dan 3 meter lebar dan diletakkan di lokasi berbeza di sebelah selatan pagar dawai berduri yang menandakan pinggir selatan sempadan Zon Demiliterisasi.

Unit lain adalah jenis mudah alih dan dipasang pada trak.
Tentera Korea Selatan mengendalikan sistem pembesar suara dan penyiaran.

Pada output maksimum, pembesar suara meledakkan suara dan muzik lebih daripada 20 km ke Korea Utara, cukup jauh untuk menjangkau ramai tentera dan orang awam.

Sumber: Harian Metro (9 Jun 2024)

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 9-6-2024 08:51 PM | Show all posts
Edited by prettygood at 9-6-2024 08:53 PM

APA PERANAN SIARAN PEMBESAR SUARA ITU?
Bekas Presiden Korea Selatan Park Geun-hye berkata pada 2016 siaran pembesar suara adalah "bentuk perang psikologi yang paling berkesan" dan mereka telah menggalakkan rakyat Korea Utara mempertaruhkan nyawa mereka dan berpaling tadah kepada kebebasan di Selatan.

Pembelot yang melarikan diri dari Korea Utara telah menyokong kenyataan itu.

Tentera Korea Selatan menggelar siaran itu sebagai "Suara Kebebasan," dengan empat tema utama: keunggulan demokrasi liberal, sejarah kejayaan ekonomi Korea Selatan, justifikasi untuk penyatuan semula dan realiti masyarakat Korea Utara.

Berita dunia, ulasan mengenai sistem politik Korea Utara dan pemimpinnya, dan laporan cuaca bercampur dengan lagu popular K-pop, yang dikatakan oleh beberapa pembelot Korea Utara meninggalkan kesan berpanjangan bahawa sebenarnya terdapat lagu tanpa mesej ideologi.

Sumber: Harian Metro

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 9-6-2024 08:52 PM | Show all posts
Edited by prettygood at 9-6-2024 08:54 PM

APA REAKSI KOREA UTARA?
Korea Utara menganggap kritikan terhadap pemimpinnya Kim Jong Un dimasukkan dalam beberapa siaran lalu sebagai serangan terhadap "maruah tertinggi" dan melancarkan serangan artileri merentasi sempadan.

Siaran itu dipaparkan secara ketara dalam deklarasi bersama yang ditandatangani oleh pemimpin Korea Utara Kim Jong Un dan Presiden Korea Selatan ketika itu Moon Jae-in pada sidang kemuncak damai pada 2018.

Dalam deklarasi itu, ia dirujuk sebagai "tindakan bermusuhan" dan Korea Selatan berjanji untuk menghentikan operasi dan membuka semula pembesar suara.

Tentera Korea Utara dipercayai melakukan operasi kasar untuk mengganggu siaran yang sampai kepada tentera dan penduduknya dengan memainkan pembesar suaranya sendiri. Mereka tidak mempunyai output yang mencukupi untuk menyampaikan mesej yang boleh difahami dari Korea Selatan.

Reply

Use magic Report

Post time 9-6-2024 09:17 PM | Show all posts
untunglah ummah korut dapat jugak layan kpop secara percuma
Reply

Use magic Report

Post time 9-6-2024 09:19 PM From the mobile phone | Show all posts
Macam budak2.


Reply

Use magic Report

Post time 9-6-2024 09:36 PM From the mobile phone | Show all posts
Dah perangai masing2 mcm budak2, nanti diletaknya tahi2 orang korea utama dlm belon hantar ke korea sekatan pulak.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 9-6-2024 10:44 PM | Show all posts
dah macam kanak-kanak je bergaduh
Reply

Use magic Report

Post time 9-6-2024 10:51 PM | Show all posts
Pandai saiko orang, kena lempar tahi lagi kang meroyan.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-6-2024 10:58 PM From the mobile phone | Show all posts
bior la depa gaduh cam bebudak...drp gaduh peluru berpandu...santau....bagai.
Reply

Use magic Report

Post time 9-6-2024 11:04 PM From the mobile phone | Show all posts
Gasak la korea berdua nih
Reply

Use magic Report

Post time 9-6-2024 11:09 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 10-6-2024 12:04 AM From the mobile phone | Show all posts
dari dulu kan dorang pasang pembesar suara ni?
Tengok drama apa tah,ada tunjuk.
Daif betul dorang gambarkan kehidupan kaum dorang sendiri di korea utara nun
Reply

Use magic Report

Post time 10-6-2024 01:19 AM | Show all posts
pasang lagu black cock pink pussy ka
Reply

Use magic Report

Post time 10-6-2024 01:35 AM | Show all posts
Edited by dani-rox at 10-6-2024 01:36 AM






Reply

Use magic Report

Post time 10-6-2024 01:48 AM From the mobile phone | Show all posts
Eh mcm filem 6/45 pulak pasang speaker tu..haha

https://m.imdb.com/title/tt21800888/
Reply

Use magic Report

Post time 10-6-2024 07:59 AM From the mobile phone | Show all posts
Aku lebih rela dorang gaduh cara gini.
Rusia-Ukraine sila amik perhatian.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-6-2024 08:09 AM From the mobile phone | Show all posts
Yg korea utara pun psl apa pegi hantar sampah ke korea utara.

Korea selatan ada buat hal ke? Pelik² jer korea utara nie. Haha
Reply

Use magic Report

Post time 10-6-2024 08:15 AM | Show all posts
hantar la pelarian rohingya, bangla dan paki ke korea utara, lihatlah apa yg bakal berlaku
Reply

Use magic Report

Post time 10-6-2024 12:24 PM From the mobile phone | Show all posts
lostnfaun replied at 10-6-2024 08:09 AM
Yg korea utara pun psl apa pegi hantar sampah ke korea utara.

Korea selatan ada buat hal ke? Pelik ...

Kalau nak tau perangai org korea, ni lah contoh nya. Xkisah la utara ke selatan ke, sama je depa serumpun . Yg memisahkan ideologi politik je

Btw habis la pekak telinga tentera yg jaga sempadan tu. Mau nya lepas 3 bulan agaknya, tentera2 utara selatan ni dah boleh buat show
Reply

Use magic Report

Post time 10-6-2024 12:28 PM From the mobile phone | Show all posts
Gitulah genetik Korea uols.
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-6-2024 11:54 AM GMT+8 , Processed in 0.339866 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list